Panduan Proses Permohon Cuti Dengan Betul

Seperti yang kita sedia maklum pekerja layak mendapatkan cuti tahunan dan syarikat wajib memberikan hari cuti umum kepada pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Syarikat yang tidak melaksakan penetapan cuti ini boleh dikenakan tindakan.

Namun, bergantung kepada polisi sesebuah syarikat proses permohonan cuti ini mungkin agak rumit. Ada kalanya pekerja perlu memohon cuti sebulan awal atau seminggu awal dan ada juga yang memerlukan pengesahan berperingkat-peringkat. 

Oleh itu penting untuk anda sebagai pekerja merujuk kembali prolisi syarikat berkaitan proses permohonan cuti ini. Sungguhpun begitu terdapat beberapa tips untuk memohon cuti dengan betul berdasarkan rujukan daripada Akta Kerja 1955.

Langkah-Langkah Memohon Cuti

  1. Ketahui Hak Anda

Jika dirujuk pada Akta Kerja 1955, setiap pekerja di Malaysia memiliki hak untuk menerima cuti berbayar ini termasuk cuti tahunan, cuti sakit ataupun cuti umum. Jadi penting untuk anda mengetahui jumlah dan jenis cuti yang layak, kemudian rancang permohonan cuti dengan bijak.

  1. Patuhi Prosedur Majikan

Setiap syarikat mempunyai polisi dan prosedur permohonan cuti mereka tersendiri dan berbeza-beza diantara satu sama lain. Jadi pastikan akan faham dan patuhi polisi yang diamalkan syarikat seperti mengisi borang permohonan cuti.

  1. Berikan Notis Awal

Untuk memudahkan perancangan syarikat semasa ketiadaan anda, penting untuk berikan notis permohonan cuti lebih awal. Dengan pemberitahuan awal ini ia dapat membantu majikan untuk aturkan jadual kerja syarikat.

  1. Tulis Permohonan Secara Formal

Penting untuk menulis notis makluman permohonan cuti secara formal. Hal ini kerana bahagian pengurusan perlukan dokumen tersebut sebagai rujukan. Kebanyakan syarikat kini memerlukan pekerja mengisi borang jadi isinya dengan lengkap dan nyatakan tujuan dengan betul.

  1. Kekalkan Komunikasi Terbuka

Penting untuk anda memberitahu semua pihak yang berkaitan tentang ketidakhadiran atau ketiak sedang bercuti. Ini dapat memastikan tiada kekeliruan berlaku dan membantu urusan agihan kerja.

Kesalahan Umum dalam Permohonan Cuti

  1. Tidak Memberi Notis yang Mencukupi

Salah satu kesalahan umum ialah pekerja tidak memberi notis awal kepada majikan. Ia boleh menyukarkan penyusunan tugas oleh majikan dan rakan sekerja. Pekerja perlu memahami bahawa notis awal adalah penting untuk memastikan kelancaran operasi syarikat.

  1. Mengabaikan Prosedur Rasmi

Ada kalanya pekerja mengabaikan prosedur rasmi seperti tidak mengisi borang permohonan yang betul atau tidak memaklumkan pihak berwajib. Mengikuti prosedur yang ditetapkan adalah penting untuk rekod dan kelulusan cuti.

  1. Permohonan Cuti Tanpa Alasan yang Jelas

Memohon cuti tanpa memberikan alasan yang jelas atau munasabah boleh menyebabkan permohonan ditolak. Majikan biasanya memerlukan maklumat yang lengkap untuk pertimbangan permohonan.

  1. Menggunakan Cuti Tanpa Persetujuan

Mengambil cuti tanpa persetujuan atau pemberitahuan yang sah adalah satu pelanggaran etika kerja. Ini boleh menjejaskan reputasi pekerja dan hubungan dengan majikan.

Kepentingan Mematuhi Prosedur Cuti

Mematuhi prosedur permohonan cuti adalah penting untuk menjaga hubungan profesional di tempat kerja. Ini juga membantu dalam pengurusan sumber manusia yang lebih teratur dan adil. 

Dengan mengikuti panduan ini, anda bukan sahaja dapat menikmati hak cuti anda dengan tenang, tetapi juga mengekalkan reputasi yang baik sebagai pekerja yang bertanggungjawab.

Ingat, proses permohonan cuti yang betul adalah satu langkah penting dalam menjaga keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Dengan merancang dan memohon cuti dengan betul, anda dapat mengelakkan sebarang konflik dan memastikan kelancaran operasi syarikat.

Cari Kerja Idaman Anda di MySyarikat JOBS Sekarang

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!