Apa Itu Budaya Kerja Negatif dan Toksik Di Tempat Kerja?

Budaya kerja negatif sering kali dikaitkan dengan persekitaran kerja toksik dan sudah wujud sejak sekian lama sehingga tanpa sedar ia jadi punca utama pekerja resign. Pada sesetengah kes budaya kerja negatif juga boleh cetuskan masalah kesihatan mental dan fizikal pekerja.

Sebagai pengetahuan budaya kerja didefinisikan sebagai ciri, tingkah lalu, nilai dan polisi yang diamalkan oleh sesebuah syarikat. Ia membentuk cara setiap individu bekerja dan memberi kesan kepada perkembangan syarikat

Andai sesuatu budaya kerja itu positif, boleh dikatakan syarikat sedang berada dalam landasan yang baik. Tetapi sebaliknya jika budaya kerja itu negatif ia memberi gambaran bahawa syarikat sedang mengalami masalah dalaman.

Tanda-Tanda Budaya Kerja Negatif

Sebelum mula bekerja anda dinasihatkan untuk buat research terlebih dahulu sebelum join mana-mana syarikat. Terdapat beberapa tanda-tanda budaya kerja negatif yang anda boleh cuba untuk kenal pasti seperti:

  • Kadar Pekerja Berhenti Tinggi

Jika anda dapat kadar pekerja berhenti (employee turnover) sesebuah syarikat itu tinggi, ini bermakna ia tidak mengamalkan budaya kerja positif. Seperti diterangkan di atas, syarikat mungkin mengalami masalah dalaman sehingga pekerja mereka sendiri memutuskan untuk berhenti.

  • Tiada Medium Komunikasi Jelas

Antara red flag yang mudah untuk kenal pasti sama ada sesebuah syarikat itu praktikan budaya kerja negatif atau tidak adalah dengan lihat peralatan komunikasi yang digunakan. Jika sesebuah syarikat itu gagal berkomunikasi dengan efektif antara setiap bahagian, maka ini jelas menunjukkan mereka tidak titik beratkan perhubungan positif.

  • Tidak Amalkan Work-Life Balance

Secara purata seorang pekerja di Malaysia bekerja selama 45 jam sahaja seminggu, dan ini ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 sendiri. Jadinya jika anda merasakan syarikat banyak minta pekerja buat overtime berkemungkinan besar ia mengalami masalah dalaman seperti kekurangan tenaga kerja.

  • Reputasi Syarikat Teruk

Macam mana nak kenal pasti jika sesuatu syarikat itu red flag? Mudah dengan lihat review yang ditinggal pengguna dalam internet. Reviews pada internet ini sangat membantu pekerja dalam membuat keputusan untuk terima tawaran kerja atau tidak. Andai reputasi syarikat teruk, takkan kita masih nak bekerja, bukan?

  • Masalah Pembayaran Gaji Pekerja

Paling kritikal untuk kenal pasti sama ada syarikat itu mengamalkan budaya kerja negatif adalah jika mereka memiliki masalah pembayaran gaji. Masalah pembayaran gaji sama ada gaji masuk lambat atau caruman tidak dibuat ini boleh menyebabkan ketidakpuas hatian yang seterusnya boleh mencetus perasaan toksik.

Kesan Budaya Kerja Negatif 

  1. Moral Pasukan Terganggu

Semangat berpasukan amat penting dalam sesebuah organisasi lebih-lebih lagi bila setiap individu datang dari latar belakang berbeza-beza. Budaya kerja negatif ini boleh ganggu dinamik berpasukan dan cetus ciri individualistik.

  1. Jejas Produktiviti

Apabila satu unit tidak berfungsi dengan baik maka, bahagian lain juga tidak dapat jalankan tugasan mereka. Budaya kerja negatif merupakan masalah utama yang mengekang produktiviti sesuatu syarikat daripada terus berkembang.

  1. Wujudkan Perpecahan

Masalah utama budaya kerja negatif adalah ia boleh menyebabkan perpecahan diantara pekerja dalam syarikat. Sifat negatif akan merebak dan menyebabkan pekerja menjadi berpuak-puak.

Cari Syarikat Dengan Budaya Kerja Positif Di MySyarikat

Sebagai pekerja anda layak untuk menentukan di mana untuk bekerja. Jika anda rasakan syarikat menghalang anda dari berkembang, ia juga salah satu tanda budaya kerja negatif. Pilih syarikat yang mampu berikan segala keperluan dan kemahuan kerja anda.

Jom cari syarikat terbaik untuk anda dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja.

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!