Cara Betul Jawab Soalan ‘Kenapa Company Kena Ambil Awak Bekerja?’
Salah satu soalan daripada ratusan soalan interview yang paling ditakuti adalah ‘kenapa syarikat kena ambil kamu bekerja?’ atau ‘why should we hired you?’. Soalan ini mungkin nampak mudah tetapi cara anda jawab boleh tentukan sama ada dapat kerja atau tidak.
Tujuan Soalan ‘Kenapa Company Kena Ambik Awak Bekerja?’
Sama seperti mana-mana soalan di dalam interview, bahagian sumber manusia atau perekrut akan tanya soalan ‘why should we hired you?’ ini bagi menguji kemahiran anda berfikir dan penyelesaian masalah.
Cuma beza untuk soalan ini adalah ia juga bertujuan untuk anda berikan final remark mengenai kelebihan diri dan bagaimana diri anda dapat memberi manfaat kepada syarikat segala keseluruhan jika diambil bekerja.
Penting untuk difahamkan bahawa dalam menjawab soalan ‘why should we hired you?’ ini anda perlu kaitkan segala kelebihan dan kemahiran diri yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat. Up-sale diri tetapi dalam masa sama berikan sebab bagaimana ia dapat bantu syarikat.
Selain itu, terdapat dua lagi sebab lain kenapa soalan ini sering ditanya oleh bahagian sumber manusia dan perekrut iaitu:
- Apa Yang Bezakan Anda Daripada Calon Lain?
Biasanya melalui jawapan diberikan bahagian sumber manusia atau perekrut ingin lihat bagaimana anda bentangkan kelebihan dan kemahiran yang ada untuk dimanfaatkan syarikat, serta bagaimana ia membezakan anda dengan calon-calon lain.
- Bagaimana Anda Hadapi Situasi Bawah Tekanan?
Melalui soalan ini juga bahagian sumber manusia atau perekrut dapat lihat cara anda berfikir (critical thinking) apabila diajukan soalan di bawah tekanan. Walaupun tiada jawapan betul dan salah tetapi bagaimana anda olahkannya yang akan menjadi penentu.
Tips Jawab Soalan ‘Why Should We Hired You?’
Penting untuk diingatkan soalan ‘why should we hired you?’ ini tiada jawapan betul atau salah. Ia sama seperti soalan critical thinking yang lain, tujuan soalan adalah untuk melihat kemahiran anda berfikir dan penyelesaian masalah.
Namun, terdapat beberapa persediaan yang boleh anda buat dalam membantu diri ketika dalam sesi interview dan diajukan soalan seperti ini.
- Research Diri
Langkah pertama sebelum menghadiri mana-mana interview adalah untuk mengenali diri sendiri. Senaraikan segala kelebihan dan skill yang anda ada tidak kira walaupun kemahiran tersebut kecil seperti mahir guna Microsoft Office.
- Research Syarikat
Sebelum menghadiri interview juga anda dinasihatkan untuk buat research tentang syarikat. Kenali visi, misi dan objektif syarikat selain mengenal pasti apakah masalah yang dihadapi syarikat kemudian cuba sertakan diri untuk menyelesaikan masalah tersebut.
- Research Jawatan
Jangan sesekali ambil ringan tentang jawatan yang dimohon walaupun anda memiliki pengalaman. Setiap jawatan walaupun tugasannya sama tetapi tanggungjawab di setiap syarikat berbeza-beza.
- Kaitkan Latar Belakang dengan Jawatan
Gunakan latar belakang anda dalam sesuatu bidang atau pengalaman yang ada, kemudian kaitkan dengan jawatan dimohon. Pada kebanyakan kes syarikat ingin mengetahui bagaimana pengalaman yang anda perolehi boleh beri manfaat kepada jawatan dimohon.
- Huraikan Pencapaian
Dalam mana-mana interview anda sepatutnya berasa yakin dalam menceritakan segala pengalaman dan pencapaian yang diperoleh sebelum ini. Jadi dinasihatkan untuk ambil peluang ini untuk huraikan segala pencapaian yang ada.
- Berikan Sebab Kenapa Diri Unik
Tidak kira dalam mana-mana interview, anda sepatutnya berikan sebab kenapa diri unik berbanding calon yang lain. Up-sale diri sehabis baik tetapi kaitkannya dengan manfaat yang bakal diperoleh syarikat jika anda diambil bekerja.
Bersedia Untuk Bekerja? Jom Apply Dengan MySyarikat JOBS Sekarang
Kesimpulannya, anda tidak perlu takut untuk menjawab soalan ‘why should we hired you?’ ini kerana ia tiada jawapan yang betul atau salah. Tetapi anda masih perlu buat persediaan dan research rapi bagi menyiapkan diri untuk menjawabnya.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!