Waktu Probation Boleh Kena Pecat Ke?

Tempoh percubaan (probation period) merupakan satu amalan standard kebanyakan company di Malaysia dan seluruh dunia. Kebiasannya selepas pekerja diterima bekerja mereka perlu lalui probation period sekurang-kurangnya 3 bulan ke 6 bulan bergantung kepada polisi.

Tetapi walaupun berada di bawah status probation, pekerja masih berhak menerima segala manfaat dan faedah yang sama seperti pekerja tetap lain. Ini termasuk hak asas pekerja sepeti menerima gaji dan notis penamatan kontrak.

Siapakah Pekerja Probation?

Probation period merupakan satu tempoh di mana seorang pekerja baru itu melalui waktu penyesuian dan penilaian bersama syarikat, yang boleh berlangsung selama 3 bulan ke 6 bulan bergantung kepada polisi yang diamalkan.

Konsep probation period ini bukan sahaja diamalkan di Malaysia tetapi seluruh dunia bagi membantu pekerja baru menyesuaikan diri dengan budaya, politik dan persekitaran tempat kerja. Majikan juga boleh membuat penilaian terhadap pekerja dalam tempoh tersebut.

Satu perkara yang perlu dimaklumkan di sini adalah probation period tidak disebut dalam mana-mana seksyen di dalam buku perundangan kerja utama negara, Akta Kerja 1955. Ia merupakan konsep yang diamalkan berdasarkan polisi syarikat semata-mata.

Jadinya di sini setiap pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan bersama majikan layak untuk menerima segala faedah dan manfaat kerja yang digariskan dalam Akta Kerja 1955, walaupun ketika berada dalam probation period.

Boleh Ke Pekerja Probation Kena Pecat?

Secara dasarnya, pekerja probation tiada bezanya dengan pekerja tetap lain apabila dirujuk pada Akta Kerja 1955. Jadi berdasarkan penetapan ini boleh disimpulkan bahawa pekerja probation tidak boleh dicepat tanpa sebarang alasan munasabah.

Jika dirujuk pada Seksyen 14, Akta Kerja 1955 ia ada mengatakan bahawa:

  1. Seseorang majikan boleh atas alasan-alasan salahlaku yang berlawanan dengan pematuhan syarat-syarat perkhidmatan yang nyata atau tersirat, selepas siasatan yang sepatutnya –
  1. Memecat pekerja tanpa notis;
  2. Menurunkan pangkat pekerja; atau
  3. Mengenakan apa-apa hukuman ringan lain sebagaimana yang disifatkannya adil dan patut, dan jika hukuman penggantungan tanpa gaji dikenakan, ia tidak boleh melebihi suatu tempoh dua minggu.

Berdasarkan penetapan di atas boleh dilihat bahawa majikan tidak boleh sesuka hati memecat pekerja tanpa mengira status kecuali jika berlaku salahlaku yang tidak bertetapan dengan syarat di dalam kontrak kerja pekerja.

Contoh salahlaku yang membolehkan pekerja dipecat tanpa mengiran status sama ada pekerja tetap atau pekerja probation adalah,

  • Andai pekerja melakukan salahlaku berat seperti gangguan seksual atau masalah disiplin berterusan
  • Andai pekerja gagal mematuhi penetapan syarat dalam kontrak kerja atau gagal hadir bekerja 2 hari berturut-turut tanpa sebab
  • Andai syarikat mengalami kerugian dan tidak mampu menampung kos atau syarikat berpindah lokasi 

Apa Boleh Buat Kalau Dipecat Juga?

Suka diingatkan bahawa mana-mana pihak antara pekerja dan majikan memilik hak untuk berhenti kerja dengan menghantar notis penamatan kontrak. Perkara ini boleh dirujuk pada Seksyen 12 Akta Kerja 1955.

Di bawah penetapan tersebut ada mengatakan bahawa mana-mana pihak yang ingin menamatkan perkhidmatan perlu menyerahkan notis penamatan kontrak mengikut tempoh ditetapkan seperti berikut:

  1. 4 minggu notis jika pekerja telah bekerja kurang daripada 2 tahun pada tarikh notis diberikan 
  2. 6 minggu notis jika pekerja telah bekerja 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun pada tarikh notis diberikan 
  3. 8 minggu notis jika pekerja telah bekerja lebih daripada 5 tahun pada tarikh notis diberikan 

Tetapi andai majikan memecat pekerja tanpa pemberian notis atau semasa dalam probation period, tanpa ada alasan munasabah kukuh maka pekerja akan dianggap dipecat secara tidak adil oleh mahkamah.

Kes untuk pemecatan pekerja probation ini boleh dirujuk pada kes Mak Teck Mun v Ginova Merketing Sdn Bhd, di mana company terdapat membayar pekerja pampasan kerana mahkamah memutuskan pemecatan dibuat tidak sah.

Kesimpulannya, pekerja tanpa mengira status tidak boleh dipecat sesuka hati tanpa ada alasan kukuh oleh majikan. Jika anda dapati dipecat secara tidak adil, boleh laporkannya di Jabatan Tenaga Kerja untuk menuntut pampasan.

Sedang Mencari Kerja? Jom Apply Dengan MySyarikat JOBS Sekarang

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!