Cara Terbaik Minta Naik Gaji Dari Boss

Tempoh hari kami ada kongsikan sebuah artikel tentang cara untuk nego minta naik gaji, di mana artikel tersebut berfokuskan kepada mereka yang fresh grad dan yang baru ingin menyertai syarikat.

Kali ini pula akan dikongsikan tip-tip cara minta naik gaji bagi mereka yang berpengalaman bekerja atau yang ingin naikkan career dengan jump ke syarikat baru. Suka diingatkan kenaikan gaji merupakan satu rundingan yang perlu tawarkan win-win solution.

Langkah-Langkah Minta Naik Gaji

Di bawah adalah beberapa langkah-langkah yang boleh digunkan untuk minta kenaikan gaji. Perlu diingatkan senarai di bawah juga adalah sebagai panduan semata-mata, anda dinasihatkan untuk gunakannya mengikut kesesuaian.

  1. Pilih Masa Yang Sesuai

Perkara pertama yang anda perlu ambil kira sebelum minta dinaikkan gaji adalah pilih masa bersesuaian. Contoh masa yang sesuai untuk minta naik gaji adalah semasa year-end performance review atau sebelum tandatangan surat end-of-probation period.

Selalunya, setiap syarikat akan berikan kenaikan gaji pekerja setiap tahun dan paling kurang mungkin 6%. Ini biasanya akan dinyatakan dalam kontrak kerja atau pihak HR maklumkan sebelum anda mula bekerja.

Antara masa yang paling tidak sesuai pula untuk minta dinaikkan gaji adalah ketika syarikat sedang membuat pengurangan pekerja (layoff) atau syarikat sedang merendahkan perbelanjaan. Mudah kata time ekonomi syarikat tak baik, jangan diminta naik gaji pula.

  1. Minta Jumlah Yang Realistik

Sebelum minta kenaikan gaji, anda dinasihatkan untuk membuat research kadar pembayaran pasaran terlebih dulu. Rata-rata kita mesti mahu dinaikkan gaji tinggi, namun perlu realistik dan bergantung dengan bebanan kerja yang dibuat.

Kebanyakan kes kenapa permintaan kenaikan gaji pekerja ditolak oleh majikan adalah kerana meletakkan kadar yang tidak realistik. Bayangkan anda bekerja sebagai jawatan junior marketing tetapi diminta naik gaji setimpal head of department, mana syarikat nak consider permintaan tersebut.

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk lihat kemahiran atau skill yang boleh dinilai tinggi oleh syarikat. Syarikat pasti tiada masalah jika anda mempunyai skill yang berguna untuk mereka terima pulangan pada jangka masa panjang.

  1. Fahami Kemampuan Syarikat

Sebagai pekerja, anda mesti lebih tahu bagaimana keadaan ekonomi syarikat sama ada tahun tersebut berjaya menjana keuntungan atau sedang mengurangkan perbelanjaan. Jadi dalam minta kenaikan gaji anda perlu consider juga kemampuan syarikat untuk penuhi permintaan tersebut.

Tidak menjadi salah sebenarnya untuk anda minta dinaikkan gaji semasa syarikat sedang mengurangkan perbelanjaan, namun besar kemungkinan permintaan tersebut pasti akan ditolak. Tetapi kalau tidak dicuba mana tahu hasilnya.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda memahami kemampuan syarikat sebelum minta kenaikan bagi. Selalunya, anda boleh dapatkan maklumat ekonomi syarikat semasa AGM dan boleh buat keputusan selepas mendengarnya.

  1. Sedia Terima Keputusan 

Langkah terakhir dalam minta kenaikan gaji adalah untuk bersedia menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh syarikat. Sama ada syarikat menaikkan gaji mengikut permintaan anda atau tidak, ia perlu dihormati.

Banyak terjadi kes syarikat tidak mampu penuhi permintaan kenaikan gaji dan pekerja buat keputusan untuk angkat kaki keluar dari syarikat. Tindakan tersebut tidak salah namun jika anda masih mahu kekal bersama syarikat perlulah menerima keputusan yang dibuat.

Andai syarikat penuhi permintaan kenaikan gaji yang diminta pula anda perlu buktikan kemampuan diri dengan berusaha untuk justify kenaikan gaji tersebut. Ucapkan terima kasih dan balas jasa dengan berikan yang terbaik kepada syarikat.

Cari Kerja Yang Berikan Gaji Tinggi Di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, tidak menjadi kesalahan untuk pekerja minta untuk dinaikkan gaji selepas beberapa tahun bekerja. Dan tidak juga menjadi salah untuk majikan atau pegawai HR tolak permintaan tersebut.

Perkara paling penting dalam meminta kenaikan gaji adalah kedua-dua belah pihak antara pekerja dan majikan mencapai win-win solution yang bermanfaat. Selain itu, keadaan ekonomi syarika juga perlu diambil kira.

Berita baik untuk anda yang sedang mencari kerja atau ingin kembangkan kerjaya ke tahap baru, MySyarikat JOBS adalah portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!