Apa Itu ‘Elevator Pitch’? Tutorial dan Contoh
Antara skill yang semua orang patut miliki tanpa mengira status adalah menguasai elevator pitch. Ia bukan sahaja membantu anda untuk memperkenalkan diri tetapi dalam masa yang sama memujuk dan mempengaruhi orang lain dalam tempoh kurang daripada 60 saat.
Kenali Elevator Pitch
Elevator pitch merupakan satu satu teknik yang mana seseorang itu beri gambaran besar dengan meringkaskan satu idea, produk, perkhidmatan atau pandangan. Ia digunakan dalam bisnes untuk menarik perhatian pelabur bagi melabur ke dalam projek syarikat.
Mudah kata elevator pitch ini adalah penerangan ringkas dan pantas (quick summary) tentang diri atau idea anda. Seperti namanya, elevator pitch ini selalunya mengambil masa yang singkat sekurang-kurangnya 60 saat iaitu tempoh masa sebuah lif bergerak.
Jadinya dalam tempoh masa yang singkat ini anda perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk mempengaruhi orang lain terhadap sebarang idea dibentangkan. Kata kuncinya adalah mencetus minat orang lain terhadap idea yang anda perkenalkan.
Antara elemen penting dalam elevator pitch adalah,
- Pengenalan Diri: Memperkenalkan diri anda secara ringkas seperti nama atau jawatan
- Ringkasan Produk/Idea: Memberitahu tujuan anda memperkenalkan sesebuah idea atau produk
- Penerangan Kelebihan Produk/Idea: Menceritakan kelebihan dan manfaat idea atau produk anda kepada orang lain
- Call To Action (CTA): Mengajak orang lain untuk menggunakan atau melabur ke dalam idea dibentangkan dan bagaimana ia menyelesaikan masalah dihadapi
Perlu difahamkan bahawa sebuah elevator pitch yang bagus adalah bial anda berjaya kenal pasti masalah dihadapi dan menawarkan penyelesaiannya. Kebiasannya elevator pitch yang bagus boleh cetus minat orang lain berminat untuk dengar penjelasan yang lebih terperinci.
Contoh Elevator Pitch
Bergantung kepada situasi dan keadaan yang anda hadapi, elevator pitch ini sesuai digunakan untuk mencetus minat orang lain terhadap suatu idea atau produk. Ia berfungsi sebagai attention grabber supaya orang yang mendengar berminat untuk mengetahui perincian lebih lanjut.
Mudah kata ia seperti sinopsis yang menerangkan apa, kenapa, bagaimana dan macam mana tentang suatu perkara itu. Benar, elevator pitch yang bagus adalah yang berjaya menjawab soalan 5W1H (what, where,when,who,why, how).
Bagi melakukan elevator pitch ini terdapat beberapa langkah yang boleh dibuat. Antaranya adalah seperti berikut:
- Siapakah Anda?
Mulakan dengan memperkenalkan diri anda secara ringkas. Berikan kata-kata salutasi yang ringkas tetapi menarik untuk pastikan orang lain berminat untuk mengambil tahu tentang tujuan anda.
Contoh : “Hi, saya Lisa dari dari MySyarikat Jobs! Adakah anda hadapi masalah mencari kerja kerana tiada peralatan yang betul?”
- Apakah Tujuan Anda?
Selepas berjaya menarik minat orang lain untuk dengar dengan lebih lanjut, anda boleh terangkan tujuan. Perlu diingatkan untuk menerangkannya semudah mungkin namun padat dengan isi dan berkaitan dengan masalah dihadapi.
Contoh : “Saya sebagai wakil jualan MySyarikat Jobs ingin perkenalkan aplikasi mencari kerja yang innovatif dan mudah digunakan MySyarikat JOBS yang sudah bantu ratusan pekerja mencari kerja yang sesuai dengan mereka.”
- Kenapakah Tujuan Anda Penting?
Langkah seterusnya adalah dengan up-sale idea atau produk yang anda ingin orang itu guna. Pada peringkat ini anda sepatutnya menerangkan kelebihan idea atau produk anda dalam menyelesaikan masalah.
Contoh : “Aplikasi MySyarikat JOBS ini bukan sahaja hubungkan ratusan syarikat dengan ribuan pekerja diluar sana tetapi boleh bantu pekerja membina resume dengan template resume yang ATS-friendly untuk tingkatkan peluang diambil bekerja.”
- Bagaimana Untuk Hubungi Anda?
Sebelum menamatkan elevator pitch, anda perlu serta CTA untuk mengajak orang melakukan sesuatu sama ada membeli atau menggunakan produk mahupun idea yang dibentangkan sebentar tadi.
Contoh : “Jika anda perlukan aplikasi mencari kerja yang mudah, banyak kelebihan dan innovatif seperti MySyarikat JOBS boleh hubungi saya atau layari laman rasmi syarikat di mysyarikat.jobs.”
Jom Dapatkan Apps Cari Kerja Mudah dan Innovatif MySyarikat JOBS Sekarang
Kesimpulannya, memainkan peranan penting dalam membantu anda membentangkan sebuah idea atau produk kepada orang lain dalam tempoh masa yang singkat. Terutamanya dalam interview, elevator pitch sangat penting dalam up-sale diri kepada perekrut.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!