Panduan Lengkap VSS dan MSS

Voluntary Separation Scheme (VSS) dan Mutual Separation Scheme (MSS) adalah dua mekanisme yang digunakan dalam dunia pekerjaan di Malaysia untuk mengurus pemisahan pekerja secara sukarela atau atas persetujuan bersama. 

Artikel ini akan memberi pemahaman menyeluruh tentang kedua-dua skim ini, termasuk rangka kerja undang-undang, kriteria kelayakan, manfaat, perbezaan serta hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja.

Rangka Kerja Undang-Undang VSS dan MSS

  • VSS

Voluntary Separation Scheme (VSS) adalah satu mekanisme di mana majikan menawarkan kepada pekerja untuk meninggalkan pekerjaan mereka secara sukarela dengan pampasan tertentu. VSS tertakluk bawah Akta Pekerjaan 1955 dan Akta Hubungan Perindustrian 1967.

  • MSS

Mutual Separation Scheme (MSS) pula adalah proses di mana majikan dan pekerja bersetuju untuk berpisah dengan syarat yang dipersetujui bersama. MSS lebih fleksibel berbanding VSS kerana melibatkan rundingan dua hala tanpa merujuk kepada undang-undang tertentu.

Kriteria Kelayakan untuk VSS dan MSS

Kelayakan untuk VSS dan MSS berbeza mengikut penetapan. Antara ringkasan kriteria kelayakan adalah seperti berikut: 

  • VSS
    • Tempoh perkhidmatan: Pekerja dengan tempoh perkhidmatan minimum seperti yang ditentukan oleh majikan.
    • Umur: Pekerja yang telah mencapai umur tertentu seperti yang dinyatakan dalam polisi VSS.
    • Jawatan: Pekerja dalam jawatan atau jabatan tertentu seperti yang ditetapkan oleh majikan.
  • MSS
    • Persetujuan bersama: Kedua-dua majikan dan pekerja bersetuju untuk pemisahan.
    • Rundingan: Syarat-syarat pemisahan dirundingkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak

Manfaat VSS dan MSS

Terdapat manfaat berbeza apabila melibatkan VSS dan MSS ini. Di bawah adalah ringkasan maklumat mengenai manfaat VSS dan MSS secara ringkas.

  • VSS
    • Pembayaran pemisahan: Bayaran sekaligus berdasarkan tempoh perkhidmatan.
    • Manfaat tambahan: Pampasan tambahan, perlindungan perubatan dan insurans, bantuan penempatan pekerjaan.
  • MSS
    • Pampasan yang dipersetujui bersama: Bayaran dan manfaat lain yang dirundingkan dan dipersetujui oleh majikan dan pekerja.

Perbezaan Antara VSS dan MSS

Perbezaan utama antara VSS dan MSS adalah seperti berikut:

  1. Sebab Dilakukan:
  • VSS: Bagi menyelaraskan tenaga kerja syarikat.
  • MSS: Kedua-dua pihak memutuskan untuk menamatkan kontrak bersama.
  1. Status Pekerja:
  • VSS: Pekerja boleh memilih untuk kekal bekerja atau berhenti.
  • MSS: Pekerja dan majikan bersetuju atas syarat rundingan.
  1. Prosedur:
  • VSS: Tawaran dibuka kepada semua pekerja atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan.
  • MSS: Rundingan berlaku antara kedua-dua belah pihak tanpa ada paksaan.
  1. Pampasan Atas Pemberhentian Tidak Adil:
  • VSS: Tiada pampasan jika berlaku atas kerelaan kecuali terjadi paksaan, ancaman atau ugutan.
  • MSS: Tiada pampasan jika berlaku atas persetujuan kecuali terjadi penipuan atau ketidakpatuhan kontrak.

Hak dan Tanggungjawab Majikan dan Pekerja

Peranan majikan dan pekerja penting dalam memastikan VSS dan MSS ini berlaku secara adil. Oleh itu, penting untuk setiap pihak mengetahui hak masing-masing.

Majikan

  • Menyediakan maklumat yang jelas dan telus tentang skim VSS atau MSS.
  • Memastikan pemilihan pekerja dilakukan tanpa diskriminasi.
  • Mematuhi syarat-syarat undang-undang.

Pekerja

  • Berhak mendapatkan penjelasan, berunding dengan penasihat undang-undang.
  • Menerima atau menolak tawaran VSS atau MSS berdasarkan keadaan peribadi.

Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang

Kesimpulannya, pemisahan pekerja yang dibuat mesti mematuhi undang-undang dan dilakukan secara adil untuk kedua-dua lebih pihak. Jika berlaku pemecatan tidak adil adalah dinasihatkan untuk rujuk masalah di Jabatan Tenaga Kerja.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!