Tips Cara Hadapi Kes Buli di Office

Kes buli di office atau tempat kerja merupakan isu serius yang boleh beri kesan negatif kepada mental dan fizikal pekerja. Pembulian di tempat kerja ini bukan sahaja menjejaskan si mangsa tetapi juga boleh berik kesan kepada penurunan prestasi syarikat. 

Jadi artikel ini akan bincangkan cara-cara menghadapi kes buli di office yang sesuai untuk semua generasi dari yang muda sehingga berusia. Perlu diingatkan jika anda dibuli segera buat laporan.

1. Kenalpasti Tanda-Tanda Buli

Langkah pertama dalam menghadapi kes buli adalah dengan mengenalpasti tanda-tanda buli. Suka diingatkan buli boleh berlaku dalam macam-maca bentuk, tidak semestinya secara fizikal. Ini adalah beberapa tanda-tanda pembulian di office yang seing berlaku.

  • Penghinaan dan Carutan: Memberi, menerima dan mengeluarkan komen negatif yang merendahkan merupakan satu bentuk pembulian secara fizikal dan mental
  • Pemulauan: Tindakan memulaukan individu atau kumpulan dengan menjauhkan dan mengecualikan dari aktivit pejabat turut dikategorikan sebagai buli
  • Pemberian Tugas Berlebihan: Diberikan tugasan kerja yang melebihi kemampuan atau kerja tambahan sehingga di luar waktu kerja merupakan satu kesalahan
  • Ancaman Keganasan: Memberi atau menerima ancaman serta mengalami keganasan fizikal merupakan bentuk pembulian yang paling jelas

2. Rekodkan Insiden Buli

Selepas mengenalpasti tanda-tanda buli, langkah seterusnya adalah untuk merekodkan setiap insiden buli. Bagi kes ancaman yang membawa kepada keganasan fizikal, adalah dinasihatkan untuk buat laporan kepada pihak berkaitan dengan segara.

  • Rekod Kes Pembulian: Tulis tarikh, masa, tempat, individu yang terlibat, dan butiran kejadian. Jika perlu rekod perbuatan tersebut dalam bentuk video.
  • Kumpulkan Bukti Fizikal: Simpan segala emel, mesej, atau dokumen lain yang berkaitan. Bagi kes fizikal rekod kesan kecederaan dan luka.
  • Saksi: Jika ada saksi, minta mereka untuk menyokong laporan anda. Jika anda sebagai saksi hulurkan bantuan dengan berlaku jujur.

3. Laporkan Kepada Pihak Berkaitan

Mengikut Akta Kerja 1955, majikan bertanggungjawab untuk memastikan tempat kerja bebas dari sebarang bentuk buli. Sungguhpun tidak dijelas secara nyata di dalam undang-undang kerja negara, tetapi ia merupakan tanggungjawab sosial semua.

Ini adalah beberapa saluran pihak berkaitan yang boleh dikemukan laporan berkaitan pembulian di office.

  • Bahagian Sumber Manusia (HR): Sama ada bahagian HR office ataupun Jabatan Sumber Manusia Malaysia (KSM), pihak ini bersedia untuk membantu
  • Kesatuan Sekerja: Kesatuan sekerja merupakan saluran yang berkhidmat untuk bantu menyelesaikan masalah pekerjaan yang berlaku terhadap pekerja
  • Pihak Berkuasa: Jika perlu, laporan kejadian kes buli terus ke pihak berkuasa untuk tindakan susulan undang-undang

4. Dapatkan Sokongan Emosi

Kesan daripada buli boleh mendatangkan pelbagai masalah terutama dari segi emosi dan mental. Ini secara tidak langsung boleh mendatangkan stress dan tekanan emosi yang teruk. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan sokongan emosi daripada individu ini:

  • Officemate: Kongsikan dan bincangkan dengan rakan sekerja yang boleh dipercayai
  • Kaunseling: Dapatkan bantuan dan sokongan daripada kaunselor profesional
  • Keluarga: Sokongan dari keluarga dan rakan-rakan adalah sangat penting kepada kesihatan emosi serta mental

5. Pendidikan dan Latihan

Langkah terakhir dalam menghadapi kes buli di office adalah dengan memberikan pendidikan dan latihan mengenai pembulian. Di sini syarikat boleh mengambil langkah proaktif untuk mencegah kes buli di tempat kerja melalui:

  • Wujudkan Latihan Kesedaran: Adakan sebuah sesi latihan mengenai kesedaran buli dan cara menanganinya secara berkala
  • Wujudkan Polisi Anti-Buli: Wujudkan dan menguatkuasakan sebuah polisi anti-buli yang jelas serta menyeluruh
  • Berikan Sokongan Berterusan: Menyediakan sokongan berterusan untuk mangsa buli sama ada dari segi emosi mahupun mental

Kesimpulannya, kes buli di tempat kerja adalah masalah yang perlu dipandang serius oleh semua pihak. Dengan mengenalpasti tanda-tanda buli, merekodkan insiden, melaporkan kepada pihak berkaitan, mendapatkan sokongan emosi, dan mengambil tindakan undang-undang jika perlu, anda boleh mengatasi kes buli dengan lebih efektif.

Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!