10 Soalan Interview yang Pekerja Selalu Gagal Jawab

Hampir setiap orang pernah lalui prosedur interview sama ada untuk mendapatkan kerja atau ketika memohon pinjaman mahupun untuk mendapatkan biasiswa bagi pelajar. Tentunya interview ini boleh jadi satu detik yang mendebarkan bagi mana-mana individu.

Walaupun anda mungkin sudah membuat persiapan yang lengkap, tetapi pasti akan ‘kantoi’ apabila interviewer bertanyakan beberapa soalan asas yang tidak diduga. Maka, artikel ini akan senaraikan beberapa soalan interview yang ‘trap’ dan selalu calon gagal menjawabnya.

1. “Ceritakan tentang diri anda”/ “Tell us about yourself”

Salah satu soalan asas yang sering menjadi pembuka dalam mana-mana interview. Soalan ini mungkin nampak mudah tetapi ramai yang sering  tersilap langkah untuk menjawabnya. Perlu diingatkan bahawa soalan ini adalah peluang untuk ‘pitch’ diri dan mesti padat serta ringkas.

Tips: elakkan daripada bercerita terlalu panjang tentang latar belakang diri anda. Sebaliknya beri fokus untuk menerangkan pengalaman kerja, kemahiran yang relevan dan bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat.

2. “Apakah kelemahan terbesar anda?” / “What is your biggest weakness?”

Soalan asas ini merupakan soalan kegemaran kebanyakan interviewer kerana ia adalah ‘trap’ terbesar untuk bermain dengan psikologi pekerja. Anda tidak perlu panik apabila ditanya soalan ini dan jangan sesekali jawab secara klise seperti ‘Saya terlalu bekerja keras’.

Tips: jangan takut untuk nyatakan kelemahan sebenar anda, dan jelaskan bagaimana anda berjaya untuk mengatasinya. Hal ini kerana objektif soalan ini adalah untuk lihat cara calon pekerja menyelesaikan masalah (problem solving skill). 

3. “Mengapa anda ingin berkerja di sini?” / “Why do you want to work here?”

Objektif soalan ini ditanya bukan untuk menduga minat atau kesetiaan anda bekerja dengan syarikat, tetapi sebaliknya adalah untuk melihat jika anda ada buat research berkaitan syarikat atau tidak. Jadi rajin-rajin buat background check pasal syarikat.

Tips: kaji visi dan misi syarikat kemudian suaikannya dengan matlamat career anda. Perkara mungkin nampak remeh tetapi boleh memberi kesan kepada majikan bahawa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat.

4. “Di mana anda melihat diri anda dalam lima tahun?” / “Where do you see yourself in 5 years?”

Antara soalan favorite dalam mana-mana interview adalah bertanya berkenaan aspirasi dan perancangan jangka panjang anda. Ramai yang berasa pressure untuk jawab soalan ini kerana ia seolah-olah menduga kesetiaan anda, bukan?

Tips: jangan panik sebaliknya anda oleh menjawab dengan menyatakan tujuan career anda dengan selaraskannya dengan perkembangan syarikat. Penting untuk anda buatkan interviewer rasa seolah-olah anda ingin berjaya bersama dengan syarikat.

5. “Mengapa anda meninggalkan pekerjaan terdahulu?” / “Why do you left your previous job?”

Mungkin ramai cuba mengelak dari menjawab soalan ini kerana dianggap sensitif atau mungkin ada juga yang memberikan jawapan dengan cara yang salah. Penting untuk anda menjawab soalan ini dengan yakin dan kreatif.

Tips: jangan sesekali mengkritik majikan lama anda, sebaliknya fokus untuk memberi jawapan pintar seperti ingin mencari cabaran baru untuk kembangkan career anda dalam bidang kerja atau ingin mencari cabaran baju.

6. “Ceritakan tentang satu konflik di tempat kerja dan bagaimana anda mengatasinya?” / “Tell us a situation and how do you handle conflict at workplace?”

