Teknik Senaraikan Skil Bahasa Dalam Resume
Dalam teknik membina resume, terdapat satu bahagian yang ramai calon pekerja terlepas pandang dan tidak mengetahui kepentingannya bagi meningkatkan peratusan diambil bekerja dengan syarikat.
Bahagian tersebut tidak lain tidak bukan senarai bahasa (language). Terutamanya di Malaysia banyak syarikat mengambil kira kebolehan pekerja bertutur dalam bahasa lain ketika buat saringan pengambilan pekerja. Oleh itu, penting untuk anda pelajari cara betul senaraikan skill language dalam resume bagi meningkatkan peratusan diambil bekerja.
Fahami Asas Skill Language Dalam Resume
Dalam resume kemahiran bertutur bahasa lain selain daripada bahasa ibunda ini merujuk kepada kemampuan pekerja untuk bercakap, membaca dan menulis dalam bahasa asing. Bahasa asing di sini pula merujuk kepada bahasa yang bukan menjadi pertuturan utama (main language) pekerja.
Boleh jadi bahasa asing tersebut adalah bahasa English, bahasa Mandarin, bahasa Jepun, bahasa Korea ataupun bahasa isyarat, jika ia bukan bahasa yang menjadi pertuturan harian pekerja ia akan dianggap sebagai bahasa asing.
Secara umumnya, perekrut akan mengambil kira skill language pekerja selain daripada melihat pengalaman kerja yang ada. Hal ini kerana banyak syarikat kini memiliki pelanggan dari seluruh pelosok dunia yang menggunakan bahasa pertuturan berbeza.
Jadi dengan menyenaraikan skill language dengan betul, ia dapat meningkatkan lagi peratusan dan keyakinan perekrut untuk ambil anda bekerja. Lebih banyak bahasa lain yang anda boleh berturut, lebih luas peluang anda dalam dunia pekerjaan.
Cara Senaraikan Skill Language Dalam Resume
Apabila bercakap tentang skill language kita tidak akan lari daripada bercakap tentang level of proficiency. Language proficiency ini merujuk kepada kecekapan anda menggunakan suatu bahasa itu dengan tepat dan lancar.
Mudah kata language proficiency ini adalah kefahaman anda untuk menggunakan suatu bahasa itu dengan rule of grammer betul, intonasi dan lenggok bahasa yang tepat dan kemahiran berinteraksi dengan lancar.
Dalam pada itu, antara framework bahasa yang sering digunakan dalam dunia pekerjaan global adalah,
- Common European Framework of Reference for Languages (CEFR)
- Terdapat 6 level dari A1 hingga C2
- Terbahagi kepada kategori Basic User, Independent User dan Proficient User
- American Council on the Teaching of Foreign Languages (ACTFL)
- Terdiri daripada 5 level dari Novice, Intermediate, Advanced, Superior dan Distinguished
- Interagency Language Roundtable (ILR)
- Setiap level diletakkan dalam skala dari 0 (no proficiency) hingga 5 (functionally native professional proficiency) seperti berikut:
- 0 (No Proficiency)
- 0+ (Memorised Proficiency)
- 1 (Elementary Proficiency)
- 1+ (Elementary Proficiency Plus)
- 2 (Limited Working Proficiency)
- 2+ (Limited Working Proficiency Plus)
- 3 (Professional Working Proficiency)
- 3+ (Professional Working Proficiency Plus)
- 4 (Full Professional Working Proficiency)
- 4+ (Full Professional Working Proficiency Plus)
- 5 (Native or Bilingual Fluency)
- Setiap level diletakkan dalam skala dari 0 (no proficiency) hingga 5 (functionally native professional proficiency) seperti berikut:
Akan tetapi anda tidak perlu perlu bimbang dengan framework yang digunakan ini, melainkan anda ingin bekerja dalam industri yang mementing penggunaan bahasa. Selalunya, penyenaraian skill language dalam resume di Malaysia terbahagi kepada,
- Beginner : dalam fasa baru mula belajar, sedang mengenali asas perkataan dan frasa kata mudah, masih belum menguasai rule of grammer
- Intermediate : dalam fasa pertengahan pembelajaran, boleh bertutur dan membuat perbualan pada kadar perlahan
- Proficient : dalam fasa cekap dan sudah menguasai rule of grammer, boleh membuat perbualan pada kadar lebih lancar
- Fluent : dalam fasa mampu menggunakan bahasa dengan lancar, berturut dan berbual dengan baik namun tiada pengetahuan setaraf petutur bahasa ibunda
- Native : keupayaan bertutur dengan lancar setaraf petutur bahasa ibunda, mampu fahami rule of grammer yang kompleks
Tips Senaraikan Language Dalam Resume
Berdasarkan apa yang dibincangkan atas, cara terbaik untuk menulis senarai language adalah dengan menyatakan ‘bahasa’ kemudian ‘level’. Formulanya adalah seperti berikut:
English (bahasa) + Fluent (Level)
Di sini penting untuk anda ingat bahawa tidak menjadi kesalahan menyenaraikan sebanyak mungkin bahasa. Boleh jadi anda sudah kuasai 5 bahasa atau 6 bahasa sekalipun, satu perkara yang pasti anda perlu letak pada susunan paling lancar sehingga kurang lancar.
Dengan cara ini resume anda akan lebih mudah dibaca, dan bahasa yang paling anda lancar bertutur akan menjadi highlight. Kemudian diikuti oleh bahasa-bahasa lain yang anda kurang lancar bertutur.
Gunakan Resume Anda Untuk Apply Kerja Dengan MySyarikat JOBS
Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan penting dalam membantu anda mendapatkan kerja idaman. Penting untuk anda flex segala kemahiran yang ada namun jangan sampai menipu di dalam resume.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja baru yang best-best kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!