Contoh Resume Terbaik & ATS-Friendly Pekerja

Sebelum memohon suatu jawatan penting untuk calon pekerja memiliki sebuah resume yang ‘padu. Ini kerana perkara pertama yang dilihat oleh perekrut dalam mencari pekerja adalah informasi serta latarbelakang lengkap yang diisi kemas pada sehelai kertas.

Lebih-lebih lagi dengan penggunaan Applicant Tracking System (ATS) oleh kebanyakan syarikat untuk menyaring resume pekerja, maka sangat penting untuk anda memiliki sebuah resume yang boleh ‘pass’ sistem tersebut.

Jadi mari belajar cara bina resume, guna Microsoft Word sahaja dan yang ATS-friendly untuk memudahkan proses permohonan kerja anda.

Cara Bina Resume

Perkara pertama yang anda perlu tahu dalam membina resume adalah keterjelasan (visibility) dan kata kunci (keyword). Ini kerana resume adalah sehelai dokumen yang mengandungi maklumat pekerja berkaitan jawatan dimohon sahaja.

Jadi penting untuk calon pekerja kenal pasti keyword dan rancang maklumat apa yang ingin diletakkan dalam resume. Sebuah resume yang baik memiliki semua maklumat penting pekerja tetapi disusun kemas seperti sebuah poster!

Tidak dilupakan juga sistem ATS yang digunakan biasanya akan mencari maklumat-maklumat penting, seperti diprogramkan berkaitan jawatan yang ditawarkan sahaja. Maka, penting untuk anda masukkan juga keyword berkaitan jawatan untuk meningkatkan ‘passing rate’. 

Cara paling mudah tentunya dengan menggunakan templat resume ATS-friendly, tapi anda juga boleh membuatnya sendiri dengan hanya menggunakan Microsoft Word. Ikuti tip membina resume di bawah.

1.Kategorikan Resume Dengan Susunan Teratur

Susun pembahagian kategori dalam resume anda dengan jelas seperti Pengalaman Kerja, Pendidikan dan Kemahiran mengikut urutan yang terpenting. Perlu diingatkan ATS mencari keyword penting yang ditetapkan untuk jawatan tertentu sahaja!

2. Elakkan Guna Ikon Atau Gambar Berlebihan

Anda dinasihatkan untuk tidak meletak gambar yang besar bagi menjimatkan ruang, ini kerana sistem ATS tidak diprogram untuk membaca gambar, atau ikon dan sesetengahnya headers. Jadi gunakan strategi ‘straight to the point’ dalam resume anda.

3. Gunakan Font Penulisan yang Jelas

Sekali lagi diingatkan sistem ATS diprogram untuk membaca keyword. Maka, ambil masa untuk pilih font tulisan yang jelas seperti Arial, Calibri, Cambria atau Georgia, dan gunakan saiz yang mudah dibaca antara 10 atau 12 untuk penulisan resume anda.

4. Letakkan Keyword Dengan Betul

Karang penulisan anda dengan meletakkan perkataan yang mudah dibaca dan jelas, mengikut jawatan yang dimohon. Kebanyakan calon meletakkan perkataan umum atau tidak berkaitan sehingga sistem ATS sukar untuk mengumpul maklumat.

5. Pilih Format Resume yang Betul

Untuk hantar resume, anda boleh menggunakan format digital PDF yang lebih universal dan mengekalkan kandungan seperti yang asal. Tapi anda dinasihatkan juga untuk kenal pasti jenis format yang diminta kerana mungkin ada yang terima format .doc atau .docx.

Jom lihat contoh bergambar di bawah untuk lebih kefahaman.

Contoh resume non ATS-friendly dan sukar dibaca
Contoh resume ATS friendly dan mudah dibaca

Gunakan Resume Anda Untuk Mohon Kerja di MySyarikat JOBS

Langkah seterusnya selepas membina resume yang ‘padu’ adalah untuk mula memohon jawatan yang anda mahukan. Tentunya memiliki resume sahaja tidak berguna jika tiada platform mencari kerja yang boleh menghubungkan anda dengan bakal majikan dan begitu juga sebaliknya untuk majikan mencari pekerja.

Gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!