Panduan Career Sebagai Freelance

Kerjaya sebagai freelance menawarkan satu peluang untuk mengawal corak anda bekerja. Bagi mereka yang sudah biasa bekerja sebagai freelance pasti setuju yang kebebasan corak bekerja ini sukar untuk ditinggalkan.

Betul, freelance sudah jadi lebih daripada sekadar corak bekerja tetapi ia sebagai life-style. Jika suatu masa dulu mereka yang bekerja sebagai freelance ini selalu dipandang sebelah mata, namun selepas penularan Covid-19 makin ramai mula menceburinya.

Siapa Yang Dikategorikan Sebagai Freelance? 

Menurut definisi, freelance adalah mereka yang bekerja secara bebas tanpa di bawah seliaan majikan. Dalam kata lainnya freelance juga adalah pekerja yang bekerja tanpa diikat kontrak dengan mana-mana syarikat.

Perlu difahamkan di sini bahawa pekerja yang bekerja tanpa diikat kontrak dengan syarikat ini bukan bermakna mereka bekerja sesuka hati, malah freelance juga mencapai persetujuan kontrak dengan pelanggan. 

Maksud tanpa kontrak dengan syarikat ini adalah freelance memiliki kebebasan corak bekerja seperti berapa lama tempoh masa projek, berapa banyak jumlah pembayaran, kebebasan untuk pilih jenis pelanggan dan bilakah mahu membuat kerja tersebut.

Antara jenis pekerjaan yang paling ramai pekerja freelance adalah,

  • Pembangun perisian (Software developer)
  • Penulis (Writer)
  • Pegawai pemasaran digital (Digital marketer)
  • Pembangunan web/mobile (Web/mobile developer)
  • Pereka grafik (Graphic designer)

Harap perlu difahamkan di sini bukan semua jenis industri sesuai untuk jadi seorang freelance. Contohnya anda bekerja sebagai seorang mekanik atau pegawai khidmat pelanggan, memang tidak sesuai untuk jadi freelance sebab takkan pelanggan nak tunggu anda setuju baru mula kerja.

5 Persediaan Jadi Seorang Freelance

Jika anda sedang mencari peluang untuk ceburi bidang freelancing, terdapat beberapa langkah persediaan yang perlu dipertimbangkan. Ini merupakan beberapa persediaan yang anda perlu buat sebelum jadi seorang freelance secara full-time.

  1. Pilih Industri Anda

Perkara pertama yang anda perlu buat sebelum memulakan career sebagai freelance adalah mencari niche industri yang betul. Hal ini kerana bukan semua pekerjaan memerlukan seorang freelance contohnya seperti pekerja mekanik.

Oleh itu anda dinasihatkan untuk kenal pasti industri mana yang memerlukan perkhidmatan freelancing, dalami skill yang diperlukan dan pilih pelanggan yang sesuai. Ingat, freelance sama seperti sebuah perniagaan jadi anda perlu kenal pasti industri yang diceburi.

  1. Cari Target Audience

Sebaik mengenal pasti niche industri untuk buat freelancing, anda kemudian perlu mencari target audience yang betul. Mulakan dengan mencari paltform-platform yang memiliki pelanggan dan perlukan perkhidmatan freelance.

Kemudian ambil tugasan-tugasan ringan dan perlahan-lahan mencipta jenama anda. Apabila sudah memiliki nama, ia lebih mudah untuk menyakinkan pealnggan baru dan mungkin pelanggan sendiri akan datang kepada anda.

  1. Cipta Struktur Harga

Macam yang dikatakan tadi freelance sama seperti sebuah perniagaan kerana anda menawarkan perkhimatan kepada pelanggan. Oleh itu, penting untuk anda memiliki struktur harga perkhidmatan yang jelas, berpatutan dan adil kepada kedua-dua belah pihak.

Disebabkan itu anda dinasihatkan untuk melakukan research mengenai harga pekhidmatan dalam pasaran sebelum mencipta struktur harga. Pastinya anda tidak mahu tawarkan harga terlalu mahal sampai pelanggan lari, dan mesti juga tidak mahu tawarkan harga terlalu mudah sampai jejaskan komitmen anda.

  1. Sediakan Portfolio

Persediaan seterusnya dalam memulakan career sebagai freelanca adalah menyediakan portfolio. Untuk menyakinkan pelanggan anda mesti memiliki bukti hasil kerja yang solid, barulah pelanggan berapa selasa untuk ambil perkhidmatan anda.

Dalam membina portfolio ini juga anda dinasihatkan untuk dapatkan kebenaran pelanggan terdahulu menonjolkan hasil kerja yang dicapai sebelum ini. Hal ini kerana ada sesetengah pelanggan takut anda secara tidak sengaja membocorkan rahsia perniagaan mereka.

  1. Bina Networking

Langkah terakhir dalam menjadi seorang freelance adalah anda perlu memberi fokus kepada membina networking. Sebenarnya, tanpa mengira jenis pekerjaan networking sangat penting kerana ia dapat membantu kita dalam pelbagai aspek seperti mencari kerja.

Jadinya dalam menjadi seorang freelance anda perlu rajin mempromosikan diri di media sosial atau menyertai career fair. Makin besar networking anda, makin luas peluang untuk jumpa pelanggan baru dan makin banyak job anda akan dapat.

Mulakan Perjalanan Career Anda Dengan MySyarikat JOBS

Kesimpulannya,sebelum anda mahu mulakan perjalanan career sebagai freelance terdapat banyak persiapan yang perlu dilakukan. Tiada pekerjaan yang mudah di dunia ini, hanya dengan skill dan pengalaman dapat memantangkan anda untuk tempuhinya.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja baru yang best-best kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! 

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!