Era Automasi Bukan Halangan Untuk Cari Kerja

Dari awal lagi, kemajuan teknologi dipandang sebagai “double edge sword” kerana kehadiran alat-alat ini boleh mendatangkan banyak kebaikan dan keburukan. Orang ramai berbahagi pendapat tentang kegunaannya terutama dalam menggantikan tenaga kerja sedia ada. 

Mahupun begitu, tidak semua kemahiran yang ada di kalangan pekerja boleh digantikan begitu sahaja oleh robot dan sistem automasi pintar. Banyak kemahiran amat dihargai dan diperlukan syarikat yang tidak memerlukan bantuan robot.

Landskap Dunia Pekerjaan Moden

Tidak dinafikan, beberapa pekerjaan akan terjejas kerana wujudnya sistem automasi yang lebih efisien dan jimat kos buruh.  Perkara tersebut secara tidak langsung melahirkan suasana pekerjaan yang mencabar untuk orang ramai dalam proses mencari kerja dan perkembangan career.

Akan tetapi kemahiran seseorang individu sangat bernilai zaman sekarang ini, terutamanya kemahiran yang tidak boleh ditiru oleh mesin. Contohnya, pekerjaan seperti peguam yang memerlukan kemahiran berdebat dalam mahkamah yang semestinya tidak boleh ditiru oleh robot ataupun mesin.

Automasi Bukan Pengganti Pekerja

Walaupun ramai mempunyai mindset automasi akan menyebabkan ramai pekerja akan dibuang, realiti adalah sebaliknya. Automasi seperti AI (Artificial Intelligence) hanyalah sebuah alat untuk membantu pekerja melakukan tugasan dengan lebih lancar. 

Jika digunakan dengan cara yang sepatutnya, kita boleh mengambil kesempatan untuk menambah baik kualiti kerja dengan menggunakan kepintaran AI tersebut. Antara yang boleh dimanfaatkan melalui penggunaan AI dalam dunia pekerjaan adalah,

  • Kurang risiko kecederaan fizikal kepada pekerja
  • Sentiasa tersedia untuk digunakan apabila perlu
  • Penilaian tanpa bias dalam proses membuat keputusan
  • Tiada istilah bosan untuk automasi dan tugasan berulang jadi lebih mudah
  • Kurangkan kos pengambilan buruh warga asing

Tambahan lagi, kerja-kerja boleh dilakukan dengan pantas untuk memaksimumkan output kerja. Dek itu kita kena menerima kehadiran alat-alat ini sebagai sebahagian daripada inovasi dalam dunia pekerjaan. 

Kelemahan Automasi Dalam Sektor Pekerjaan

Setiap perkara pasti mempunyai kekurangan yang tersendiri. Teknologi automasi ini juga mempunyai kelemahan yang menyebabkan penggunaanya terhad. Bukan setiap urusan boleh diserahkan begitu sahaja kepada mesin automasi. Ini merupakan contoh kelemahan yang dapat dikenal pasti.

  • Tidak mempunyai kreativiti dan terhad kepada penetapan yang dibuat sahaja
  • Tidak mempunyai emosi dalam menghasilkan kerja berkualiti
  • Berharap dengan data yang terhad dan mahal
  • Tiada kompas moral dalam berurusan dengan pelanggan
  • Tidak mempunya kebolehan mengubah suai berdasarkan keadaan yang diperlukan

Secara asasnya, pekerjaan yang sedia ada perlukan sentuhan sifat manusia. Kecerdasan buatan ini tidak mampu untuk mempunyai kefahaman yang selaras dengan moral semula jadi manusia. Disebabkan itu, banyak masalah bakal timbul jika semua pekerjaan diganti oleh automasi.

Syarikat Cari Kemahiran dan Pengalaman

Disebabkan automasi lebih sesuai untuk kerja-kerja berat, terdapat pekerjaan yang akan mengurangkan pengambilan kerja. Selepas ini, kebanyakkan individu akan memerlukan kemahiran baru untuk diambil bekerja. Namun, masih terdapat pekerjaan yang tidak boleh digantikan dengan automasi.

Contohnya, dalam bidang kreatif yang memerlukan imaginasi automasi tidak boleh mencipta keunikan sifat manusia. Mesin-mesin itu hanya mampu memproses data yang telah diberi tetapi tidak berkemampuan untuk berfikir dan berkarya sama seperti manusia.

Tambahan lagi, kemahiran berbicara seperti dalam bidang perkhidmatan pelanggan adalah sesebuah skill bernilai di mata syarikat-syarikat. Ia juga adalah kemahiran yang tidak boleh ditiru oleh mesin automasi. Mudah kata segala kemahiran sifat manusia seperti skill dan pengalaman adalah perkara yang dicari syarikat kerana ia tidak dapat digantikan dengan mesin.

Sejurus dengan itu, kemahiran individu patut diselarikan dengan kemajuaan automasi yang pesat berkembang. Demi mencapai kemajuan yang menyeluruh, kolaborasi antara manusia dan teknologi automasi perlu dilaksanakan dan bukan yang sebaliknya. Ingat, teknologi dibangunkan untuk membantu manusia, bukannya menggantikan mereka.

Rebut Peluang Untuk Dapatkan Kerja Idaman Dengan MySyarikat JOBS!

Ternyata walaupun terdapat AI dan sistem automasi ia tidak menyekat peluang kita untuk dapatkan kerja idaman. Perkara yang paling penting sekali kita perlu confident dan market diri dengan betul dekat bakal majikan.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!