Jenis-Jenis Resume Yang Selalu Kena Reject: Elakkan Kesalahan Ini
Dalam dunia pekerjaan yang kompetitif, mendapatkan panggilan interview adalah langkah pertama untuk memulakan career impian anda. Namun, sering kali, resume yang dihantar tidak memberi impak yang diinginkan dan akhirnya ditolak (reject) oleh majikan.
Oleh itu, artikel ini akan membincangkan jenis-jenis resume yang sering ditolak dan memberikan panduan serta beberapa cadangan untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan tersebut.
1. Resume yang Terlalu Panjang
Resume yang melebihi dua muka surat sering kali memberi tanggapan bahawa calon tidak tahu menyaring maklumat penting. Resume yang panjang dan berjela-jela bukan sahaja membebankan pembaca, malah membuatkan majikan hilang minat untuk meneruskan pembacaan.
Sesetengah calon memasukkan segala pengalaman kerja, walaupun tidak relevan dengan jawatan yang dipohon, contohnya pekerjaan sambilan semasa belajar atau pengalaman bekerja di kedai runcit.
Tip untuk elak kena reject: Fokuskan pada pengalaman yang berkaitan sahaja dan pastikan maklumat penting seperti kemahiran dan pencapaian ditonjolkan.
2. Maklumat Tidak Relevan
Masih ramai yang menyertakan maklumat peribadi yang tidak perlu seperti hobi, status perkahwinan, dan latar belakang yang tidak berkaitan. Ini bukan sahaja membuang ruang dalam resume, malah ia memberi tanggapan bahawa calon tidak faham apa yang penting untuk disampaikan.
Apa yang perlu dielakkan?
- Elakkan daripada memasukkan hobi atau minat peribadi melainkan ia berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
- Tidak perlu sertakan maklumat peribadi yang tidak relevan seperti status perkahwinan atau umur.
3. Kesalahan Ejaan dan Tatabahasa
Resume dengan kesalahan ejaan atau tatabahasa memberikan imej negatif kepada majikan. Resume yang tidak disemak dengan betul sering mengandungi maklumat yang diulang-ulang, format yang tidak konsisten, dan penggunaan bahasa yang lemah. Ini menunjukkan calon kurang teliti dan tidak mengambil serius permohonan mereka.
Langkah yang perlu diambil-
- Semak resume berkali-kali sebelum dihantar. Minta rakan atau ahli keluarga untuk meneliti dan memberi maklum balas.
- Pastikan resume ringkas, tepat, dan bebas daripada kesalahan ejaan atau tatabahasa.
4. Design Resume yang Terlalu Kreatif
Walaupun kreativiti penting, terutamanya dalam industri kreatif, resume yang terlalu ‘over-the-top‘ dari segi design atau warna boleh menyebabkan maklumat penting hilang di sebalik grafik yang menarik perhatian.
Resume yang kelihatan cantik tetapi tidak mengandungi maklumat yang berkualiti tetap akan ditolak. Oleh itu ini adalah beberapa cadangan dalam membina resume:
- Gunakan rekaan yang minimalis tetapi profesional. Fokus pada kandungan resume, bukan pada hiasan atau rekaan yang berlebihan.
5. Tidak Mengikut Format yang Betul
Resume yang tidak mengikut format standard juga boleh menyebabkan ia ditolak dengan cepat. Sebagai contoh, sesetengah majikan mengharapkan format tertentu seperti resume ATS-friendly (Applicant Tracking System) yang memudahkan penapisan digital.
Resume yang tidak mengikut format ini sering ditolak tanpa dibaca oleh majikan kerana ia tidak boleh diproses oleh sistem tersebut.
Cadangan untuk format yang betul:
- Gunakan format yang mudah dibaca dan disaring oleh ATS.
- Elakkan penggunaan grafik atau fon yang tidak standard yang boleh mengganggu pembacaan mesin.
6. Maklumat Berulang dan Tidak Tersusun
Satu lagi kesalahan yang sering berlaku ialah maklumat berulang dalam resume. Ini termasuklah mengulang pengalaman yang sama dengan cara yang berbeza atau memasukkan maklumat yang sama di beberapa bahagian resume.
Resume yang tidak tersusun dengan baik juga boleh mengelirukan majikan dan mengurangkan peluang untuk dipanggil temuduga. Cara untuk perbaiki resume supaya tersusun kemas adalah seperti berikut:
- Semak resume untuk memastikan tiada maklumat yang diulang.
- Susun resume mengikut kategori seperti Pendidikan, Pengalaman Kerja, dan Kemahiran supaya maklumat mudah diakses.
7. Tiada Rujukan atau Maklumat Sokongan
Majikan sering kali memerlukan rujukan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai calon dari segi prestasi kerja dan sikap. Resume yang tidak menyertakan rujukan, terutama jika diminta, boleh menyebabkan calon kelihatan kurang bersedia. Walaupun tidak semua majikan memerlukan rujukan, ia tetap satu nilai tambah jika disertakan.
Nasihat:
- Sertakan dua hingga tiga rujukan profesional yang boleh dihubungi, seperti bekas majikan atau pensyarah.
- Pastikan maklumat rujukan sentiasa dikemas kini.
Kesimpulannya, resume adalah tiket pertama untuk mendapatkan peluang interview, dan kesilapan kecil boleh menyebabkan resume anda ditolak. Pastikan anda mengelakkan kesilapan-kesilapan yang sering menyebabkan resume ditolak seperti yang dibincangkan di atas.
Dengan menyusun resume dengan baik, menyemak kesalahan ejaan, serta memastikan maklumat yang disertakan relevan dengan jawatan yang dipohon, peluang anda untuk dipanggil interview akan meningkat.
Jika anda ingin meningkatkan lagi kebolehpasaran resume anda, pertimbangkan untuk menggunakan sistem penapis resume seperti ATS, yang boleh membantu memastikan resume anda menepati kehendak majikan moden.
Pastikan juga resume dikemas kini dari masa ke masa untuk kekal relevan dengan permintaan pasaran!
Cari Kerja Idaman Anda di MySyarikat JOBS Sekarang
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja!
Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!