Contoh Soalan Interview dan Cara Jawab Dengan Betul

Jika anda bakal hadiri interview kerja tahniah diucapkan, anda kini sudah selangkah lebih dekat untuk menyertai syarikat dan kerjaya idaman.

Namun, jangan berasa selesa kerana pada peringkat ini ramai antara calon pekerja ‘sangkut’ disebabkan gagal untuk impress perekrut. Boleh jadi anda nervous sehingga tersilap jawab soalan yang interviewer berikan.

Jadi bagi menyiapkan anda untuk menghadapi interview kerja, mari ikuti contoh soalan-soalan serta jawapan kepada persoalan yang sering ditanya interviewer ini.

Contoh Soalan Interview dan Cara Jawab

Sebelum mula perlu diingatkan soalan dan jawapan dalam ini adalah sekadar panduan semata-mata. Setiap interviewer mungkin ada soalan berbeza-beza dan semuanya bergantung kepada anda sendiri untuk impress-kan interviewer.

1. Perkenalkan Diri Anda (Tell Me About Yourself)

Ambil masa untuk ceritakan nama, latar belakang dan kemahiran anda yang berkaitan dengan jawatan dimohon. Pastikan anda gunakan gaya perbualan dan tidak mengambil masa terlalu lama, cukup sekadar 3 minit.

Jawapan: Saya [nama], lepasan [universiti dan tahap pendidikan] dari [tempat tinggal]. Saya seorang [jawatan sebelum ini] dengan pengalaman lebih beberapa tahun dalam [bidang kerja]. Sebagai seorang [jawatan], saya bertanggungjawab [tugasan sebelum ini yang berkaitan dengan jawatan dimohon].

2. Apa Yang Anda Tahu Pasal Syarikat Ini? (What Do You Know About This Company?)

Soalan ini selalu ditanya interviewer untuk lihat sama ada anda buat research atau tidak sebelum hadiri interview. Pada sesetengah kes calon mungkin apply sahaja kerja tanpa periksa kelayakan atau syarikat.

Disebabkan itu jawapan untuk soalan ini bergantung kepada anda sendiri, buat background check seperti jenis perniagaan dan pelanggan syarikat sebelum datang interview. Tunjukkan anda berminat kepada syarikat untuk impress para interviewer.

3. Kenapa Anda Berhenti Dari Syarikat Lama? (Why Do You Leave Your Previous Company?)

Apabila ditanya soalan ini jangan takut, interviewer hanya mahu tahu sebab anda berhenti dari tempat kerja lama sahaja. Anda boleh berlaku jujur dengan memberi sebab atau beri jawapan yang profesional. Jangan sesekali merendahkan syarikat lama anda.

Jawapan: Tujuan saya tinggalkan tempat kerja lama adalah untuk mengembangkan lagi kerjaya saya sebagai [bidang kerja], dan saya percaya syarikat dan jawatan ini adalah laluan terbaik untuk saya.

4. Apa Yang Anda Tahu Pasal Jawatan Ini? (What Do You Know About This Position?)

Sekali lagi soalan seperti ini melibatkan research yang anda lakukan sebelum hadiri interview. Tentunya apabila anda memohon suatu jawatan pasti perlu tahu macam mana ia berfungsi.

Jadinya anda boleh kaitkan kemahiran dan pengalaman untuk tunjukkan kepada interviewer mengapa mereka perlu ambil anda. Pada masa ini juga anda boleh up-sale diri untuk lebih menonjol berbanding calon lain.

5. Kenapa Syarikat Perlu Memilih Anda? (Why Should The Company Hire You?)

Bagi menjawab soalan ini, anda perlu tanya kepada diri mengapa syarikat itu perlu mengambil anda bekerja. Up-sale pengalaman dan kemahiran diri anda tetapi kaitkan dengan syarikat. Motif soalan ini adalah untuk lihat jika anda boleh beri manfaat kepada syarikat.

Jawapan: Saya percaya dengan kemahiran saya sebagai [jawatan dimohon] dapat bantu syarikat berkembang, lebih-lebih lagi dengan dengan pengalaman saya sebagai [jawatan sebelum ini] pasti boleh beri manfaat kepada syarikat serta membantu rakan kerja lain.

6. Apa Kelebihan Atau Kekurangan Anda? (What Are Your Strength And Weakness?)

Mungkin ini adalah soalan yang paling digemari anda kerana ia adalah peluang untuk up-sale diri kepada interviewer. Tetapi anda perlu berhati-hati kerana ia boleh menjadi soalan perangkap apabila melibatkan kekurangan diri.

Jawapan: Kelebihan yang saya ada berbanding calon lain adalah [kemahiran diri], dan saya percaya dengan pengalaman yang ada saya dapat mengatasi kekurangan diri seperti [kelemahan diri] untuk berjaya dalam [jawatan dimohon].

7. Bagaimana Cara Anda Tangani Konflik Di Tempat Kerja? (How Do You Deal With Conflict At Work?)

Ini mungkin adalah soalan lazim yang sering ditanya dan penting untuk interviewer lihat cara anda menyelesaikan masalah. Jangan takut untuk jawab soalan ini kerana ia tiada jawapan yang betul atau salah.

Jawapan: Dalam menghadapai masalah di tempat kerja, saya lebih memilih untuk [penyelesaian masalah] berbanding mendiamkan diri. Fokus utama saya adalah untuk memastikan tugasan harian di tempat kerja tidak terganggu.

8. Bagaimana Cara Anda Tangani Stress Di Tempat Kerja? (How Do You Handle Stress At Work?)

Satu lagi soalan lazim yang sering ditanya interviewer untuk melihat kemahiran penyelesaian masalah anda. Sama seperti soalan di atas, jangan takut kerana tiada jawapan yang betul atau salah.

Jawapan: Apabila berlaku masalah saya lebih selesa [penyelesaian masalah] kerana jika dibiarkan ia akan menambah tekanan dan boleh memberi kesan kepada tugasan harian.

9. Di Mana Anda Lihat Diri Dalam Tempoh 5 Tahun? (Where Do You See Yourself In 5 Years?)

Jika dua soalan di atas menguji kemahiran penyelesaian masalah anda, soalan lazim ini adalah untuk melibat cara anda berfikir kehadapan. Ia memberi bayangan kepada interviewer yang anda memiliki visi untuk berjaya dalam kerjaya anda.

Jawapan: Untuk tahun mendatang saya percaya saya akan lebih mahir dalam melakukan tugasan yang diberi, dan saya percaya syarikat juga dapat manfaat dengan kemahiran yang ada pada saya untuk jangka masa panjang. Ini kerana [huraikan visi anda].

10. Berapa Jangkaan Gaji Anda? (What Is Your Expected Salary?)

Soalan pengakhiran yang sering diberikan dalam mana-mana interview ini perlu dijawab dengan professional. Di sini penting untuk anda buat research tentang julat gaji jawatan yang anda mohon.

Penting untuk anda letakkan anggaran nilai tetap untuk memudahkan interviewer tahu berapa gaji yang anda minta, dan pada masa yang sama kaitkan dengan kemahiran dan pengalaman untuk justifikasi permintaan gaji anda. Segalanya bergantung kepada anda sendiri.

Mula Mohon Kerja dan Hadiri Interview Dengan MySyarikat JOBS

Tentunya dalam apa-apa yang diceburi sekali pun, terutama untuk interview anda dinasihatkan untuk sentiasa membuat persediaan awal. Ambil masa untuk buat research tentang syarikat dan jawatan yang anda mohon.

Segala maklumat berkaitan syarikat dan jawatan kosong dalam pasaran boleh didapati di MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja di hujung jari!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!