Salah Ke Staff Selalu MC? Ini Apa Kata Undang-Undang
Di alam pekerjaan, cuti sakit dan Medical Certificate (MC) adalah perkara yang tidak boleh dipisahkan. Setiap pekerja memilik hak di sisi undang-undang untuk memohon cuti sakit. Perkara ini telah dinyatakan sendiri dalam Akta Kerja 1955.
Namun, terdapat banyak persoalan mulai timbul lebih-lebih lagi apabila ia melibat ‘adakah staff yang sering mengambil MC dianggap salah atau tidak’. Jadi mari baca sampai habis artikel ini untuk dapatkan jawapannya.
Apa Kata Akta Kerja 1955?
Dalam konteks di Malaysia, setiap pekerja memilik hak untuk mengambil cuti. Ini termasuk ketika pekerja tidak sihat untuk melakukan tugasan kerja. Di bawah Seksyen 60F, Akta Kerja 1955 ada menyatakan bahawa.
‘pekerja yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) bulan dengan majikan yang kayak untuk mendapat cuti sakit yang berbayar.’
Penetapan jumlah cuti sakit yang layak diambil juga telah diterangkan pada seksyen sama. Di bawah adalah jumlah cuti yang dibenarkan bagi Cuti Sakit.
- 14 hari bagi setiap tahun jika tempoh perkhidmatan kurang daripada 2 tahun.
- 18 hari bagi setiap tahun jika tempoh perkhidmatan antara 2 hingga 5 tahun.
- 22 hari bagi setiap tahun jika tempoh perkhidmatan lebih daripada 5 tahun.
Selain itu, bagi pekerja yang dimasukkan ke hospital pula, mereka berhak mendapat 60 hari cuti sakit hospital setiap tahun. Jadi ini bermakna andai staff sakit dan dimasukan ke dalam hospital mereka layak mendapat cuti berbayar selama 60 hari.
Kenapa Staff Selalu Ambil MC?
Sebenarnya terdapat banyak sebab mengapa staff sering mengambil MC. Dalam konteks di tempat kerja terutamanya di Malaysia staff mengambil MC atas sebab masalah kesihatan seperti berikut:
- Kesihatan: Keadaan kesihatan yang tidak baik sehingga sukar melakukan tugasan seperti penyakit kronik atau masalah kesihatan mental yang memerlukan rawatan serta rehat
- Stress Tempat Kerja: Stress yang berlebihan terutamanya di tempat kerja boleh sebabkan staff rasa terbeban dan memerlukan rehat untuk diri sendiri
- Persekitaran Kerja: Persekitaran kerja yang tidak kondusif atau selamat boleh menyebabkan staff kerap sakit dan mengambil MC
Kesan Selalu Ambil MC Kepada Syarikat, Majikan dan Staff
Satu perkara yang tidak boleh kita nafikan adalah banyak kes terjadi staff mengambil banyak MC. Walaupun staff memiliki hak untuk mengambil cuti sakit, terdapat beberapa implikasi yang perlu dipertimbangkan jika terlalu kerap mengambil MC ini.
- Produktiviti Syarikat: Apabila staff kerap tidak hadir bekerja, produktiviti syarikat boleh jatuh kerana kekurangan tenaga kerja untuk melakukan tugasan
- Hubungan dengan Majikan: Majikan mungkin mula rasa kurang percaya atau curiga dengan kesahihan MC yang diambil oleh staff kerap tidak hadir bekerja
- Penilaian Prestasi: Kekerapan mengambil MC boleh menjejaskan penilaian prestasi staff dan ini boleh memberi kesan kepada peluang untuk kenaikan pangkat atau bonus
Undang-undang dan Etika Pekerja
Pada sisi undang-undang, selagi staff patuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955, mereka berhak untuk mengambil cuti sakit. Namun, dari segi etika dan profesionalisme, adalah penting untuk staff mempertimbangkan kesan kerap mengambil MC ini.
Staff harus pastikan bahawa mereka betul-betul perlukan MC dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan peribadi. Majikan pula perlu memahami keadaan kesihatan staff dan tidak terus menghukum atau menuduh tanpa bukti yang kukuh.
Jadi untuk menyelesaikan kes staff kerap ambil MC, ini adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh semua pihak:
- Kesedaran Kesihatan: Staff perlu jaga kesihatan dengan baik dan dapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang masalah kesihatan
- Komunikasi Terbuka: Staff dan majikan perlu amalkan komunikasi baik mengenai keadaan kesihatan di tempat kerja dan keperluan rehat
- Persekitaran Kerja yang Kondusif: Majikan perlu pastikan persekitaran kerja yang selamat dan selesa bagi mengurangkan stress dan risiko kesihatan
- Polisi Kesihatan: Syarikat boleh mengimplementasikan polisi kesihatan yang baik seperti pemeriksaan kesihatan berkala atau program perubatan khas
Kesimpulannya, mengambil MC bukanlah satu kesalahan selagi ia dilakukan dengan alasan yang betul dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Namun, pekerja perlu bijak menguruskan kesihatan dan cuti mereka supaya tidak menjejaskan prestasi kerja serta syarikat.
Majikan pula perlu bersikap adil dan memahami keadaan staff tanpa terus membuat spekulasi negatif. Dengan komunikasi yang baik dan persekitaran kerja yang kondusif, isu staff kerap ambil MC boleh dikurangkan dan produktiviti syarikat dapat dipertingkatkan.
Mulakan Perjalanan Career Anda Dengan MySyarikat JOBS
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja!
Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!