Tutorial Tulis Cover Letter
Tidak kira sama ada anda seorang fresh grad atau pekerja berpengalaman, dalam proses mencari dan memohon kerja pasti tidak akan lari daripada membuat surat permohonan kerja (cover letter).
Tujuan menulis cover letter ini bukan sahaja untuk memaklumkan kepada syarikat bahawa anda berminat bekerja dengan mereka, tetapi pada masa yang sama bantu majikan membezakan antara pekerja yang profesional atau tidak.
Maka, artikel kali ini akan membantu anda menulis sebuah cover letter dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk tujuan tonjolkan sifat profesional diri kepada bakal majikan. Suka diingatkan ini adalah panduan semata-mata.
Apa Itu Cover Letter?
Salah satu persoalan yang sering diajukan adalah apakah kegunaan cover letter? Dan apakah kepentingan cover letter dalam urusan permohonan kerja?
Secara asasnya, cover letter adalah satu surat pengenalan yang disertakan sekali bersama resume atau curriculum vitae (CV). Ia bertujuan untuk memberi maklumat terperinci tentang pengalaman dan kemahiran diri pekerja.
Pada saat ini anda mungkin akan tertanya jika tujuan cover letter adalah berikan maklumat terperinci tentang pengalaman dan kemahiran, jadi ia tiada beza dengan resume atau CV, bukan?
Di sinilah sebenarnya anda salah faham kerana walaupun tujuan cover letter dan resume atau CV ini sama, ia berbeza fungsi. Ini kerana resume adalah sebagai first impression tetapi cover letter pula sebagai dokumen sokongan diri.
Contoh mudahnya adalah anda hantar resume kepada untuk mohon jawatan sebagai marketer tetapi dalam resume tidak dinyatakan tujuan anda hantar dokumen tersebut. Maka, cover letter digunakan untuk memaklumkan tentang hasrat anda memohon jawatan itu.
Pada sesetengah kes, cover letter juga digunakan untuk ‘up-sale’ diri dan membuat ‘pitch’ kepada syarikat dalam bentuk penulisan. Ini kerana cover letter boleh sampaikan hasrat pekerja berbanding resume yang menonjolkan maklumat semata-mata.
Cara Tulis Cover Letter
Dalam menulis cover letter, penting untuk anda tahu tentang formatnya. Sama seperti menulis sebuah surat rasmi tidak kira berbahasa Malaysia atau Inggeris, penting untuk gunakan gaya bahasa yang formal.
Antara format yang perlu diambil maklum adalah,
- Nama dan Alamat Pekerja
- Nama dan Alamat Majikan
- Tarikh Surat
- Panggilan Salutasi
- Tajuk Surat Ditulis
- Sebab dan Hasrat Surat Ditulis
- Tandatangan Pekerja
Penting untuk dimakluma bahawa segala penulisan perlu ditulis pada bahagian kanan surat, sama seperti format surat rasmi. Formatnya sama juga ketika anda mahu menulis cover letter menerusi emel.
Sebelum masuk contoh cover letter, ini adalah beberapa perkara lain yang perlu anda tahu sebelum menulis cover letter.
- Gunakan font penulisan yang jelas, kemas dan mudah dibaca
- Nyatakan tujuan penulisan dengan jenas dan mudah dibaca
- Elak daripada membincangkan perkara taboo seperti gaji dan faedah dalam cover letter
- Berikan gambaran maklumat diri berkaitan dengan jawatan yang dimohon sahaja
- Lampirkan cover letter bersama resume atau CV
Contoh Cover Letter
Bagi fresh grad yang tiada pengalaman kerja anda boleh masukkan pengalaman melakukan latihan industri (internship) serta pencapaian luar akademik lain untuk menarik perhatian majikan.
Gunakan Cover Letter Anda Untuk Mohon Kerja Dengan MySyarikat JOBS
Macam yang dikatakan awal tadi kegunaan cover letter ini tidak boleh dipandang rendah. Menghantar cover letter bersama resume atau CV dapat meningkatkan peluang anda mendapat kerja berbanding hanya hanya resume atau CV sahaja.
Jika anda sudah memilik cover letter mari manfaatkannya dengan memohon kerja gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!