Perbezaan Pengalaman Internship Dan Pengalaman Kerja Sebenar
Tidak kira sama ada anda seorang graduan yang baru mendapat kerja atau individu dengan pengalaman bekerja berpuluh tahun pasti pernah melalui latihan industri (internship) satu ketika dahulu.
Tempoh melakukan internship tersebut bukan sahaja penting dalam mencorak langkah awal kerjaya seseorang itu tetapi pada masa yang sama turut membantu dalam mempersiapkan diri dengan pengetahuan industri dan meningkatkan kredibiliti kerja.
Namun, mungkin tidak semua daripada kita dapat merasai peluang internship ini kerana ada sesetengahnya terus mula bekerja sebaik tamat zaman persekolahan. Jadi pada artikel kali ini akan dikongsikan perbezaan antara pengalaman kerja sebenar dan internship serta mana satu yang lebih dinilai dalam pasaran.
Pengalaman Internship Dan Pengalaman Kerja Sebenar
Sebenarnya terdapat perbezaan ketara antara kerja sebenar dan internship ini. Paling mudah untuk dibezakan adalah untuk mereka yang buat internship, tempat anda timba pengalaman itu tidak dipanggil sebagai syarikat tetapi disebut pembekal tempat latihan.
Antara perbezaan besar lain adalah:
- Tempoh Masa
- Kerja Sebenar: Kebiasaannya waktu bekerja pekerja adalah tetap sama ada sepenuh masa atau separuh masa
- Internship: Kebiasannya waktu internship berlangsung selama tempoh 3 bulan ke 6 bulan bergantung kepada keperluan universiti
- Pembayaran
- Kerja Sebenar: Pekerja akan dibayar gaji bulanan pada kadar yang telah ditetapkan dalam persetujuan kontrak perkhidmatan
- Internship: Pelajar akan dibayar elaun pada kadar bulanan berdasarkan persetujuan dengan pembekal tempat latihan
- Kelayakan
- Kerja Sebenar: Pekerja perlu memiliki kelayakan dan kemahiran tertentu bagi memohon sesuatu jawatan
- Internship: Pelajar tidak perlu memiliki kelayakan tetapi dinasihatkan memilih jawatan yang berkaitan dengan bidang dipelajari
- Perundangan
- Kerja Sebenar: Hak-hak perlindungan pekerja telah ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 termasuk segala potongan wajib
- Internship: Hak-hak perlindungan pekerja telah ditetapkan dalam persetujuan kontrak antara pihak universiti dan pembekal tempat latihan
Relevan Ke Pengalaman Internship Dalam Pasaran Kerja?
Persoalan yang sering menjadi perdebatan adalah adakah internship boleh dikira sebagai pengalaman bekerja? Bagi sesetengah kita mungkin akan berkata ‘ya, internship merupakan sebahagian daripada pengalaman kerja’.
Namun, mungkin ada sesetengah lain pula berkata sebaliknya memandangkan tugasan yang dibuat semasa internship tidak sama dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja sebenar. Masakan tidak intern tidak dibayar gaji dan tempoh waktu mereka bekerja juga tidak tertakluk kepada standard waktu kerja minimum.
Tetapi di sini kami ingin debunk pandangan tersebut kerana walaupun tugasan internship tidak seberat atau serumit kerja-kerja yang dilakukan pekerja sebenar, ia masih dikira pengalaman kerja dan boleh dimasukkan ke dalam resume.
Hal ini kerana internship masih menawarkan pendedahan kepada dunia pekerjaan sebenar seperti,
- Membina Portfolio Kerjaya
Dalam membina sebuah resume sebenarnya syarikat turut melihat pengalaman internship pekerja. Ini kerana melalui internship bakal majikan dapat kenal pasti sama ada calon pekerja pernah dapat pendedahan atau tidak.
- Menambah Kemahiran
Melalui internship juga calon pekerja boleh menambah kemahiran baru atau meningkatkan skill sedia ada. Jadi apabila mahu memasuki alam pekerjaan sebenar majikan tidak perlu bimbang untuk melatih pekerja dari zero.
- Mendorong Penglibatan Dalam Tenaga Kerja
Hampir 80% para pekerja akan mengatakan bahawa pengalaman internship adalah pendorong utama kepada mereka untuk menyertai sesuatu syarikat. Ini kerana melalui pendedahan awal ini pekerja tidak akan gentar untuk tembusi dunia profesionalisme yang kompetatif ini.
- Memperkasakan Kredibiliti kerja
Kredibiliti di sini bukan hanya berfokus kepada skill semata-mata tetapi turut merujuk kepada networking dan cara pembawakan diri seorang pekerja itu. Melalui pengalaman internship pekerja dapat meningkatkan keyakinan diri untuk tempuhi dalam pekerjaan sebenar kelak.
Masih Mencari Tempat Buat Intern? Jom Cuba MySyarikat JOBS Sekarang
Oleh itu, tidak boleh untuk kita katakan bahawa mereka yang melakukan internship tiada pengalaman kerja yang banyak berbanding mereka yang terus bekerja sebaik tamat zaman persekolahan.
Pengalaman kerja ini adalah perkara subjektif yang sukar untuk diukur sebenarnya, ia bergantung kepada cara pembawakan diri seseroang individu itu sendiri. Boleh jadi mereka yang lakukan internship ini menjadi seorang pekerja yang lebih baik berbanding yang sudah lama bekerja dan mungkin juga sebaliknya.
Walau apa pun, jika anda sedang mencari tempat intern atau baru habis internship dan mahu sertai alam pekerjaan, kami syorkan kepada anda untuk cuba MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari ekrja dan pekerja di hujung jari!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuanya dalam satu aplikasi sahaja!
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratursan perkerjaan idaman kepada ribuan bakal berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan kerjayaan idaman anda sekarang!