Tindakan Kepada Pekerja Yang Beri Maklumat Palsu Ketika Cari Kerja

Kebanyakan dari kita pasti tidak asing dengan proses mencari kerja. Ia melibatkan usaha pekerja untuk menghantar permohonan pekerjaan sehingga menyiapkan diri dengan interview. Namun, dalam proses mencari kerja ini mungkin ada calon yang memberikan maklumat palsu.

Mungkin kerana ingin menonjolkan diri berbanding calon lain atau ingin impress penemuduga dengan kelebihan yang ditokok tambah, tindakan memberikan maklumat palsu ini bukan sahaja tidak beretika tetapi menyalahi undang-undang.

Oleh itu, artikel kali ini akan membincangkan kesan undang-undang terhadap calon pekerja yang memberikan maklumat palsu semasa proses memohon kerja di Malaysia. 

Apa Itu Maklumat Palsu dalam Permohonan Kerja?

Maklumat palsu adalah sebarang maklumat yang tidak tepat atau sengaja dipalsukan. Ia boleh terjadi sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan (verbal). Sama ada memalsukan kelayakan akademik, pengalaman kerja, kemahiran atau rekod jenayah semuanya boleh dianggap tidak beretika.

Contoh paling ketara maklumat palsu semasa proses permohonan kerja adalah seperti menyatakan anda perolehi sijil kemahiran sedangkan tidak pernah memilikinya atau paling ketara adalah menambah tempoh pengalaman bekerja.

Pada dasarnya mungkin ramai menganggap tidak menjadi kesalahan pun untuk menambah sedikit semasa dalam permohonan atau ketika interview tetapi perlu diingatkan apa yang disampaikan itu adalah sebuah komitmen yang perlu anda laksanakannya.

Hukuman Undang-Undang dan Akibatnya

Secara umumnya memberikan maklumat palsu ketika memohon kerja boleh dikenakan tindakan undang-undang di Malaysia. Sekiranya majikan dapati calon telah menipu, menanipulasi atau berbohong dalam permohonan boleh mengambil tindakan disiplin ataupun undang-undang.

Antara tindakan yang mungkin boleh dikenakan kepada calon yang didapati memalsukan maklumat adalah:

  1. Penamatan Kontrak: Di sini majikan berhak untuk menamatkan kontrak kerja pekerja jika mendapati maklumat yang diberikan adalah palsu. Contohnya, pekerja memalsukan rekod jenaya lampau dan ini boleh memberi kesan kepada integriti syarikat. 
  2. Tindakan Sivil: Satu tindakan sivil boleh difailkan oleh majikan terhadap pekerja sebagai ganti rugi atas kerugian yang dialami akibat daripada maklumat palsu.
  3. Tindakan Jenayah: Untuk kes yang lebih serius seperti memalsukan maklumat pengenalan diri (warga asing yang menyamar sebagai warganegara) ia boleh dikira sebagai satu kesalahan undang-undang yang besar.

Kesan Lain Memberikan Maklumat Palsu

Sebenarnya terdapat banyak kesan negatif terhadap pekerja yang memberikan maklumat palsu dalam pekerjaan. Selain daripada tindakan undang-undang, terdapat beberapa tindakan disiplin yang boleh majikan kenakan ke atas pekerja.

Antara tindakan disiplin yang boleh diambil adalah seperti berikut:

  • Kehilangan Peluang Kerja: Pekerja yang mempunyai rekod memberikan maklumat palsi boleh meninggalkan kesan buruk kepada perjalanan career pekerja. Ia boleh membuatkan bakal majikan hilang kepercayaan kepada pekerja.
  • Kerugian Kewangan: Kes yang dibawa ke mahkamah boleh menyebabkan kerugian kewangan yang besar, selain kos undang-undang yang tinggi. Tidak dilupakan juga ia boleh memberi kesan kepada prospek career.
  • Kesan Terhadap Reputasi: Kepercayaan dan keyakinan majikan terhadap pekerja akan hilang, seterusnya menjejaskan reputasi pekerja di mata semua. Apabila tiada kepercayaan sukar untuk pekerja dapat kerja. 

Bagaimana Mengelakkan Masalah Ini?

Masalah memberikan maklumat palsu ini perlu dicegah sendiri oleh pekerja. Sebagai pekerja yang ingin mendapatkan kerja, anda perlu beretika dan percaya dengan kelebihan diri sendiri. Ini adalah beberapa tips untuk calon pekerja mengelak daripada memberikan maklumat palsu semasa mohon kerja.

  1. Bersikap Jujur: Derikan maklumat yang benar dan tepat semasa proses memohon kerja. Anda perlu yakin dengan kemampuan, kelebihan dan skill yang ada. Kejujuran adalah kunci kepada keyakinan dan kepercayaan.
  2. Mengesahkan Maklumat: Dalam menyampaikan sebarang maklumat berkaitan diri sendiri anda boleh pastikan segala dokumen dan sijil adalah benar serta sah. Elakkan daripada memalsukan sebarang dokumen atau sijil ini.
  3. Dapatkan Nasihat: Andai anda memiliki sebarang keraguan mengenai maklumat adalah dinasihatkan untuk merujuk pakar bagi mendapatkan pengesahan. Dengan cara ini anda akan lebih yakin tentang maklumat diberikan.

Kesimpulannya, memberikan maklumat palsi semasa proses mencari kerja ini adalah satu kesalahan yang tidak beretikar dan membolehkan calon pekerja dikenakan tindakan undang-undang.

Oleh itu, adalah penting untuk bersikap jujur dan telus dalam semua urusan pekerjaan. Ini bukan sahaja membantu untuk melindungi anda daripada sebarang masalah yang boleh timbul tetapi juga membina reputasi diri yang baik.

Ingatlah, kejujuran dan integriti adalah asas kepada kejayaan dalam apa jua dikejar termasuk dalam perjalanan career.

Cari Kerja Idaman Anda di MySyarikat JOBS Sekarang

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!