Kenapa Trend Digital Nomad Semakin Meningkat Dalam Malaysia? 

Salah satu trend kerja yang semakin meningkat dalam negara adalah digital nomad lebih-lebih lagi dengan pengenalan sistem kerja hibrid atau Aturan Kerja Fleksibal (AFK) seperti kebenaran bekerja dari rumah (work-from-home) yang memberikan style bekerja bebas.

Selain itu, kerajaan Malaysia juga sangat mengalu-alukan trend digital nomad ini dengan sering kali mempromosikan tempat-tempat menarik di dalam negara yang sesuai untuk mereka yang amalkan gaya hidup bekerja bebas ini.

Untuk pengetahuan anda digital nomad adalah style bekerja bebas atau jarak jauh yang biasanya dilakukan dilokasi-lokasi berbeza. Kata kuncinya adalah ditempat-tempat berbeza dan tidak tetap walau di mana sahaja anda berada.

Anda boleh bekerja di kedai kopi, perpustakaan atau dalam kereta sendiri sekiranya memiliki capaian internet. Mudah kata kalau anda ada mobile hotspots dan laptop semua kerja boleh jalan, tiada masalah walaupun tidak masuk offiece.

Kedengaran seronok, bukan? Tetapi adakah mudah untuk menjadi seorang digital nomad ini? Tiada risiko ke apabila sudah terlalu lama tidak masuk ke offiece? Jangan risau artikel kali ini akan membincangkan tentang kelebihan dan kekurangan amalkan style bekerja bebas ini.

Kelebihan Digital Nomad

  1. Tingkat Produktiviti Kerja

Menerokai persekitaran baru sebenarnya dapat membantu anda untuk naikkan motivasi kerja lebih-lebih lagi jika berpeluang untuk bekerja di tempat yang bersih dan dikelilingi alam sekitar. Ini secara tidak langsung beri psychology advantages kepada anda untuk berusaha menyiapkan tugasan dengan lebih cepat.

  1. Mudah Rangsang Idea dan Minda

Bekerja di tempat berbeza setiap hari dapat memberikan anda lebih banyak peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman. Ini secara tidak langsung merangsang minda anda dengan pelbagai jenis pendedahan baharu dan memudahkan proses untuk mencari idea. Badan cergas bergerak orak juga pantas berfikir!

  1. Senang Adapt Kepada Situasi

Maksud nomad adalah tidak tetap atau bergerak-gerak jadinya ini boleh meningkat skill adaptability diri. Berbanding dengan mereka yang bekerja di offiece sahaja digital nomad lebih cendung untuk mudah beramah mesra dengan orang lain dan pantas menyesuaikan diri dalam persekitara yang baru.

  1. Work-Life Balance

Punca utama mengapa trend digital nomad semakin berkembang adalah kerana terdapat kesedaran orang ramai tentang kepentingan memiliki keseimbangan hidup dan kerja yang baik. Digital nomad ini memberi kelebihan kepada pekerja terutamanya untuk mereka yang bebas bekerja di mana sahaja walaupun di rumah.

  1. Lebih Banyak Masa Untuk Me Time

Apabila bekerja style digital nomad anda akan ada banyak masa untuk healing dan berfikir tentang diri sendiri. Walaupun masih perlu melakukan tugasan namun anda masih ada banyak me time untuk mencuba skill-skill baru berbanding dengan mereka yang bekerja di offiece dan sering dipantau oleh boss.

Kekurangan Digital Nomad

  1. Gangguan Capaian Internet

Masalah utama yang dihadapi digital nomad walaupun ketika travel di negara maju adalah gangguan capaian internet. Contoh di Jepun walaupun kawasan hutan mereka masih ada capaian internet tapi kelajuannya agak perlahan. Jadi anda mungkin akan terlepas deadline atau sukar masuk meeting kerana internet tak power.

  1. Kawasan Kerja Tidak Kondusif

Disebalik kelebihan bertukar-tukar lokasi kerja, terdapat juga risiko anda mungkin terpaksa melakukan kerja di tempat yang tidak sesuai. Terdapat satu kes di mana seorang digital nomad terpaksa bekerja di dalam bas yang sesak sehingga tanpa beliau perasan peralatannya dicuri. Keselamatan sesuatu tempat awam itu sukar untuk dijamin.

  1. Risiko Kemalangan

Kemalangan atau bencana alam adalah perkara yang kita tidak boleh ramal. Tetapi risiko untuk digital nomad yang bekerja di luar lebih besar dari terlibatkan dengan accident kereta. Bayangkan anda sedang melakukan kerja di pantai dan tiba-tiba tsunami berlaku atau bekerja di kawasan pesendirian tanpa pengetahuan yang boleh menyebabkan anda ditangkap.

  1. Hidup Bersendirian dan Tiada Teman

Dalam kebanyakan kes digital nomad selalunya dilakukan oleh individu yang single dan tiada komitmen keluarga. Oleh itu digital nomad cenderung untuk hidup bersendirian untuk satu tempoh masa yang lama dan ini boleh mengganggu psikologi anda. Kita sebagai manusia adalah makhluk yang perlukan interaksi dan penghargaan.

  1. Career Progression Terbantut

Jika anda seorang fresh grad mungkin gaya hidup digital nomad ini tidak sesuai kerana ada sesetangah company menilai style bekerja ini bukan suatu profession. Disebabkan itu ramai digital nomad ini adalah dalam kalangan mereka dalam usia lewat 30an yang sudah memiliki pengalaman kerja yang solid.

Sedang Cari Kerja Yang Sesuai Dengan Lifestyle Anda? Cuba Guna MySyarikat JOBS

Jelas di sini bahawa trend bekerja digital nomad ini mungkin bukan untuk semua orang. Terdapat risiko besar yang perlu anda pertimbangkan lebih-lebih lagi bagi seorang fresh grad. Malah, yang berpengalaman kerja juga perlu memikirkan kos untuk menetap di negara lain itu.

Dinasihatkan untuk anda fahami jenis-jenis kerja yang sesuai untuk digital nomad kerana bukan semua industri boleh mengamalkannya. Jika anda sedang mencari kerja kami syorkan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja di hujung jari!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuanya dalam satu aplikasi sahaja!

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratursan perkerjaan idaman kepada ribuan bakal berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan kerjayaan idaman anda sekarang!