Tip Buat Portfolio Kerjaya Sebelum Mencari Kerja
Selain daripada resume, portfolio juga adalah benda penting yang calon pekerja perlu ambil perhatian sebelum mulakan perjalanan mencari kerja. Walaupun bukan semua syarikat meminta portfolio, tetapi memilikinya sangat berguna untuk membina kredibiliti diri.
Asasnya, portfolio adalah koleksi contoh kerja atau sebarang dokumen berkaitan kerjaya yang anda capai sebelum ini. Portfolio juga boleh merangkumi resume, pencapaian kerja, kemahiran atau sebarang anugerah yang diperolehi untuk ditunjuk kepada bakal majikan.
Pada sesetengah kes pula portfolio juga boleh digunakan untuk urusan permohonan pinjamanan (porfolio kewangan) atau untuk tujuan penjenamaan diri (personal branding) bagi mereka yang bekerja sebagai freelance.
Antara kerjaya yang memerlukan dan menggunakan portfolio semasa proses mencari kerja adalah,
- Jurugambar/ Penyunting Video/ Pengarah
- Model/ Pelakon/ Artis/ Pengatucara
- Pereka Grafik/ Pereka Fesyen/ Pereka Produk
- Penulis/ Pencipta Kandungan (Content Creator)/ Copywriter
- Pembangunan Perisian/ Pembangun Laman Web/ Pegawai Pemasaran Digital (Digital Marketer)
Cara Buat Portfolio Kerjaya
Seperti yang dikatakan tadi tidak salah untuk buat portfolio walaupun kerjaya pilihan anda tidak memerlukankan. Ingat, tujuan memiliki portfolio adalah untuk menonjolkan kelebihan diri anda berbanding calon lain.
Tentunya cara paling mudah untuk buat portfolio adalah dengan menggunakan LinkedIn, yang sememangnya dicipta khas untuk tujuan tersebut. Tetapi terdapat juga banyak laman web lain yang menawarkan fungsi membuat portfolio seperti Google Site atau Wix.
Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil perhatian ketika membuat portfolio tidak kira sama ada pada LinkedIn atau mana-mana porfolio maker lain.
1. Kumpulkan Segala Maklumat Kerjaya dan Pencapaian Sebelum Ini
Pada peringkat awalnya anda perlu rancang apa yang ingin dimasukkan dalam portfolio. Sama seperti ketika anda buat resume, anda dinasihatkan untuk letak maklumat berkaitan kerja yang anda ingin mohon sahaja. Bezanya portfolio tidak terhad kepada satu muka surat seperti sebuah resume.
Contohnya, anda seorang digital marketer maka adalah baik untuk memasukkan maklumat yang boleh menonjolkan kredibiliti sebagai seorang pegawai pemasaran seperti sijil penganugerahan atau testimoni pelanggan anda sebelum ini.
2. Susunkan Maklumat Mengikut Kategori
Selepas rancang maklumat yang ingin diletakkan dalam portfolio anda, kini sudah tiba masa untuk susunnya dalam urutan terpenting dan mudah dibaca. Di sini anda dinasibatkan untuk mengkategorikan maklumat mengikut bahagiannya.
Contohnya anda boleh cipta kategori seperti biodata ‘about me’, kemahiran dan pencapaian, testimoni kerja dan sampel kerja, dan rujukan. Ideanya adalah untuk memudahkan calon majikan navigasi ketika melawat protfolio anda.
3. Cantikkan Portfolio Supaya Lebih Memonjol
Langkah seterusnya ini amat penting dalam memastikan portfolio anda lebih menonjol daripada orang lain. Pilihan font tulisan, hiasan dan warna sesuai yang mencorakkan identiti kerjaya anda. Gunakan colour psychology untuk menarik perhatian mereka yang membaca portfolio anda.
Jika anda seorang pereka grafik, cantikkan portfolio anda dengan memperagakan hasil kerja yang telah dibuat sebelum ini. Anggap portfolio ini seperti sebuah lukisan yang anda ingin tunjukkan hasilnya kepada orang lain.
4. Kemaskini Maklumat Secara Berkala
Selepas selesai keempat-empat langkah di atas, anda boleh mula untuk memohon kerja dengan portfolio tersebut. Namun, penting untuk anda selalu kemaskini maklumat-maklumat portfolio supaya ia up-to-date. Jika anda selalu update ia akan menunjukkan anda seorang yang aktif kepada bakal majikan.
Dinasihatkan untuk menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan berkenaan portfolio anda jika menggunakan LinkedIn, atau membalas emel yang datang dari website portfolio anda untuk meningkatkan engagement.
5. Pastikan Format Porfolio Boleh Diakses Dengan Mudah
Salah satu punca mengapa portfolio anda tidak banyak engagement adalah mungkin kerana anda tidak aktif atau portfolio anda sukar untuk diakses. Jadinya penting untuk anda pastikan portfolio tersebut mudah dicapai oleh perekrut dan bakal majikan.
Dalam zaman media sosial ini anda juga boleh kongsikan porfolio menerusi media sosial peribadi untuk memudahkan proses scouting dan personal branding. Lebih-lebih lagi sekarang ini banyak syarikat memberi fokus kepada media sosial pekerja. Sayanglah jika portfolio sudah cantik tapi tiada orang tengok.
Gunakan Portfolio Anda Untuk Tonjolkan Diri di MySyarikat JOBS
Manfaatkan sebaik-baiknya resume dan porfolio yang dibuat untuk meningkatkan peluang anda mendapat kerja idaman. Gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja yang berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!