6 Perkara Yang Tidak Boleh Share Dengan Rakan Kerja
Secara purata kita menghabiskan masa lebih kurang 9 jam sehari dan hampir 45 jam seminggu di office. Mudah kata 5 hari dalam seminggu kita banyak meluangkan masa bersama rakan sekerja (colleague) berbanding 2 hari sahaja di rumah.
Apabila kita banyak menghabiskan masa bersama colleague ini pasti akan berlaku perkongsian atau pertukaran informasi antara satu sama lain, dan tanpa disedari mungkin sampai overshare perkara yang tidak sepatutnya.
Situasi overshare ini banyak keburukan daripada kebaikan, terutamanya jika di melanggar confidentiality kerja yang tidak sepatutnya didedahkan walaupun kepada colleague. Oleh itu, artikel ini akan menyenaraikan perkara-perkara yang tidak patut didedahkan oleh pekerja.
Maklumat Sulit Yang Tidak Boleh Share Dengan Colleague
Dalam berkongsi sesuatu perkara, lebih-lebih lagi melibatkan maklumat peribadi yang dianggap sulit, kita perlu berhati-hati apabila bercakap. Hal ini kerana jika overshare dengan orang tidak sepatutnya, individu itu boleh gunakannya untuk expose atau ugutan.
Disebabkan itu sebelum mula bekerja kita selalunya diminta untuk tandatangan dokumen confidentiality dan non-disclosure agreement (NDA) bagi memastikan tiada kebocoran maklumat berlaku.
Ini antara maklumat sulit dan peribadi yang kita tidak boleh dedahkan walaupun kepada colleague, apatah lagi best friend sendiri.
- Maklumat Penggajian
Perkara pertama yang kita sebagai pekerja ataupun majikan perlu ambil tahu adalah maklumat penggajian merupakan rahsia peribadi yang tidak boleh sama sekali didedahkan. Maklumat gaji ini termasuk jumlah gaji, jumlah elaun, jumlah komisen atau jumlah bonus yang diterima.
Hal berkenaan gaji ini merupakan perkara sensitif dan jika didedahkan ia boleh mencetus rasa tidak puas hati, atau boleh menyebabkan pergaduhan. Bayangkan anda dan rakan kerja bekerja dalam jawatan sama tetapi bayaran gaji berbeza, pasti akan timbul rasa tidak puas hati.
- Masalah Kesihatan Diri
Maklumat kesihatan diri pekerja hanya boleh dikongsi bersama majikan sahaja bagi tujuan rawatan, malah ada sesetengah company juga mungkin enggan menyimpan rekod kesihatan pekerja atas alasan maklumat itu adalah hak peribadi.
Kebanyakan pekerja rasa perlu untuk mendedahkan masalah kesihatan mereka kepada rakan sekerja, namun perlu diketahui bahawa maklumat yang didedahkan ini mungkin boleh menggubah pandangan seseorang itu kepada anda.
- Rungutan Kerja
Ketidakpuasan hati dengan company, gosip-gosip panas melibatkan rakan sekerja, masalah bebanan kerja atau tidak menyukai mana-mana boss adalah maklumat taboo yang tidak sepatutnya dikongsi dengan colleague.
Ini kerana maklumat seperti ini jika disalah gunakan oleh individu yang tidak sepatutnya boleh menyebabkan anda dibuang kerja atau menjadi target kepada pihak atasan. Keep it to yourself dan jika tidak tahan boleh pilih alternatif lain dengan cari company baru.
- Masalah Kehidupan Peribadi
Antara maklumat peribadi yang selalu dikongsikan bersama colleague adalah personal life. Walaupun maklumat ini nampak innocent untuk share dengan rakan kerja, namun perkongsian ini yang menyebabkan kehidupan ramai pekerja merana.
Tidak kiralah sama ada anda breakup atau memiliki masalah kewangan ia tidak sepatutnya dikongsikan dengan orang luar. Mudah kata perkara dalam selimut jangan sesekali didedahkan kepada sesiapa apatah lagi dengan orang yang tidak dikenali.
- Perubahan Gaya Hidup
Sama seperti di atas gaya hidup merupakan sebahagian daripada personal life yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. Sama ada anda baru beli rumah, tukar kereta baru atau baru habis bayar hutang ia tidak perlu didedahkan.
Ramai sebenarnya orang dengki yang mahu menggunakan maklumat seperti ini untuk tujuan mengugut atau merosakkan kebahagian dicapai. Maklumlah sifat manusia ini tidak boleh lihat orang lain lebih daripada kita.
- Media Sosial Peribadi
Walaupun telah menjadi lumrah untuk kita berkongsi media sosial dengan colleague yang rapat, dinasihatkan untuk tidak accept all following request dari rakan sekerja. Tidak semua yang kita kongsi di media sosial disukai oleh mereka yang follow kita.
Jika anda sudah follow semua akaun media sosial dengan colleague, boleh hide atau letak close friends untuk content yang anda ingin berkongsi tersebut. Atau berhati-hati dengan content yang anda kongsikan supaya tidak mencetus masalah.
Cari Colleague dan Kerja Yang Sesuai Di MySyarikat JOBS
Kesimpulannya, banyak perkara yang kita perlu ambil maklum dan berhati-hati apabila ingin dikongsikan. Ingat bukan semua colleague kita suka dengan apa yang kita bukan, perasaan cemburu dan tidak berpuas hati boleh wujud walaupun dalam kalangan ahli keluarga.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja yang ada colleague baik dan suasana tempat kerja yang kondusif kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!