Teknik Bina Resume Untuk Fresh Grad
Zaman pembelajaran dan pekerjaan adalah dua perkara yang berbeza, maka tidak hairanlah jika fresh grad kurang mengetahui selok-belok proses mencari kerja. Ramai fresh grad mungkin masih tidak tahu kaedah yang betul untuk hasilkan resume menarik.
Sebagai makluman, resume merupakan satu dokumen penting kerana ia berfungsi sebagai description yang menerangkan tentang diri kita. Lebih menarik resume kita, lebih tertarik majikan untuk mengambil kita sebagai pekerja.
Disebabkan itu, penting untuk tahu kaedah yang sesuai, kenal pasti maklumat yang penting dan perkara yang tidak perlu dimasukkan ke dalam resume terutamanya bagi fresh grad sebelum memasuki alam pekerjaan.
- Pilih Format Yang Betul
Ramai yang memandang sebelah mata tentang kepentingan menyediakan resume mengikut format. Pada kebanyakan mereka mengikut format adalah menyusahkan dan terlalu skema tetapi sebaliknya, ia yang membuatkan resume kita cantik serta kemas.
Resume ini berfungsi seakan first impression kita kepada majikan. Disebabkan itu, format adalah antara aspek yang sangat penting dalam membina resume. Jika tidak mengikut format terdapat kemungkinan untuk majikan reject resume kita dari awal lagi.
- Isi Section Header Resume
Header dalam resume adalah section yang mengandungi maklumat peribadi kita dan secara tak langsung menjadi antara bahagian yang penting. Contohnya, maklumat yang dipaparkan pada section ini mengandungi nama penuh, objektif kerjaya, nombor telefon dan email.
Walaupun ia nampak sangat mudah, tetapi ramai yang terlepas pandang tentang kepentingan secton ini. Jika maklumat yang diberikan pada header lengkap ia dapat memudahkan majikan untuk menghubungi kita.
- Tulis Summary
Jika resume yang kemas adalah first impression kepada majikan, summary pula adalah cara untuk boss berkenalan dengan kita. Pada bahagian summary ini, kita hendaklah menulis pengalaman dan pencapaian yang selari dengan keperluan jawatan dimohon.
Seterusnya, summary yang bagus dapat menarik perhatian majikan untuk mengambil kita kerja. Jadi, dalam menulis summary resume kita perlu nyatakan maklumat seperti manfaat yang boleh ditawarkan kepada syarikat serta kelihatan professional.
- Masukan Pengalaman Kerja
Jika kita sudah mempunyai pengalaman bekerja sebelum ini, sebaiknya ia letakkan ke dalam resume. Ini kerana majikan lebih mementingkan dan keutamaan orang yang mempunyai pengalaman bekerja walaupun hanya internship.
Walaupun sebagai fresh grad, pengalaman bekerja part-time ketika belajar juga adalah poin positif yang dipandang oleh majikan. Mereka akan mengutamakan orang yang mempunyai pengalaman berbanding dengan yang tidak mempunyai sebarang pengalaman langsung.
- Masukan Skill dan Pencapaian
Kadang kala, syarikat akan mencari orang yang mempunyai skill unik dan spesifik kepada jawatan yang dimohon. Maka, jika kita mempunyai skill yang rare dan menepati jawatan yang dicari majikan itu seharusnya kita letakkan sekali di dalam resume.
Tambahan lagi, pencapaian yang berkaitan dengan skill wajib untuk kita nyatakan di dalam resume. Demikian akan memudahkan pihak majikan untuk menapis dan mencari pekerja yang menepati kriteria syarikat.
- Masukan Kemahiran Asas
Segelintir daripada kita mungkin akan terlupa untuk menyatakan di dalam resume tentang kemahiran asas yang dimiliki. Jika tidak diberitahu, tidak salah untuk majikan menganggap kita tidak mempunyai sebarang kemahiran tambahan lain.
Kemahiran asas yang boleh dimasukkan dalam resume adalah seperti kemahiran bertutur bahasa asing, kemahiran edit video dan kemahiran fotografi. Dengan set kemahiran seperti ini, majikan akan lebih cenderung untuk memilih kita sebagai pekerja mereka.
Kesimpulannya, mempelajari kaedah membuat resume dengan betul adalah sangat penting terutamanya untuk fresh grad yang baru sahaja masuk ke alam pekerjaan. Tambahan lagi, resume yang power adalah yang sentiasa dikemaskini untuk digunakan sepanjang career anda.
Jom Mulakan Career Anda Dengan MySyarikat JOBS
Jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!