5 Sebab Kenapa Pekerja Gagal Interview
Selain daripada memiliki sebuah resume yang ATS-friendly, skill interview juga penting untuk tingkatkan peratusan anda dapat kerja yang diidamkan. Pada kebanyakan kes pekerja selalu ‘kantoi’ waktu interview sebab gagal untuk kenal pasti kesalahan-kesalaha ini.
Oleh itu, artikel ini akan membincang 5 sebab kenapa pekerja selalu gagal dalam interview walaupun memiliki resume padu dan cara untuk improve diri supaya kesalahan-kesalahan semasa interview ini tidak berlaku lagi.
1. Reply Soalan Dengan Soalan dan Beri Jawapan Terlalu Pendek
Antara sebab kenapa pekerja sering gagal dalam interview adalah kerana kurang bersemangat, terlalu nervous atau gagal untuk fahami soalan yang diberikan. Ketiga-tiga sebab ini boleh menyebabkan calon pekerja menjawab soalan dengan soalan atau berikan jawapan terlalu pendek.
Perlu diingatkan bahawa interview bukan satu sesi soal jawab atau sesi soal siasat. Anda tidak perlu berikan jawapan yang betul tetapi jawapan yang memuaskan kepada interviewer. Pastikan jawapan tersebut juga berkaitan dengan soalan yang diberikan interviewer.
Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan pekerja,
- Practice soalan-soalan interview yang selalu ditanyakan
- Ambil masa untuk fahami soalan yang ditanyakan
- Jangan takut untuk minta interviewer ulang soalan jika tidak faham
- Pastikan jawapan yang diberikan ada contoh situasi dunia nyata
- Kekal tenang dan gunakan intonasi yang penuh keyakinan
2. Tidak Buat Research Sebelum Hadir Interview
Satu lagi sebab kenapa pekerja selalu gagal dalam interview adalah kerana mengambil ringan dan tidak melakukan research tentang syarikat terlebih dahulu. Anda perlu faham research di sini bukan sahaja tentang syarikat semata-mata tetapi tentang jawatan yang dimohon.
Pada kebanyakan kes kejayaan sesebuah interview itu bergantung kepada pengetahuan anda tentang perniagaan syarikat, industri yang diceburi serta tanggungjawab untuk jawapan yang dimohon. Tidak perlu tahu semuanya cukup sekadar asas sahaja yang membolehkan anda menjawab soalan interview dengan tenang.
Tip untuk membuat research sebelum menghadiri interview adalah,
- Baca visi dan misi syarikat
- Ambil tahu pelanggan-pelanggan syarikat
- Belajar tentang tanggungjawab jawatan dimohon
- Ambil tahu range gaji untuk jawatan dimohon
3. Tiada Skill Nego Gaji Yang Betul
Perbezaan antara seoarang pekerja yang baik adalah kemampuan untuk ‘nego’ gaji. Seperti semua sedia maklum gaji adalah topik sensetif dalam interview, namun ia tidak bermakna anda tidak boleh membincangkannya dengan interviewer.
Pada kebanyakan masa pekerja gagal dalam interview kerana gagal kuasai skill nego gaji yang betul. Pekerja mesti nak gaji paling tinggi tetapi interviewer mesti mahu tawarkan yang paling rendah. Oleh itu, penting untuk ada skill mencapai win-win yang betul.
Cara terbaik nego gaji adalah,
- Beri justifikasi permintaan gaji
- Buat kajian harga gaji pasaran
- Sedia dengar tawar
- Runding gaji dalam keadaan tenang
- Cari titik tengah yang win-win
4. Berpakaian Tidak Profesional
First impression memainkan peranan penting dalam interview. Jadi penampilan perlu dititik beratkan semasa hadiri interview dan pekerja perlu berpakaian kemas untuk tarik perhatian interviewer.
Penting untuk anda faham yang pakaian sahaja tidak cukup untuk tunjukkan sifat profesional. Gaya jalan, intonasi suara, cara pemikiran dan kemahiran menjawab soalan interview juga perlu dititik beratkan.
Nasihat kepada pekerja yang bakal hadiri interview supaya kelihatan profesional adalah,
- Pakai pakaian yang digosok dan bersih
- Sikat rambut dan berhias untuk wanita
- Bawa fail-fail sokongan seperti resume
- Sentiasa senyum dan bersemangat
5. Terlalu Banyak ‘Me’ Berbanding ‘We’
Perkara terakhir dalam interview yang sangat dititik beratkan adalah skill pekerja untuk promosikan diri tetapi dalam masa yang sama memberi manfaat kepada syarikat. Anda perlu banyak gunakan perkataan ‘we’ berbanding me.
Seorang calon pekerja yang baik mampu untuk promosikan dan bagaimana ia dapat dimanfaatkan oleh syarikat. Perlu diingatkan bahawa syarikat ingin mencari pekerja yang bleh beri manfaat kepada syarikat dalam proses merekrut pekerja.
Pelajari kemahiran mempromosikan diri dan practice bagaimana ia dapat dimanfaatkan syarikat supaya anda berbeza daripada calon lain.
Bersedia Hadiri Interview Dengan MySyarikat JOBS
Kesimpulannya, terdapat banyak sebab kenapa seseorang itu boleh gagal dalam interview. Namun perkara paling penting yang anda perlu ingat semasa hadiri interview adalah practice dan research.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari sudah bersedia untuk hadiri interview dan mulakan langkah ke alam pekerjaan kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!