Tanda-Tanda Company Red Flag
Satu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah reputasi syarikat juga memainkan peranan kepada pekerja dalam buat keputusan untuk bekerja selain daripada gaji. Kalau company ada reputasi yang kukuh, pekerja akan lebih yakin untuk bekerja.
Hal ini kerana sebagai pekerja tentunya kita mahu bekerja dalam suasana kerja yang saling mengangkat antara satu sama lain dan menunjukkan nilai profesional tinggi. Mudah kata pekerja mesti mahu bekerja dalam persekitaran yang mereka rasa selesa.
Atas sebab itu penting sebenarnya untuk pekerja kenali beberapa ciri-ciri company yang ‘red flag’ dan patut dielakkan supaya tidak jadi masalah-masalah pekerjaan seperti stress atau burnout bekerja.
7 Ciri Company Red Flag
Pada dasarnya sukar untuk menentukan sama ada sesebuah syarikat itu red flag atau tidak sebelum pekerja menyertai syarikat. Namun terdapat beberapa ciri awal yang boleh dikenal pasti bagi membantu pekerja membuat keputusan sebelum menyertai syarikat.
- Deskripsi Kerja Kurang Jelas
Perkara paling jelas yang menunjukan sesebuah company itu red flag adalah apabila deskripsi kerja untuk sesuatu tugasan tersebut tidak jelas atau tidak sama dengan apa yang ditulis dalam iklan jawatan kerja.
Terdapat banyak banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku. Boleh jadi company itu kekurangan staff sehingga terpaksa mengupah seorang pekerja untuk buat dua kerja dalam satu masa atau ingin menjimatkan kos dengan hanya menggajikan seorang sahaja pekerja.
- Syarikat Terburu-Buru Ambil Pekerja
Tanda awal sesebuah company itu red flag adalah apabila majikan terburu-buru dalam proses pengambil pekerja. Perkara ini boleh jelas dilihat apabila company sangat menekan pekerja untuk cepat menerima tawaran kerja walaupun hanya baru hadiri interview pertama.
Contoh mudahnya adalah apabila company terus menawarkan pekerja jawatan selepas sehari pekerja itu menghadiri interview. Ia boleh terjadi disebabkan company kekurangan staff dan memperlukan pekerja dengan segera tanpa mengira kelayakan pekerja.
- Review Syarikat Tidak Baik
Dalam zaman digital kini sangat mudah untuk pekerja melihat review bagi sesebuah company dalam internet. Jadi jika pekerja dapati review untuk sesebuah company itu tidak baik, maka ia jelas menujukkan bahawa syarikat itu red flag.
Atas faktor ini juga company perlu sentiasa menjaga imej dan reputasi dalam kalangan pekerja sendiri atau dengan pelanggan. Pastinya review yang tidak baik ini bukan sahaja mencemarkan nama baik syarikat tetapi boleh menyebabkan kerugian besar.
- Tiada Medium Komunikasi Jelas
Komunikasi merupakan eleman penting dalam pekerjaan, ia merangkumi cara pekerja dengan pekerja berinteraksi dan pekerja dengan pihak pengurusan membincangkan sesuatu masalah. Tidak dilupakan juga cara sesebuah company menggunakan medium berkomunikasi juga penting.
Atas faktor itu sesebuah company boleh dianggap red flag jika mereka tiada medium berkomunikasi yang jelas. Contoh mudah masalah ini adalah apabila company menghubungi calon pekerja melalui WhatsApp atau sebarang medium bukan professional seperti emel.
- Kadar Pekerja Berhenti Tinggi
Kadar pekerja berhenti (turnover) boleh menjadi satu indikator jelas untuk sesebuah company. Apabila kadar turnover ini tinggi ia memberi gambaran bahawa company gagal menguruskan pekerja dengan baik dan betul.
Rentetan daripada masalah ini juga boleh menyebabkan company menghadapi masalah kekurangan staff sehingga memaksa pekerja lain melakukan dua tugasan dalam satu masa atau memaksa pekerja baru untuk cepat menyertai syarikat.
- Tiada Struktur Organisasi Lengkap
Struktur organisasi syarikat memainkan peranan penting kepada perkembangan sesebuah company. Lebih teratur dan jelas struktur organisasi sesebuah company lebih mudah untuk pelanggan dan pekerja berurursan.
Namun, jika sesebuah company itu tidak memiliki struktur organisasi yang lengkap seperti boss terpaksa melakukan tugasan pekerja lain ia menandakan syarikat memiliki masalah dalaman (internal problem).
- Syarikat Tidak Didaftarkan
Ciri yang paling jelas sesebuah company itu red flag adalah mereka tidak mempunyai pendaftaran SSM. Hal ini kerana tanpa pendaftaran dengan SSM ia bermakna company tersebut tidak mencapai standard dibenarkan untuk beroperasi.
Lebih teruk lagi adalah tanpa pendaftaran oleh SSM ini company boleh menipu pekerja dengan tidak membayar gaji atau caruman-caruman wajib seperti KWSP, PERKESO dan SIP. Ia juga boleh mencemarkan imej syarikat.
Cari Company Yang Sesuai Untuk Anda Dengan MySyarikat JOBS
Kesimpulannya, penting untuk syarikat menjaga imej dan reputasi company dengan baik. Ia boleh menjadi penentu perkembangan dan boleh memberi kesan kepada keuntungan. Perlu diingatkan juga bahawa memiliki pekerja berkualiti dapat menaikkan imej company.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja baru yang best-best kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!