Panduan Sebelum dan Selepas Terima Tawaran Kerja

Bayangkan anda sudah hadiri berperingkat-peringkat interview dan akhirnya terima surat tawaran bekerja kepada kerjaya yang diidam-idamkan selama ini. Disebalik keterujaan anda untuk mula bekerja ada beberapa langkah penerimaan tawaran kerja yang perlu dibuat.  

Sebenarnya sebaik anda terima surat tawaran bekerja dari syarikat, maka telah bermulanya proses beri first impression. Pada saat ini anda bukan saja perlu beri maklum balas sama ada terima atau tidak tawaran tersebut, tetapi peluang untuk tawar-menawar gaji.

Panduan dan Langkah Terima Tawaran Kerja

  1. Sebelum Terima Tawaran Kerja

Selalunya, wakil syarikat sama ada pegawai HR atau perekrut yang dilantik majikan akan memaklum kepada pekerja mengenai tawaran bekerja. Sama ada melalui panggilan telefon atau dari mesej, pekerja perlu beri maklum balas kepada tawaran tersebut.

Andai anda berhasrat untuk menerima tawaran bekerja yang diberikan, berikut adalah beberapa cara yang boleh dibuat:

  • Ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak syarikat kerana menawarkan jawatan tersebut
  • Kemudian, nyatakan persetujuan anda untuk menerima tawaran kerja tersebut dan minta pihak syarikat untuk hantar surat tawaran melalui email
  • Akhir sekali tanya bila tarikh lapor diri, jumlah gaji yang ditawarkan dan jawatan yang diberikan (jika kurang pasti)

Sekiranya anda tidak berminat pula dengan tawaran bekerja tersebut dan ingin menolaknya, ikuti beberapa cara berikut:

  • Ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak syarikat kerana menawakan jawatan tersebut
  • Kemudian, nyatakan hasrat untuk menolak tawaran tersebut dan berikan beberapa sebab kenapa anda tidak berminat
  • Akhirnya sekali ucapkan selamat maju jaya kepada syarikat dan mohon maaf atas keputusan penolakkan anda
  1. Semasa Terima Tawaran Kerja

Di sini bermulanya proses first impression seperti yang disebutkan awal tadi. Sebaik anda terima surat tawaran dari pihak syarikat, baca dan faham segala terma serta syarat yang dinyatakan. Ambil sebanyak masa yang diperlukan.

Jika anda berpuas hati dengan tawaran gaji, jawatan dan tugasan yang dinyatakan dalam surat tawaran tersebut, tandatangan dan hantar semula ke pihak syarikat dengan segera. Ini menunjukkan anda seorang yang besedia dan bersemangat untuk bekerja dengan syarikat.

Tetapi andai anda tidak berpuas hati dengan tawaran gaji, kerja dan tugasan yang dinyatakan dalam surat tawaran tersebut, maka anda boleh nego dengan pihak syarikat seperti:

  • Tulis email, call atau mesej pihak syarikat untuk tanya jika boleh runding tawaran gaji 
  • Selepas mencapai kata akhir rundingan, minta pihak syarikat untuk tulis surat tawaran baru mengikut persetujuan
  • Selepas berpuas hati, turunkan tandatangan sebagai persetujuan anda menerima tawaran bekerja tersebut
  1. Selepas Terima Tawaran Kerja

Perkara terakhir yang anda perlu buat selepas menerima tawaran bekerja adalah untuk mempersiapkan diri untuk bekerja. Lapor diri kepada syarikat mengikut masa dan tempat yang ditetapkan. Ini antara tip yang boleh bantu anda buat first impresson semasa lapor diri.

  • Tepati masa dan hadir untuk lapor diri ikut masa yang ditetapkan
  • Tunjukkan perwatakan positif dan confident pada hari pertama lapor diri
  • Pakai baju yang formal (jika perlu) dan smart pada hari pertama lapor diri
  • Cuba berkenalan dengan rakan kerja dan ingat nama mereka
  • Jangan malu untuk bertanya soalan jika tidak faham suatu tugasan
  • Sentiasa senyum dan berkawan dengan semua orang

Dapatkan Kerjaya Pilihan Anda Dengan MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang perlu anda ambil maklum selepas terima tawaran bekerja. Ingat, first impression bermula dari saat anda menjawab panggilan pihak syarikat yang menawarkan tawaran bekerja.

Walaubagaimana pun, suka diingatkan panduan di atas hanya sekadar rujukan sahaja. Setiap situasi penerimaan bekerja adalah berbeza-beza. Sama ada anda terima tawaran atau ingin menolaknya, ia perlu dilakukan secara profesional.

Dalam pada itu, andai anda sedang mencari kerja yang diidam-idamkan kami syorkan untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!