Tutorial Tulis Follow-Up Email Selepas Interview

Selalunya lepas sesi interview, bahagian sumber manusia akan menghantar follow-up emel kepada pekerja untuk memberitahu status permohonan pekerja sama ada mereka dapat jawatan tersebut atau tidak.

Ia boleh mengambil masa dari 14 hari selepas sesi interview sehingga berbulan-bulan untuk menerima follow-up emel tersebut. Di sini pekerja perlu faham bahawa company perlu menyaring beberapa calon sebelum membuat keputusan untuk mengambil pekerja.

Tetapi bagi pekerja yang sudah menghadiri sesi interview namun masih belum mendapat sebarang follow-up untuk jawatan yang dimohon, boleh menulis follow-up emel sendiri untuk bertanyakan tentang status permohonan tersebut.

Apa Perlu Ditulis Dalam Emel?

Penggunaan emel adalah medium komunikasi yang paling profesional dalam dunia pekerjaan. Ia sering kali menjadi pilihan oleh kebanyak jenis company tanpa mengira status sama ada Perusaha Kecil dan Sederhana (PKS) ataupun syarikat korporat.

Atas faktor itu sebagai pekerja dan bahagian sumber manusia wajib tahu cara penulis emel dengan betul serta format yang profesional. Antara elemen yang perlu ada dalam sesebuah emel adalah,

  • Emel yang jelas
  • Kata-kata salutasi yang betul
  • Perenggan yang menerangkan sebab dan tujuan emel
  • Lampiran dokumen sokongan (jika perlu)
  • Kata-kata penutup dan tandatangan

Penting untuk diingatkan bahawa jika emel yang dihantar tersebut memerlukan pengesahan mana-mana individu, isi ruang ‘CC’ dengan mana penerima. Selain itu, jika ingin menghantar sebarang dokumen dinasihatkan untuk guna format betul seperti PDF.

Cara Tulis Follow-Up Emel

Bergantung kepada tempoh, situasi dan keadaan selepas menghadiri sesi interview terdapat beberapa cara untuk menulis follow-up emel oleh calon pekerja kepada company dan dari syarikat kepada calon pekerja.

  1. Follow-Up Emel Selepas Interview (Pekerja)

Subjek: Terima Kasih Meluangkan Masa Untuk Interview (Tarikh)

Kata-Kata Salutasi: Dear Mr./Mrs./Sir./Madam./Tuan/Puan (Nama)

Peranggan Pertama: Terima kasih kerana memberi ruang sesi temuduga kepada saya untuk (jawatan dimohon). Saya sangat berbesar hati untuk diberi peluang menghadirkan diri dan belajar lebih banyak tentang (jawatan dimohon).

Perenggan Kedua: Saya sangat menghargai peluang yang diberikan dan jika diberikan kesempatan untuk menyertai syarikat, saya ingin membuktikan kemahiran saya dalam (jawatan dimohon dan skill yang ada) untuk berjaya membantu membawa kejayaan kepada syarikat.

Kata-Kata Penutup: Terima Kasih diucapkan sekali lagi dan saya harap untuk mendapat maklum balas dari pihak syarikat secepat mungkin.

Terima Kasih,

(Tandatangan)

(Nama)

  1. Follow-Up Emel Selepas Interview (Syarikat)

Subjek: Terima Kasih Menghadiri Sesi Interview (Tarikh)

Kata-Kata Salutasi: Dear Mr./Mrs./Sir./Madam./Tuan/Puan (Nama)

Peranggan Pertama: Terima kasih kerana menghadiri sesi temuduga untuk (jawatan dimohon). Pihak syarikat sangat berbesar hati atas kehadiran anda dan permohonan (jawatan dimohon).

Perenggan Kedua: Atas faktor jumlah permohonan untuk (jawatan dimohon) yang tinggi, pihak kami akan mengambil masa untuk membuat saringan sebelum memutuskan keputusan akhir.

Kata-Kata Penutup: Terima Kasih diucapkan sekali lagi dan selamat maju jaya.

Terima Kasih,

(Tandatangan)

(Nama)

  1. Follow-Up Emel Selepas Interview Tanpa Respon (Pekerja)

Subjek: Follow-up Untuk Sesi Interview (Tarikh) Bagi Jawatan (Jawatan Dimohon)

Kata-Kata Salutasi: Dear Mr./Mrs./Sir./Madam./Tuan/Puan (Nama)

Peranggan Pertama: Terima kasih kerana memberi ruang sesi temuduga kepada saya untuk (jawatan dimohon) pada tempoh hari. Saya sangat berbesar hati untuk diberi peluang menghadirkan diri dan belajar lebih banyak tentang (jawatan dimohon).

Perenggan Kedua: Saya menulis emel ini untuk bertanyakan jika terdapat sebarang kemaskini untuk (jawatan dimohon). Saya percaya dengan kemahiran (skill yang ada) yang sana ada dapat membantu membawa kejayaan kepada syarikat.

Kata-Kata Penutup: Terima Kasih diucapkan sekali lagi dan jika terdapat sebarang kemaskini mengenai permohonan saya, boleh hubungi saya pada (alamat emel dan nombor telefon).

Terima Kasih,

(Tandatangan)

(Nama)

  1. Follow-Up Emel Selepas Interview Untuk Beri Keputusan (Syarikat)

Subjek: Terima Kasih Menghadiri Sesi Interview (Tarikh)

Kata-Kata Salutasi: Dear Mr./Mrs./Sir./Madam./Tuan/Puan (Nama)

Peranggan Pertama: Terima kasih kerana menghadiri sesi temuduga untuk (jawatan dimohon). Selepas pihak syarikat membuat penilaian, kami sangat berbesar hati untuk menawarkan bahawa anda diterima/ dukacita memaklumkan bahawa anda tidak kurang sesuai (jawatan dimohon).

Perenggan Kedua: Pihak kami berharap keputusan ini tidak membuatkan anda berputus asa dan teruskan ikuti kami untuk serta memohon jawatan-jawatan dalam syarikat di masa depan.

Kata-Kata Penutup: Terima Kasih diucapkan sekali lagi dan selamat maju jaya.

Terima Kasih,

(Tandatangan)

(Nama)

  1. Follow-Up Emel Selepas Interview Untuk Beri Keputusan (Pekerja)

Subjek: Terima Kasih Menghadiri Sesi Interview (Tarikh)

Kata-Kata Salutasi: Dear Mr./Mrs./Sir./Madam./Tuan/Puan (Nama)

Peranggan Pertama: Terima kasih kerana menemuduga saya untuk (jawatan dimohon). Selepas penilai syarat dan penawaran (jawatan dimohon), saya sangat berbesar hati untuk menerima/ dukacita memaklumkan saya terpaksa menolak (jawatan dimohon).

Perenggan Kedua: Jika terdapat sebarang perkara yang boleh saya bantu untuk memudahkan urusan permohonan saya boleh hubungi saya (alamat emel, nombor telefon) / Harapkan pihak syarikat dapat mencari calon yang lebih sesuai dan terima kasih atas peluang diberikan.

Kata-Kata Penutup: Terima Kasih diucapkan sekali lagi dan selamat maju jaya.

Terima Kasih,

(Tandatangan)

(Nama)

Kerja-Kerja Yang Sesuai Menanti Anda Di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, penting untuk membuat follow-up emel bagi mengetahui status permohonan yang dibuat. Syarikat juga perlu peka dan menghantar follow-up emel kepada calon pekerja supaya mereka tahu akan status permohonan yang dibuat lulus atau tidak.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja baru yang best-best kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! 

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!