Skil-Skill Yang Perlu Ada Dalam Resume Anda
Dalam membina resume bahagian kemahiran (skill) memainkan peranan yang sangat penting bagi meningkat peratusan untuk anda diambil bekerja. Ini kerana pada bahagian skill selalunya sistem ATS akan mengesan keyword yang diperlukan untuk sesuatu jawatan.
Jika majikan atau pegawai bahagian sumber manusia (HR) tidak menggunakan sistem ATS, bahagian skill ini mungkin adalah antara perkara utama yang dilihat selain daripada senarai pengalaman pekerja.
Oleh itu, penting untuk masukkan skil-skill yang relevan dan diperlukan dalam resume bagi memudahkan sistem ATS atau pegawai HR kenal pasti potensi diri yang anda ingin tonjolkan. Ini adalah beberapa skill-skill yang perlu ada dalam resume.
Skill-Skill Yang Majikan Selalu Cari
Terdapat 2 jenis skill yang setiap orang perlu tahu sebelum meletakkannya dalam resume. Setiap jenis ini berbeza fungsi dan ada sesetengah majikan mungkin lebih cenderung untuk pilih satu jenis berbanding yang lain. Jenis skill-skill tersebut adalah,
- Hard Skill : kemahiran khusus yang diperolehi melalui pendidikan dan latihan untuk sesuatu pekerjaan
- Soft Skill : kemahiran umum yang diperolehi melalui pembelajaran untuk tingkatkan kredibiliti diri
Suka diingatkan bahawa tidak kira walau apa jua jenis sama ada hard skill atau soft skill, penting untuk anda benar-benar memilikinya kerana apa yang diletakkan dalam resume adalah jaminan yang diberikan kepada syarikat.
Ini antara hard skill yang sering dicari oleh para majikan.
- Skill Komputer : kemahiran menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Office
- Skill Analisis : kemahiran membaca dan olah data dalam bentuk yang boleh dibaca
- Skill Bahasa : kemahiran bertutur dalam bahasa asing atau bahasa kedua
- Skill Pengendalian : kemahiran mengerakkan sesuatu jentera (industri perkilangan)
- Skill Perisian : kemahiran menggunakan peralatan perisian untuk pemasaran atau lain-lain
Ini pula antara soft skill yang dicari-cari oleh para majikan.
- Skill Komunikasi : kemahiran berkomunikasi dengan rakan sekerja
- Skill Kreativiti : kemahiran berfikir secara kreatif
- Skill Bekerjasama : kemahiran bekerja dalam pasukan
- Skill Kepimpinan : kemahiran untuk memimpin
- Skill Penyelesaian Masalah : kemahiran berfikir aras tinggi
Skill-Skill Yang Patut Ada Dalam Resume
Mari lihat beberapa skill yang hot dan in demand yang perlu diletakkan dalam resume supaya sistem ATS dapat kenal pasti keyword dengan lebih pantas di bawah.
- Microsoft Office
Kemahiran menggunakan semua tool dalam Microsoft Office sangat diperlukan dan paling high demand dalam pasaran kerja. Jadi anda dinasihatkan untuk belajar gunakan semua kemahiran dan shortcut untuk Microsoft Excel sehingga ke Microsoft Word.
- Editing / Design
Tidak kira sama ada editing atau designing menggunakan Canva mahupun Adobe Photoshop, kemahiran ini sangat relevan dan sentiasa diperlukan merentas pelbagai industri. Anda juga boleh belajar semua skill ini secara percuma di internet.
- WordPress / SEO
Kebanyakan syarikat kini memiliki website dan jika ada berkemahiran untuk kendalikan WordPress ia adalah satu kelebihan yang besar. Selain itu, memiliki skill dalam SEO juga dapat bantu anda tambah kredibiliti diri kepada majikan.
- Google Analytics
Ramai sebenarnya tidak tahu yang Google Analytics dapat membantu merumuskan segala data dalam satu bentuk yang mudah dibaca. Jika anda memiliki skill untuk kendalikan Google Analytics ini ia dapat tingkatkan juga kredibiliti diri.
- Public Speaking
Semua orang mampu untuk bercakap tetapi bukan setiap orang memiliki kemahiran untuk bercakap di hadapan orang ramai. Apatah lagi bercakap untuk menyakinan orang ramai, oleh itu skill public speaking amat dicari oleh majikan merentasi industri.
- Multitasking
Kedengaran klise namun skill multitasking adalah antara perkara yang sentiasa dicari-cari majikan. Skill multitasking ini bukan sahaja merujuk kepada mampuan buat 2 kerja dalam satu masa tetapi kemahiran menguruskan masa untuk tingkatkan produktiviti.
Sudah Ada Resume? Jom Apply Kerja Dengan MySyarikat JOBS
Walau apa jua skill yang anda ingin letakkan dalam resume, penting untuk anda benar-benar belajar dan kuasainya. Memiliki banyak skill meningkatkan lagi peratusan untuk anda diambil bekerja.
Jom gunakan resume untuk mencari kerja dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja.
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!