Penting untuk anda ceritakan satu situasi konflik dengan jelas dan bagaimana anda secara peribadi tangani masalah tersebut. Highlight ciri kepimpinan diri dan kemampuan anda untuk tangani sebarang masalah dalam kumpulan.  

Tips: gunakan teknik STAR (Situation, Task, Action, Result) untuk menjelaskan situasi konflik, tugas anda, tindakan yang diambil, dan hasil positif yang dicapai.

7. “Apa yang Anda Tahu Tentang Syarikat Kami?” / “What do you about our company?”

Ini juga merupakan salah satu soalan yang tertujuan untuk menduga anda, sama ada jika anda melakukan research tentang syarikat atau tidak. Cara jawabnya sama sahaja iaitu dengan selaraskan visi dan misi syarikat dengan aspirasi career anda

Tips: tonjolkan kehebatan anda dengan nyatakan fakta-fakta penting seperti sejarah syarikat, produk, atau pencapaian mereka. Dengan cara ini ia memberi impresi kepada interviewer bahawa anda sangat berminat untuk bekerja dengan syarikat.

8. “Apakah gaji yang anda jangkakan?” / “What is your expected salary?”

Ramai gagal untuk menjawab soalan ini dengan betul kerana menyatakan jumlah gaji yang tidak munasabah atau tidak setaraf dengan kemahiran dan pengalama diri. Anda dinasihatkan untuk buat research tentang julat gaji pasaran dan berikan sebab munasabah berdasarkan permintaan.

Tips: nyatakan julat gaji yang yang masuk akal berdasarkan nilai pasaran semasa dan berikan sebab yang jelas atas perminataan anda contohnya jika anda ada cert berkaitan sesuatu skill ia boleh dijadikan alasan kukuh untuk suatu permintaan gaji.

9. “Mengapa kami patut mengambil anda?” / “Why should we hired you?”

Ini adalah peluang untuk anda pitch diri kepada syarikat. Ceritakan bagaimana syarikat dapat memanfaatkan kemahiran diri anda dan bagaimana anda memberi nilai kepada syarikat. Tetapi jangan over promise sehingga kedengaran tidak munasabah.

Tips: berikan contoh-contoh kontrit dari pengalaman kerja lalu anda dalam menyatakan kemahiran diri atau sebarang kerjayaan. Ingat untuk rangka jawapan yang win-win kepada majikan supaya mereka yakin dengan kemahiran anda.

10. “Adakah anda ada soalan untuk kami?” / “Do you have any question for us?”

Jangan sesekali nyatakan bahawa anda tiada soalan kepada interviewer. Hal ini kerana soalan ini adalah peluang untuk anda mengorek minat syarikat untuk mengambil anda bekerja. Untuk tawarkan sesuatu penyelesaian anda mesti tahu dahulu masalah yang dihadapi.

Tips: tanyakan soalan tentang peluang latihan, budaya kerja, atau projek-projek yang akan datang. Ia akan memberi impresi bahawa anda menunjukkan minat mendalam terhadap syarikat.

Kesimpulannya, untuk berjaya dalam interview, persediaan adalah kunci. Fahami dan latih diri menjawab soalan-soalan interview sukar ini. Ingat, interview bukan hanya peluang untuk syarikat mengenali anda, tetapi juga peluang anda untuk mengenali syarikat.

Tips tambahan: pastikan anda berpakaian sesuai, datang tepat pada masanya, dan menunjukkan sikap profesional. Dengan persediaan yang betul, anda pasti boleh jawab soalan interviewer dengan yakin!

Harapnya tips-tips ini dapat membantu anda mengenal pasti kesalahan interview yang biasa dan cara untuk mengatasinya. Semoga berjaya dalam interview anda!

Cari Kerja Idaman Anda di MySyarikat JOBS Sekarang

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!