Tip Tulis Description Kerja: Software Developer
Dalam era teknologi kini jawatan sebagai software developer adalah antara yang paling banyak mendapat permintaan dalam pasaran. Bagi syarikat yang berfokuskan pada sektor teknologi, memiliki developer dalam tenaga kerja adalah sangat penting.
Sebagai pengetahuan, jawatan software developer ini bukan hanya berfokus kepada membina perisian semata-mata tetapi bertanggungjawab dari reka sehingga menguji dan memastikan produk berjalan dengan lancar sebelum release kepada pengguna.
Ia memerlukan kemahiran penyelesaian masalah, memperbaiki perisian dan maintaining sistem yang tinggi, selain memiliki kepakaran coding yang tinggi. Oleh itu penting untuk syarikat dan pekerja kenal pasti keyword yang perlu ada dalam resume sebagai software developer.
Infomasi Asas Yang Perlu Ada
Seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini, keyword memainkan peranan penting dalam membina sebuah resume. Hal ini kerana sistem ATS yang digunakan syarikat untuk menyaring resume calon pekerja hanya dapat kenal pasti keyword sahaja.
Jadi sebagai pekerja anda perlu tahu dan kenal pasti keyword-keyword yang penting untuk meningkatkan kadar keberkesanan sistem ATS membaca, sementara syarikat juga perlu tahu kata kunci yang relevan supaya sistem dapat menyaring resume dengan lebih tepat.
Antara maklumat asas yang perlu diletakkan adalah,
- Tanggungjawab (Responsibilities)
- Kemahiran dan Keperluan Skill (Skills dan Requirements)
Cara Tulis Description Kerja – Software Developer
Bagi pihak majikan yang mencari software developer, bawah adalah contoh penerangan kerja yang boleh ditulis. Suka diingatkan ini adalah panduan semata-mata anda boleh mengubahnya mengikut keperluan syarikat.
‘Kami mencari seorang Software Developer untuk reka dan bina program dengan pelbagai fungsi. Anda akan bekerjasama dengan Product Manager untuk membangunkan perisian dari peringkat awal sehingga peringkat penyelenggaraan produk.
Untuk jawatan ini anda perlukan kemahiran berpasukan, kemahiran menyelesaika masalah dan perhatian terperinci terhadap pembinaan produk. Anda juga perlu mempunyai pengalaman dalam membina perisian dan bahasa pengekodan seperti JavaScript.
Matlamat anda adalah untuk membina sebuah program dan sistem yang efisien untuk pengguna.’
Seterusnya, mari lihat cara tulis responsibilities dan skills kerja untuk jawatan sebagai software developer.
- Tanggungjawab (Responsibilities)
- Bekerjasama dengan developer lain untuk reka algoritma dan flowcharts
- Membina perisian yang kemas dan efisien berdasarkan code jangkaan
- Integrasikan perisian dan program pihak ketiga
- Mengesahkan dan melancarkan program dan sistem
- Mengemaskini perisian dan menyelengara masalah, debug
- Mengumpul dan menilai maklum balas
- Memperbaiki perisian berdasarkan maklum balas
- Membuat laporan perisian dan dokumentasi untuk rujukan
- Kemahiran dan Keperluan Skill (Skills dan Requirements)
- Berpengalaman sebagai Software Developer, Software Engineer dan peranan yang serupa
- Berpengalaman dengan metodologi Agile
- Berpengalaman dalam membina perisian dan menguji sistem
- Berkemahiran dalam bahasa coding (seperti C++, JavaScript) dan framework (AngularJS, Git)
- Berkemahiran dalam pengurusan database dan Object-Relational Mapping (seperti Hibernate)
- Berkemahiran memperlajari bahasa coding dan teknologi baru
- Memiliki kemahiran berkomunikasi tinggi
- Memiliki pemikiran penyelesaian masalah tinggi
- Perhatin terhadap perincian
- BSc/ BA dalam Sains Komputer, Kejuruteraan atau bidang yang berkaitan
Cari Jawatan Sebagai Software Developer Di MySyarikat JOBS Sekarang!
Berdasarkan penerangan atas, tugas sebagai Software Developer ini bukan hanya sekadar bina perisian semata-mata, ia turut merangkumi pelbagai aspek lain dalam memastikan pengguna berpuas hati untuk menggunakan produk dikeluarkan.
Sekali lagi diingatkan bahawa penerangan di atas hanya sekadar contoh dan ia boleh diubah mengikut kesesuaian. Paling penting sekali adalah untuk meletakkan keyword dengan betul untuk memastikan sistem ATS mudah membacanya.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari jawatan sebagai Software Developer kami syorkan untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!