Tanda-tanda Anda Perlu Berhenti Kerja
Membina kerjaya merupakan antara aspek penting dalam kehidupan seseorang individu. Ramai yang berusaha untuk membina kerjaya yang lebih baik dan meneruskan prestasi mereka sebagai pekerja yang bagus.
Mahupun begitu, ada masa kerjaya itu menjadi satu bebanan dan boleh menjejaskan kualiti hidup kita. Ada yang akan teruskan bekerja dan ada yang memilih untuk berhenti atau tukar kerja, bergantung dengan ketahanan diri kita.
Jika anda sedang dalam dilema untuk berhenti kerja dan perlukan bantuan untuk membuat keputusan, artikel ini boleh membantu mengenal pasit tanda-tanda yang jelas untuk anda decide tanpa sebarang keraguan.
Suka untuk diingatkan bahawa tanda-tanda yang ada dalam artikel ini hanyalah rujukan semata-mata. Setiap orang akan mempunyai pengalaman berbeza-beza dan sebab tersendiri untuk berhenti kerja.
Sebab-Sebab Untuk Berhenti Kerja
- Suasana Kerja Yang Negatif
Sikap membuli dan mengganggu pekerja lain menjadi kebiasaan dalam sesetengah tempat. Jika kita menjadi mangsa, sudah tentu semangat untuk bekerja akan berkurang. Tambahan lagi, kita akan sentiasa dalam ketakutan ketika bekerja.
Dalam proses menjalankan kerja, suasana persekitaran kita adalah sangat penting. Malahan, kualiti kerja boleh terkesan berdasarkan suasana persekitaran tempat kerja kita. Jika berlarutan, hasil kerja akan merudum.
- Sering Stress Bekerja
Tekanan ketika bekerja adalah normal dalam kalangan pekerja tetapi stress yang melampau dan berterusan boleh mengakibatkan kesihatan mental dan fizikal kita terjejas. Amatlah penting untuk kita meletakkan kesihatan diri sebagai priority.
Masalah ini boleh diselesaikan dengan berbincang dengan boss untuk menukar kaedah proses bekerja yang lebih mesra. Jika boss sendiri yang tidak mahu melakukan perubahan, sebaiknya kita angkat kaki.
- Burnout Dengan Kerja
Berbeza dengan stress, burnout kerja adalah kesan daripada bekerja tanpa henti dan beban kerja yang terlalu banyak. Bekerja dalam keadaan ini secara berterusan boleh mengakibatkan badan dan minda kita rasa lesu untuk melakukan tugasan.
Burnout bukan sahaja boleh memberi kesan kepada working life kita, ia juga boleh menjejaskan kualiti hidup peribadi. Kita akan kehilangan rasa seronok untuk melakukan sebarang aktiviti harian dan tidak semangat untuk berinteraksi dengan orang lain.
- Kesukaran Adapt Dengan Budaya Company
Mungkin ini akan jadi kejutan untuk sesetengah orang tetapi, budaya company yang tidak bertepatan dengan nilai seseorang pekerja itu boleh menjadi masalah. Terutamanya jika budaya syarikat itu menjejaskan nilai diri pekerja mereka.
Misalnya, budaya tempat kerja yang bergantung kepada hierarki dalam kalangan pekerja. Budaya ini meletakkan orang yang berjawatan sahaja untuk mendapat faedah serta kuasa, dan membuatkan pekerja yang lain takut atas authority mereka.
- Tiada Peluang Pengembangan
Jika kita tersekat dengan satu pekerjaan yang berulang setiap hari, ia boleh menyekat perkembangan kerjaya dan minda. Tambahan lagi, apabila selalu membuat satu kerja yang berulang kita akan mudah rasa bosan dan inginkan sesuatu yang baru.
Justeru dengan itu, wajarlah untuk pekerja memilih untuk berhenti bekerja jika mempunyai rasa tersebut. Paling tidak, kita dapat memutuskan cycle yang berulang kembali itu.
- Hasil Kerja Tidak Dihargai
Dalam tempoh pekerjaan kita, sudah tentu akan merasa penat dalam melakukan tugasan. Manakan tidaknya apabila setiap tugasan yang dibuat itu adalah untuk perkembangan syarikat dan membantu mencapai keuntungan.
Namun, jika syarikat itu tidak memberikan walaupun sedikit pengiktirafan atas usaha pekerja yang bertungkus lumus, maka kita perlu menilai semula kedudukan diri dengan company tersebut.
Penghargaan untuk pekerja juga boleh menjadi satu usaha untuk memberi motivasi kepada pekerja. Sebagai majikan, menunjukkan penghargaan boleh dijadikan satu bentuk usaha menaikkan semangat dalam kalangan pekerja.
- Syarikat Yang Tidak Stabil
Apabila syarikat kita tidak stabil, kemungkinan gaji kita tidak akan dibayar atau ditangguhkan. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya status kewangan kita tidak akan terganggu.
Tambahan lagi, syarikat yang tidak stabil sering kali melakukan pemotongan gaji atau membuang kerja secara mengejut. Sebagai pekerja, kita perlu mengelakkan perkara tersebut melanda diri kita untuk mengurangkan sebarang risiko dikelah hari.
- Ketiadaan Work-Life Balance
Aspek yang paling penting sekali adalah mengekalkan kesimbangan dalam bekerja. Work-life balance memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan mental dan emosi kita. Kita sebagai pekerja memerlukan waktu yang cukup untuk berehat dan mengisi kembali tenaga kita untuk menghadapi tugas-tugas kerja seharian.
Amalkan work-life balance membantu kita menikmati kualiti hidup yang lebih baik dengan memberikan waktu untuk keluarga, rakan, dan perihal peribadi. Hal ini dapat meningkatkan kebahagiaan dan kepuasan dalam kehidupan kita.
Akhir kata, keputusan untuk berhenti bekerja bukanlah perkara yang negatif. Ia juga mempunyai kelebihan tersendiri untuk pekerja. Terutamanya untuk mereka yang mencari ‘a fresh new start’.
Kerja Yang Sesuai Menanti Anda Di MySyarikat JOBS
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja baru yang best-best kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!