Boleh Ke Boss Potong Gaji Pekerja Sesuka Hati?

Gaji merupakan satu topik yang sangat sensitif dibincangkan. Lebih-lebih lagi dalam dunia pekerjaan, perbualan mengenai gaji adalah perkara crucial yang kalau boleh mahu dielakkan boss tetapi tidak untuk pihak pekerja.

Dan apabila bercakap tentang gaji ini juga akan timbul beberapa persoalan kebimbangan dalam kalangan pekerja terutama bila mana boss membuat keputusan untuk kurangkan gaji yang diberikan disebabkan faktor keuntungan syarikat berkurangan atau masalah prestasi.

Hak Gaji Pekerja Dan Majikan 

Untuk membincangkan tentang gaji ini adalah baik untuk dirujuk pada Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022. Pada Bahagian 3 sehingga Bahagian 6, telah diberangkan mengenai hak gaji pekerja serta hak majikan melibatkan pembayaran gaji ini.

Ringkasan untuk Bahagian 3, Pembayaran Upah Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 adalah seperti berikut:

  • Seksyen 18
    • Tempoh pembayaran upah (gaji) mesti tidak melebihi 1 bulanĀ 
    • Jika tempoh pembayaran upah tidak disebut dalam kontrak kerja, ia masih dianggap pembayaran untuk tempoh tidak melebih 1 bulan

Melalui penetapan pada seksyen ini jelas menunjukkan bahawa boss mesti membayar gaji pekerja untuk tempoh sebulan, di mana ia perlu dibayar dalam tempoh 1 haribulan hingga 7 haribulan selepas memasuki bulan berikutnya.

Namun, standard kebanyakan syarikat di Malaysia membayar gaji pada hari terakhir setiap bulan sama ada pada 30 haribulan atau 31 haribulan. Ia tidak menjadi kesalahan kerana yang penting gaji mesti dibayar setiap bulan untuk tempoh bekerja 1 bulan.

Bagi hak boss pula mereka berhak untuk tidak membayar gaji pekerja secara penuh andai pekerja gagal untuk bekerja cukup bulan. Perkara melibatkan pembayaran upah bagi kerja bulan tidak lengkap ini ada diterangkan dalam Seksyen 18(A).

Formula pengiraannya adalah seperti berikut,

Upah Bulanan / Bilangan Hari Dalam Tempoh Upah Tertentu x Bilangan Hari Yang Layak Dalam Tempoh Upah

Di sini perlu difahamkan bahawa boss berhak untuk tidak membayar gaji pekerja secara full andai pekerja join syarikat pada pertengahan bulan contohnya. Selain itu, pengiraan ini juga boleh dipakai untuk pekerja yang ambil unpaid leave.

Bila Masa Boss Boleh Potong Gaji Pekerja?

Sebenanrya kalau diikutkan boss tidak boleh membuat sebarang potongan pada gaji pekerja melainkan potongan yang termaktub dalam Seksyen 24 Akta Kerja 1955 (Pindaa) 2022. Pada seksyen tersebut ada mengatakan bahawa

  • Tiada potongan boleh dibuat oleh seseorang majikan daripada upah seseorang pekerja selain daripada mengikut Akta ini
  • Potongan yang boleh dibuat mestilah yang dibenarkan undang-undang seperti caruman ke dalam KWSP, PERKESO dan SIP

Maka jelas di sini bahawa boss tidak boleh membuat sebarang potongan gaji sesuka hati selain daripada yang dibenarkan undang-undang. Dan jika pekerja dapati boss membuat potongan selain daripada yang dinyatakan, pekerja boleh laporkannya ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa situasi lain pula yang membolehkan boss potongan gaji pekerja. Antara situasi yang dibenarkan adalah seperti berikut:

  1. Andai ada kesilapan pembayaran berlebihan yang dibuat oleh boss
  2. Andai pekerja dikenakan indemniti atas penamatan kontrak tanpa notis
  3. Andai pekerja ada membuat pendahuluan gaji mengikut kebenaran yang ditetapkan Akta Kerja
  4. Andai terdaapt undang-undang bertulis lain yang membenarkan potongan lain selain KWSP, PERKESO dan SIP

Kesimpulannya, boss tidak boleh potong gaji pekerja sesuka hati tanpa sebarang alasan kukuh. Ini termasuk potong gaji atas sebab masalah prestasi pekerja ataupun keuntungan syarikat yang merundum.

Oleh itu, penting untuk pekerja dan boss memahami penetapan yang telah dibuat dalam Akta Kerja 1955 ini bagi mengelakkan sebarang masalah lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara crucial seperti gaji.

Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!