Fakta Cuti Kecemasan di Malaysia

Cuti kecemasan merupakan sebuah cuti khas yang diberikan kepada pekerja untuk menangani situasi yang tidak dijangka dan mendesak. Tidak berbeza sama sekali dengan 6 jenis cuti yang berhak pekerja dapat seperti dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. 

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan fakta penting mengenai cuti kecemasan di Malaysia, termasuk peruntukan undang-undang, jenis-jenis cuti kecemasan, dan bagaimana pekerja boleh memanfaatkannya.

Apa Itu Cuti Kecemasan?

Cuti kecemasan adalah cuti yang diberikan kepada pekerja apabila berlaku keadaan mendesak yang memerlukan perhatian segera. Ini termasuk keadaan seperti kematian ahli keluarga terdekat, kemalangan, atau bencana alam. 

Di sini majikan selalunya memberikan cuti ini sebagai tanggungjawab sosial untuk membantu pekerja menguruskan situasi yang sukar. Jumlah dan tempoh untuk cuti kecemasan juga bergantung kepada polisi yang ditetapkan oleh syarikat.

Undang-Undang Mengenai Cuti Kecemasan di Malaysia

Secara asasnya, tiada undang-undang spesifik yang menetapkan peruntukan cuti kecemasan secara terperinci di Malaysia. Ini bermakna bahawa cuti kecemasan adalah seratus peratus berdasarkan polisi dan budi bicara majikan semata-mata.

Walau bagaimanapun, Akta Kerja 1955 yang menjadi buku undang-undang rujukan utama pekerjaan mempunyai beberapa peruntukan berkaitan cuti yang boleh digunakan pekerja dalam situasi kecemasan.

  • Cuti Sakit: Tertakluk di bawah Seksyen 60F Akta Kerja 1955, pekerja yang memasuki kontrak kerja dengam majikan kayak mendapat cuti sakit yang diperakui oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • Cuti Tahunan: tertakluk di bawah Seksyen 60E Akta Kerja 1955, pekerja yang memasuki kontrak kerja selama 12 bulan berhak mendapat cuti tahunan yang boleh digunakan berdasarkan penetapan undang-undang.

Di sini penting untuk pekerja merujuk semula kepada polisi syarikat masing-masing mengenai cuti kecemasan kerana sekali lagi ditekanan ia bergantung kepada polisi syarikat dan mungkin bukan setiap syarikat memilikinya.

Jenis-Jenis Cuti Kecemasan

Berdasarkan situasi dan polisi syarikat, pekerja dibenarkan untuk memohon cuti kecemasan atas sebab-sebab seperti berikut:

  1. Cuti Sakit: diberikan apabila pekerja atau ahli keluarga terdekat jatuh sakit dan memerlukan perhatian perubatan segera
  2. Cuti Kematian: diberikan apabila berlaku kematian ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, pasangan atau anak-anak
  3. Cuti Bencana: diberikan apabila pekerja terjejas oleh bencana alam seperti banjir atau gempa bumi

Cara Memohon Cuti Kecemasan

Untuk tujuan permohonan cuti kecemasa ini pekerja perlu segera memberitahu majikan mengenai situasi kecemasan yang dihadapi. Tetapi perlu diingatkan ia bergantung kepada polisi yang diamalkan oleh syarikat.

Proses permohonan biasnaya melibatkan perkara seperti berikut:

  • Memberitahu majikan secepat mungkin
  • Menyediakan dokumen sokongan seperti sijil kematian atau laporan perubatan
  • Mengisi borang permohonan cuti kecemasan jika diperlukan syarikat

Di sini penting untuk pekerja perlu memahami polisi syarikat dan menghormati polisi yang ditetapkan majikan. Andai syarikat tidak mengamalkan cuti kecemasan maka mereka boleh menolaknya daripada cuti tahunan pekerja.

Kesimpulannya, cuti kecemasan adalah aspek penting dalam memastikan kesejahteraan pekerja. Walaupun tiada undang-undang khas yang mengaturnya di Malaysia, majikan boleh menyediakan cuti kecemasan sebagai tanggungjawab sosial syarikat.

Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!