Kesalahan-Kesalahan Interview Yang Tidak Boleh Maafkan

Terdapat banyak pantang larang atau taboo semasa interview yang perlu pekerja berjaga-jaga dan elakkan dari dibuat. Hal ini kerana proses interview memainkan peranan penting dalam menentu sama ada anda dapat kerja atau tidak.

Oleh itu, artikel kali ini akan membincangkan tentang taboo-taboo yang calon pekerja perlu elakkan buat semasa menghadiri interview kerja. Suka diingatkan first impression penting dan interview adalah masa terbaik untuk tonjolkan diri.

10 Kesalahan Interview Yang Perlu Dielakkan

Seperti yang sedia maklum, calon pekerja dinasihatkan untuk buat preparation sebelum hadiri mana-mana interview. Ini termasuk menyiapkan diri untuk bertanya soalan yang sepatutnya kepada interviewer dan elakkan diri dari melakukan beberapa kesalahan interview.

Ini adalah antara kesalahan-kesalahan interview yang tidak sepatutnya calon pekerja buat namun apa yang sering terjadi.

  1. Overconfidence

Penting untuk anda project keyakinan semasa hadiri interview namun jangan sampai overconfidence. Biasannya interviewer suka calon pekerja yang pamerkan kredibiliti diri tetapi ini tidak bermakna mereka tidak meluat jika anda terlalu membangga diri.

  1. Elak Eye Contact

Salah satu adab berkomunikasi adalah untuk mengekalkan eye contact apabila berbual dengan orang lain. Tindakan calon pekerja yang mengelak eye contact menandangkan diri tiada confidance dan interviewer akan ragu-ragu dengan kredibiliti anda.

  1. Tidak Punctual 

Menepati masa adalah perkara yang semua orang perlu ambil perhatian dalam kehidupan. Jika calon pekerja hadir terlalu lewat ke interview ia mendatangkan perasaan tidak senang kepada pihak interviewer dan mempengaruhi keputusan mereka.

  1. Hadir Terlalu Awal

Jika tadi hadir terlalu lewat ini pula hadir terlalu awal di tempat interview. Hal ini kerana bila hadir terlalu awal interviewer terpaksa tergesa-gesa menyiapkan tugasan mereka untuk interview anda. Masa paling sesuai adalah 10 minit sebelum waktu interview.

  1. Tiada Buat Research Pasal Syarikat

Apabila dipanggil untuk hadir interview calon pekerja sepatutnya sudah mula membuat research tentang syarikat. Jangan sesekali hadir interview tanpa memiliki sebarang pengetahuan tentang syarikat, cukup sekadar mengetahui asas bussiness nature syarikat.

  1. Kelihatan Resah dan Takut

Pada point pertama telah disentuh tentang overconfidance, bahagian ini pula bercakap tentang jangan kelihatan terlalu resah dan takut-takut. Calon pekerja yang terlalu resah dan takut-takut biasanya gagal dipilih kerana mereka akan dilihat tiada keyakinan diri langsung.

  1. Tidak Menjawab Soalan

Interview yang baik dapat dikesan jika flow temuduga berjalan seperti sebuah perbualan. Kebiasannya flow interview akan terganggu apabila calon pekerja gagal untuk menjawab soalan yang ditanyakan. Jadi study beberapa soalan interview untuk memudahkan anda menjawab soalan.

  1. Bertanya Soalan Biadap

Dalam bertanya soalan ketika dalam sesi interview, penting untuk calon pekerja belajar cara betul untuk tanya soalan. Banyak kes di mana calon pekerja cuba cipta flow perbualan interview dengan bertanya soalan tanpa sedari soalan tersebut boleh dianggap biadap.

  1. Hadir Interview Tangan Kosong

Elakkan diri daripada hadir ke mana-mana interview dengan tangan kosong. Bawakan sekali hardcopy resume atau porfolio semasa hadiri interview bagi menunjukkan anda seorang yang bersiap sedia dan bersemangat untuk bekerja.

  1. Tidak Senyum

Akhir sekali jangan lupa untuk senyum ketika hadiri interview. Berikan satu senyuman yang manis kepada semua orang untuk menampakan anda seorang yang peramah dan disenangi. Senyum juga adalah teknik terbaik untuk sembunyikan perasaan resah dan takut-takut.

Jom Hadiri Interview Dengan Mula Apply Kerja Dengan MySyarikat

Kesimpulannya, semua kesalahan-kesalahan interview yang dibincangkan ini adalah perkara yang sering kita terlepas pandang. Ia bukan satu kesalahan yang serius dan boleh diperbaiki dengan pengalaman menghadiri banyak interview dari masa ke semasa.

Mahukan peluang untuk hadiri interview dan sedang mencari kerja idaman? Gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja.

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!