Kerja Dengan Starting Salary Tinggi di Malaysia

Setiap orang mengimpikan untuk mulakan perjalanan career dengan gaji yang ‘sedap’. Mana tidaknya jika starting salary sudah tinggi, semasa nak jump ke syarikat baru mesti akan diminta jumlah gaji yang lebih tinggi.

Pada asasnya gaji adalah faktor utama yang mendorong seseorang pekerja itu menawarkan perkhidmatannya kepada syarikat. Bergantung kepada nilai pasaran semasa dan jawatan, fresh grad boleh perolehi gaji setinggi RM2,500 atau lebih.

Dengan yang mempunyai pengalaman pula seseorang pekerja itu boleh demand gaji setinggi RM5,000 ke atas. Jadi bagi anda yang sedang mencari kerja dengan penawaran gaji tinggi, mari lihat senarai kerja-kerja di bawah.

Suka diingatkan senarai ini diambil berdasarkan kumpulan data untuk pekerjaan di Malaysia pada tahun 2023. Bergantung kepada nilai pasaran semasa jumlahnya mungkin berbeza.

  1. Juruterbang (Pilot)

Mendahului senarai adalah kerjaya impian setiap anak mudah tidak kira zaman iaitu juruterbang (pilot). Purata gaji bagi seorang pilot baru adalah sekitar RM10,000 ke atas dan semakin lama semakin tinggi penawarannya.

Namun, suka diingatkan career sebagai pilot ini agak mencabar dan bidang pembelajaran penerbangan itu sendiri mahal. Ini kerana tanggungjawab sebagai pilot ini berat untuk digalas termasuk memerlukan kemahiran kendalian tinggi. 

  1. Doktor 

Sama ada jawatan doktor biasa di klinik atau doktor pakar bertauliah untuk pembedahan, career doktor adalah antara yang menawarkan purata gaji tinggi sekitar RM8,000 ke atas walaupun untuk fresh grad muda.

Tetapi sama juga seperti pilot, laluan career untuk jadi doktor sangat mencabar dan mahal. Kos pembelajarannya sahaja mungkin belanja hingga RM20,000, dan jika gagal untuk dapatkan sijil anda tidak boleh dianggap sebagai doktor langsung walaupun ada ilmu perubatan.

  1. Jurutera Perisian (Software Engineer)

Bidang teknologi maklumat (IT) bukan sahaja ‘laku keras’ dalam pasaran kerja semasa tetapi antara yang paling ramai graduannya. Boleh dikatakan hampir setiap institusi pengajian tinggi di Malaysia menawarkan course ini tanpa mengira universiti awam atau swasta.

Purata gaji seorang software engineer juga agak tinggi sekitar RM4,000 ke atas untuk fresh grad. Dan bergantung kepada industri IT yang diceburi dan kemahiran, gaji seorang software engineer boleh cecah sehingga RM50,000 ke atas setahun.

  1. Peguam

Kerjaya ini mungkin antara yang paling mencabar dalam senarai. Seorang peguam bukan sahaja memerlukan kemahiran berdebat dan membela tetapi memerlukan kefahaman mendalam mengenai undang-undang.

Sama ada sebagai peguam bela atau peguam cara untuk perbicaraan jenayah mahupun sivil, purata gaji yang diperolehi boleh mencecah sekitar RM60,000 ke atas setahun. Namun, career ini sama seperti lainnya agak mencabar.

  1. Akauntan

Bagi anda yang genius ilmu hisab (pengiraan) laluan career terbaik tentunya sebagai akauntan. Purata gaji seorang akauntan bergantung kepada pengalaman namun bagi fresh grad anda boleh perolehi sekitar RM40,000 ke atas setahun.

Perlu difahamkan juga yang career ini memakan banyak perbelanjaan dan mengambil masa yang panjang. Hal ini kerana career seperti akauntan sama macam doktor memerlukan sijil untuk mengiktiraf kredibiliti seseorang itu sebagai bertauliah.

  1. Ahli Farmasi

Saling berkait dengan career seperti doktor, ahli farmasi juga antara kerjaya dengan pendapatan yang tinggi walaupun untuk fresh grad. Ini kerana kerja ini memerlukan ilmu perubatan yang tinggi dan kefahaman kimia.

Keunikan career sebagai ahli farmasi ini adalah lebih lama anda berada dalam industri lebih tinggi penawaran gaji yang diberikan. Dan tidak dilupakan juga ahli farmasi kebanyakannya boleh mengembangkan kerjaya ke laluan doktor.

Jom Cari Kerja Dengan Penawaran Gaji Yang Sesuai Untuk Anda Di MySyarikat JOBS

Walau apa pun pilihan laluan career yang anda pilih, tidak salah untuk demand gaji jika dirasakan layak. Namun, perlu diingatkan juga untuk buat research nilai pasaran semasa sebelum membuat permintaan expected salary.

Gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja.

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!