Cara Kenal Pasti Interview Berjalan Lancar Atau Tidak
Tentunya selepas kita menghadiri interview satu persoalan yang bermain dalam kepala adalah adakah sesi temuduga tersebut berjalan lancar atau adakah interviewer berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Jadi bagi anda yang risau dan ingin tahu kalau interview yang dihadiri itu berjalan lancar atau tidak mari lihat beberapa tanda-tanda untuk mengenal pasti interviewer berpuas hati dengan jawapan anda di bawah.
7 Tanda-Tanda Interview Berjalan Lancar
- Sesi Interview Berjalan Dalam Tempoh Masa Yang Baik
Cara paling mudah untuk kenal pasti sama ada sesi interview berjalan lancar atau pihak interviewer munyukai anda adalah jika tempoh masa yang diambil untuk temuduga tidak terlalu singkat dan tidak terlalu panjang.
Tempoh masa terbaik untuk sesebuah interview berlangsung adalah antara 1 jam ke 1 jam 30 minit kerana jika terlalu singkat ini bermakna interviewer tidak berminat untuk kenali anda, sementara jika terlalu lama ia bermakna mereka tidak dapat memahami jawapan diberikan.
- Sesi Interview Tidak Rasa Seperti Sesi Soal Jawab
Anda perlu faham interview merupakan sesi suai kenal bukannya sesi soal jawab. Pihak interviewer boleh bertanya soalan kepada anda dan anda juga boleh bertanya soalan kepada mereka. Bukannya satu pihak sahaja yang bertanya.
Sebuah interview yang baik dapat dikenal pasti bila mana interviewer bertanyakan open-ended questions yang tiada jawapan salah atau betul, dan apabila pihak interviewer juga senorok menjawab soalan yang anda berikan.
- Interviewer Terangkan Job Scope dan Prospek Kerjaya Dengan Jelas
Dalam kebanyakkan interview selalunya pihak interviewer akan menerangkan skop kerja yang anda mohon. Ia merupakan standard interview yang wajib dibuat oleh majikan dan pegawai HR. Ini bagi memberikan anda gambaran tentang tugasan yang bakal dipikul.
Namun, jika pihak interviewer berkongsi prospek kerjaya pada sesi interview pertama ini bermakna mereka berasa senang dan gembira dengan kehadiran anda. Ia juga bermakna mereka sedar akan potensi yang anda ada.
- Interviewer Tanya Bila Anda Boleh Mula Bekerja
Kalau pihak interviewer bersungguh-sungguh tanya bila anda boleh mula bekerja dan cuba memujuk anda untuk mula bekerja dengan segara, maka ini bermakna peluang untuk anda diambil bekerja adalah sangat besar.
Hal ini kerana mereka mungkin takut anda hadiri interview lain dan diambil bekerja dengan syarikat lain. Oleh itu, ini petanda mudah interview yang berlangsung berjalan dengan lancar dan interviewer berminat dengan anda.
- Anda Terima Follow-Up Email Dengan Pantas
Jika anda menerima follow-up email sekurang-kurangnya 14 hari selepes menghadiri interview, tahniah anda sudah selangkah lebih dekat untuk menyertai syarikat. Ini kerana kebanyakan syarikat kini jarang menghantar follow-up email kepada calon yang mereka tidak berminat.
Tetapi suka diingatkan juga tempoh penerimaan follow-up email ini tidak semestinya 14 hari selepas menghadiri interview. Boleh jadi follow-up email dihantar sebulan selepas atau 3 bulan selepas bergantung kepada syarikat itu sendiri.
- Anda dan Interviewer Dapat Berborak Dengan Baik
Sekiranya interviewer kelihatan santai dan tidak tergesa-gesa melakukan interview dengan anda, maka ini bermakna mereka berminat untuk meluangkan lebih banyak masa serta berasa gembira dengan sesi temuduga tersebut.
Bagi memastikan perkara ini terjadi anda perlu cipta suasana komunikasi yang baik bermasa pihak interviewer. Jadikan sesi interview itu seperti sesi berborak yang santai dan selesa tetapi memberi manfaat kepada interviewer untuk kenali anda.
- Anda Diminta Hadiri Sesi Interview Kedua
Selepas anda hadiri sesi interview pertama dapat pula panggilan untuk ke sisi temuduga kedua, ini merupakan tanda utama bahawa anda telah shortlisted dan interviewer berasa berpuas hati dengan kehadiran anda sebelum ini.
Untuk syarikat-syarikat gergasi biasanya mereka ada peringkat-peringkat interview masing-masing dan ini merupakan prosedur biasa. Jadi jika anda dipanggil untuk ke peringkat seterusnya, ia bermakna anda berjaya menarik minat mereka.
Sudah Bersedia Hadiri Interview? Jom Apply Kerja Guna MySyarikat JOBS Sekarang!
Kesimpulannya, dalam menentukan sama ada interview itu berjalan lancar dan pihak interviewer berpuas hati dengan jawapan diberikan semuanya terletak di tangan anda sendiri. Anda adalah penentu kepada kejayaan diri sendiri.
Jangan bimbang dan risau untuk hadiri interview, anggap saja anda sedang berborak untuk kenal dengan orang baru. Jadi jika anda sudah bersedia untuk hadiri interview dan tempuhi alam pekerjaan, mari gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!