Apakah Perbezaan Antara Resume dan CV?
Dalam proses job hunting anda pasti akan dengar syarikat minta untuk hantar resume atau Curriculum Vitae (CV). Pada sesetengah kes pula syarikat mungkin minta anda untuk hantar kedua-duanya sekali.
Pada saat ini anda mungkin tertanya apakah perbezaan antara resume dan CV? Kenapa syarikat perlukannya? Dan adakah ia memainkan peranan penting dalam menentukan anda dapat kerja atau tidak?
Jika anda masih keliru antara resume dan CV jangan bimbang, sebenarnya ramai lagi di luar sana yang tidak tahu perbezaan antara kedua-duanya. Malah, ada sesetengah boss juga gagal membezakan antara resume dan CV.
Jadinya artikel kali ini akan terangkan perbezaan antara resume dan CV serta berikan beberapa tip untuk membina CV dengan baik. Jika anda mencari maklumat tentang resume boleh baca pada artikel teknik bina resume ATS-friendly yang diterbitkan sebelum ini.
Resume vs CV
Secara amnya, resume dan CV adalah dokumen yang mengandungi maklumat lengkap tentang segala pengalaman, pencapaian dan kelayakan seseorang pekerja itu. Kedua-duanya berfungsi sebagai first impression maklumat diri pekerja kepada majikan.
Namun, perbezaan ketara antara resume dan CV adalah pada bilangan muka suratnya. Selalunya resume dibina ringkas dan padat dalam satu muka surat, sementara CV lebih terperinci dan memiliki lebih daripada satu muka surat.
Untuk konteks kerja di Malaysia kebanyakan syarikat menggunakan istilah resume dan CV pada definisi yang sama, iaitu dokumen pengenalan maklumat diri pekerja. Walaupun terdapat perbezaan ia masih berfungsi untuk tujuan yang sama.
Pada konteks luar Malaysia pula perbezaan antara resume dan CV lebih ketara. Syarikat akan meminta calon pekerja menghantar resume untuk memohon sebarang jawatan, kemudian minta CV pula semasa dalam interview.
Satu fakta menarik tentang perbezaan antara resume dan CV adalah kebanyakan orang Amerika Syarikat memanggil dokumen maklumat diri pekerja sebagai ‘resume’ tetapi orang Eropah pula lebih gemar memanggilnya sebagai ‘CV’.
Ini adalah beberapa perbezaan antara resume dan CV yang anda perlu tahu!
Resume
- Selalunya tidak lebih satu muka surat
- Menyenaraikan maklumat kerjaya, pencapaian dan pengalaman secara ringkas dan padat
- Maklumat dalamnya menekankan skill pekerja
- Sering digunakan untuk memohon kerja dalam industri
- Tidak perlu lampirkan cover letter kerana tujuan untuk memohon kerja
Curriculum Vitae (CV)
- Selalunya antara dua muka surat sehingga empat muka surat
- Menyenaraikan maklumat kerja, pencapaian dan pengalaman secara terperinci dan lengkap
- Maklymat dalamnya menekankan pencapaian akademik pekerja
- Lebih digunakan untuk memohon kerja dalam bidang akademik
- Perlu lampirkan cover letter kerena tujuan untuk menyertai syarikat
Tip Bina CV
Kini anda sudah faham perbezaan antara resume dan CV, maka sudah sampai masa untuk bina CV bagi tujuan permohonan kerja. Seperti yang dikatakan awal tadi resume dan CV sering digunakan secara berganti di Malaysia jadi tidak salah untuk membina.
Antara perkara yang perlu ada dalam sebuah CV adalah,
- Nama dan Maklumat Pekerja
- Rumusan atau Objektif Pekerja
- Latarbelakang Pengalaman Bekerja Pekerja
- Latarbelakang Pendidikan Pekerja
- Latarbelakang Pencapaian atau Penerbitan Pekerja
- Kemahiran dan Sijil Pencapaian Pekerja
- Cover Letter (Surat Rujukan)
Selain itu, dalam membina CV anda juga perlu ambil maklum beberapa perkara seperti
- Susunan Tajuk
- Sama seperti resume, anda dinasihatkan untuk menyusun pembahagian tajuk dengan baik untuk memudahkan pembacaan
- Font Penulisan
- Dalam membuat sebarang dokumen bertulis, anda perlu menggunakan font penulisan yang jelas dan mudah dibaca serta sedap mata memandang
- Format yang Konsisten
- Memandangkan CV memiliki lebih dari satu muka surat, maka anda perlu memastikan format pada setiap muka surat tersebut sama
- Elak Guna Icon
- Penting untuk anda faham bahawa CV juga adalah dokumen rasmi jadi penggunaan icon atau emoji kelihatan tidak profesional
- Guna Warna yang Betul
- Dalam membina CV atau resume penting untuk menggunakan warna yang terang, ceria dan mengambarkan identiti diri
Walau apa pun yang terjadi penting juga untuk anda faham bahawa maklumat yang dibentang dalam CV perlu sama dengan apa yang ada dalam resume. Cuma maklumat dalam CV lebih terperinci dengan penerangan berbanding resume.
Manfaatkan CV Anda Dengan Mohon Kerja Di MySyarikat JOBS
Apabila sudah selesai membina resume dan CV, ini bermakna anda sudah bersedia untuk menempuhi dunia pekerja dan boleh mula hantar permohonan. Ingat, resume dan CV yang menarik boleh menentukan kerjayaan anda memperolehi kerja.
Jom gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!