Pros Dan Cons Resign Tanpa Ada Job Offer Kerja Baru

Antara persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada pekerja adalah sama ada untuk resign walaupun tiada job offer baru atau dapatkan kerja baru dulu kemudian hantar surat berhenti kerja.

Secara peribadi ramai antara kita berfikir adalah lebih baik untuk dapatkan job offer baru kemudian resign, ini secara tidak langsung menjamin sumber pendapatan tidak akan putus. Namun, zaman kini ramai juga yang mengambil risiko untuk resign walaupun tiada job offer baru.

Terdapat banyak kelebihan dan kekurangannya apabila anda resign walaupun tiada job offer baru dan begitu juga sebaliknya untuk situasi dapat kerja baru kemudian berhenti. Oleh itu, artikel kali ini akan mengariskan kelebihan dan kekurangan resign walaupun tiada job offer baru.

Apa Yang Dorong Pekerja Resign Walaupun Tiada Job Offer Baru?

Setiap orang memiliki sebab mereka sendiri untuk resign. Tidak kira sama ada sudah dapat job offer baru atau masih belum mulakan lagi job hunting, keputusan seseorang itu berbeza-beza mengikut situasi yang dihadapi.

Praktikalnya anda dinasihatkan untuk resign selepas mencari kerja baru, tetapi bergantung kepada beberapa situasi keputusan untuk berhenti kerja terlebih dahulu mungkin adalah lebih baik. Contoh situasi tersebut adalah,

  • Kerja semasa memberi kesan kepada kesihatan mental pekerja
  • Anda mahu berehat sebelum mulakan kerja baru
  • Anda memiliki simpanan yang mencukupi untuk tanggung komitmen semasa
  • Syarikat ingin berpindah ke tempat lebih jauh
  • Syarikat tidak mengikut perundangan dan garis panduan kerja

Walaupun apapun faktor yang mendorong anda membuat keputusan untuk resign tetapi masih belum dapat job offer baru, penting untuk anda pertimbangkan juga komitmen yang ditanggung dan aliran pendapatan sedia ada.

Hal ini kerana apabila resign tanpa ada kerja baru, risiko terbesarnya adalah anda bakal kehilangan sumber pendapatan tetap dan ia boleh berlarutan untuk satu tempoh masa yang agak lama.

Nasihatnya di sini adalah jika anda memutuskan untuk resign tanpa ada job offer baru, maka pastikan akan memiliki simpanan pendapatan untuk tempoh 3 bulan ke depan dan mengurangkan segala komitmen atau hutang yang ditanggung.

Kelebihan dan Kekurangan Resign Tanpa Ada Job Offer Baru

Resign walaupun tanda ada job offer baru boleh menjadi satu langkah positif selagi anda bersedia secara mental dan memiliki simpanan kewangan yang kukuh. Namun, tidak dinafikan terdapat risikonya tersendiri.

Ini merupakan beberapa kelebihan dan kekurangan resign tanpa ada job offer baru yang anda boleh pertimbangkan dalam membuat keputusan.

  • Kelebihan (Pros)
  1. Dapat lebih banyak masa untuk diri sendiri
  2. Dapat lebih banyak ruang perkembangan diri
  3. Dapat menjaga kesihatan mental tanpa bebanan kerja
  4. Dapat memberi fokus untuk mencari kerja baru
  5. Dapat hadiri interview kerja pada bila-bila masa
  6. Dapat menyertai syarikat baru serta merta
  7. Dapat kebebasan membuat keputusan bila mahu mula bekerja
  8. Dapat ceburi bidang freelance
  • Kekurangan (Cons)
  1. Risiko terputus sumber pendapatan
  2. Risiko kebimbangan tiada pekerjaan
  3. Risiko jaminan pekerjaan
  4. Risiko jurang pekerjaan dalam resume
  5. Risiko kehilangan networking di tempat kerja lama
  6. Risiko kejutan budaya 
  7. Risiko menjejaskan perjalanan career
  8. Risiko jadi malas bekerja selepas sudah lama tidak bekerja

Perlu diingatkan bahawa senarai di atas ini merupakan sebahagian sahaja daripada kelebihan dan kekurangan resign tanpa ada job offer baru. Setiap orang berbeza dan mungkin akan menilai kelebihan daripada kekurangan. Jadi jangan ‘judge’ keputusan seseorang itu!

Dapatkan Kerja Dengan Pantas Apabila Gunakan MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, langkah untuk resign dulu kemudian baru mencari kerja boleh menjadi satu pendekatan yang positif. Namun, tidak dinafikan terdapat risikonya yang perlu dipertimbangkan jika anda tidak melakukan persediaan yang mencukupi

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja baru yang best-best kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! 

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!