5 Sebab-Sebab Utama Pekerja Resign

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keputusan untuk seseorang bekerja itu berhenti (resign). Sama ada ingin mencari peluang kembangkan career di tempat baru atau berasa tidak ‘ngam’ dengan kerja semasa. 

Namun, realitinya peratusan utama yang menyumbang kepada sebab kenapa pekerja resign adalah faktor stress di tempat kerja. Faktor stress di tempat kerja ini bukan perkara baru malah ia berkait rapat dengan masalah lain seperti toksik di tempat kerja dan motivasi.

Oleh itu, artikel kali ini akan menyentuh beberapa faktor yang menyumbang kepada sebab seseorang pekerja ambil keputusan untuk resign dan menerangkan beberapa cara untuk atasi masalah pekerja berhenti.

Faktor Utama Pekerja Resign

Suka diingatkan terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keputusan seseorang pekerja itu resign. Boleh jadi senarai dalam artikel ini sama dengan faktor yang kebanyakan pekerja di luar sana resign dan mungkin juga tidak. Ia bergantung kepada situasi pekerja itu sendiri. 

  1. Stress dan Hilang Motivasi Kerja

Seperti diterangkan atas faktor utama yang menjadi penyumbang terbesar kepada pekerja resign adalah stress. Stress ini boleh terjadi mungkin keranan bebanan kerja atau kekurangan faedah kerja sehingga menyebabkan pekerja kehilangan motivasi kerja.

Cara terbaik untuk atas masalah stress dan kehilangan motivasi kerja ini adalah dengan mencari kerja yang bersesuaian dengan minat anda. Bagi sisi syarikat pula mereka perlu menyediakan segala keperluan yang pekerja perlukan untuk bekerja dalam keadaan selesa.

  1. Bebanan Kerja Bertambah, Gaji Tidak Naik

Gaji merupakan pendorong utama kepada semua pekerja. Pada kebanyakan kes pekerja resign ini adalah kerana penawaran gaji yang diberikan tidak setimpal dengan bebanan kerja yang perlu dibuat. Mudah kata pekerja work more, pay less.

Untuk menyelesaikan masalah ini syarikat perlu berikan gaji yang setimpal dengan bebanan kerja dilakukan. Apabila pekerja happy maka tiada alasan untuk resign dan pada masa yang sama boleh tingkatkan mood kerja pekerja itu.

  1. Tiada Peluang Kenaikan/ Faedah/ Bonus

Bagi pekerja yang berpengalaman, prospek kenaikan gaji atau jawatan adalah perkara yang sangat penting kepada mereka. Hal ini kerana semakin tingkat usia semakin banyak komitmen yang perlu ditanggung. Jadi mereka mahukan jaminan kerja yang lebib baik.

Jadi apabila tiada prospek kenaikan pangkat ditawarkan, pekerja akan mengambil keputusan untuk pergi ke tempat baik yang boleh penuhi kemahuan mereka. Jika syarikat tidak mampu berikan jawatan lebih tinggi boleh pertimbang untuk gantikan dengan penawaran faedah atau bonus yang lebih baik.

  1. Work-Life Balance Terganggu

Keseimbangan hidup dan kerja (work-life balance) adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan. Apabila keseimbangan ini terganggu ia boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal pekerja. Jadi tidak hairan kena ramai pekerja kini cari syarikat yang boleh berikan work-life balance.

Cara mudah untuk amalkan work-life balance ini adalah dengan patuhi tempoh waktu bekerja yang ditetapkan dalam undang-undang kerja, Akta 1955. Dan menghormati waktu rehat pekerja dengan tidak ganggu pekerja semasa mereka off day.

  1. Persekitaran Kerja Toksik

Perbincangan persekitaran tempat kerja toksik ini sangat luas untuk dibincangkan. Dalam bahasa mudahnya amalan toksik di tempat kerja adalah seperti pembulian, ganngguan seksual, pilih kasih, isolasi dan segala perkara yang menjejaskan emosi kerja.

Penyelesaian kepada masalah toksik di tempat kerja ini juga luas, namun cara paling mudah adalah dengan elakkan diri daripada terlibat dengan orang toksik. Amalan style kerja work-life balance dan slow-slow bina career sehingga capai matlamat dimahukan.

Kerja Yang Sesuai Menanti Anda Di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, faktor utama yang menyumbang kepada masalah pekerja resign adalah ketidakpuas hati dengan kerja semasa. Mencari kerja yang sesuai dengan hati adalah cara terbaik untuk mengurangkan masalah pekerja resign.

Gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja.

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!