Ranking Perbandingan Gaji Minimum Di Malaysia dan Di Seluruh Dunia

Menurut Perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2022 yang berkuatkuasa 1 Mei 2022 lalu, majikan yang menggajikan 5 orang pekerja atau lebih di Malaysia wajib mematuhi penetapan kadar gaji minimum RM1,500 bagi setiap pekerja.

Penetapan tersebut telah digazetkan untuk menjadi undang-undang negara bagi menyelaraskannya dengan standard gaji minimum antarabangsa. Bagi yang tidak tahu gaji minimum sesebuah negara itu boleh menjadi indikator yang mengukur keadaan ekonomi dan kos sara hidup.

Jadi bagi anda yang berminat untuk bekerja di luar negara, artikel ini akan senaraikan beberapa standard gaji minimum di seluruh dunia berdasarkan statistik data yang diambil setakat pertengahan tahun 2023.

Tarif Gaji Minimum Di Malaysia

Sebelum pergi lebih jauh mari lihat apa yang didefinisikan sebagai gaji minimum di Malaysia. Gaji minimum adalah gaji pokok yang tidak termasuk sebarang faedah-faedah lain seperti elaun dan tertakluk kepada Akta Majlis Perundangan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Bagi majikan yang menggajikan 5 orang pekerja atau lebih dan yang jatuh dalam kategori menjalankan aktiviti profesional Kumpulan 2 di bawah MASCO tanpa mengira bilangan pekerjanya tertakluk kepada penetapan gaji minimum RM1,500.

Pengelasan MASCO untuk Kumpulan 2 adalah,

  • Profesional sains dan kejuruteraan
  • Profesional kesihatan
  • Profesional perguruan
  • Profesional perniagaan dan pentadbiran
  • Profesional teknologi maklumat dan komunikasi
  • Profesional perundangan
  • Profesional perkhidmatan hospitalisi dan yang berkaitan
  • Profesional sosial dan kebudayaan
  • Badan pengawalaturan

Ranking Gaji Minimum Di Seluruh Dunia

Perlu diingatkan bahawa nilai yang dinyatakan dalam artikel ini adalah berdasarkan perubahan nilai mata wang semasa antara Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD). Mungkin terdapat perubahan pada kelak hari dan akan dikemaskini.

Negara Dengan Kadar Gaji Minimum Tertinggi (Bulanan)

  • Luxembourg: EUR 2,936 (RM14,793.95)
  • Australia: AUD 3,592 (RM10,981.47)
  • New Zealand: NZD 3,814 (RM10,678.79)
  • Belanda: EUR 1,995 (RM10,052.76)
  • Ireland: EUR 1,959 (RM9,871.36)
  • United Kingdom: GBP 1,751(RM10,148.18)
  • Jerman: EUR 1,987 (RM10,012.83)
  • Amerika Syarikat : USD 1,218 (RM5,790.37)
  • Kanada: CAD 2,797 (RM9,614.09)
  • Belgium: EUR 1,955 (RM9,851.71)

Negara Dengan Kadar Gaji Minimum Terendah (Bulanan)

  • Nigeria: NGN 30,000 (RM181.10)
  • Uzbekistan: UZS 980,000 (RM382.25)
  • India: IND 5,340 (RM305.11)
  • Pakistan: PKR 32,000 (RM547.73)
  • Kazakhstan: KZT 70,000 (RM711.48)
  • Armenia: AMD 75,000 (RM893.56)
  • Filipina: PHP 11,970 (RM1004.95)
  • Ukraine: UAH 6,700 (RM880.91)
  • Vietnam: VND 4,680,000 (RM905.52)
  • Indonesia: IDR 4,901,789 (RM1,469.83)

Berdasarkan senarai di atas jelas kita dapat lihat terdapat banyak perbezaan standard gaji minimum bagi setiap negara. Suka diingatkan sekali lagi bahawa nilai-nilai dalam senarai tersebut adalah berdasarkan kadar pertukaran USD semasa.

Untuk negara serantau Malaysia pula, kadar gaji minimum adalah seperti berikut:

  • Malaysia: RM1,500
  • Indonesia: IDR 4,901,789 (RM1,469.83)
  • Singapura: SGD 1,236 (RM3,723) 
  • Thailand: THB 9,100 (RM1,200)
  • Filipina: PHP 11,970 (RM1004.95) 
  • Brunei: BND 500 (RM1,742.55)
  • Vietnam: VND 4,680,000 (RM905.52)

Ingin Bekerja Di Luar Negara? Jom Guna MySyarikat JOBS Hari Ini!

Kesimpulannya, setiap negara memiliki standard gaji minimum yang ditetapkan untuk pekerja bagi memastikan mereka dapat menampung kos sara hidup masing-masing. Perlu diingatkan tidak kira walau di mana anda pilih untuk bekerja pastikan pendapatan yang diterima itu dari sumber yang bersih dan halal.

Dalam pada itu jika anda sedang mencari kerja tidak kira sama ada dalam negara atau luar, kami syorkan kepada anda untuk cuba MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari ekrja dan pekerja di hujung jari!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuanya dalam satu aplikasi sahaja!

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratursan perkerjaan idaman kepada ribuan bakal berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan kerjayaan idaman anda sekarang!