Kenal Pasti Perkara-Perkara Yang Perlu Ada Dalam Offer Letter
Sebelum pekerja mula kerja dengan syarikat, mereka akan diberikan offer letter sebagai pengesahan penerimaan bekerja. Untuk makluman offer letter adalah dokumen penting yang diberikan kepada pekerja selepas mereka berjaya melalui proses interview.
Offer letter ini bukan sekadar surat tawaran kerja semata-mata tetapi juga sebagai dokumen yang menyenaraikan terma dan syarat pekerjaan, kadang-kadang ada yang menganggap ia sebagai kontrak kerja.
Oleh itu, penting untuk memahami kepentingan offer letter ini bagi memastikan anda sebagai pekerja mengetahui hak dan tanggungjawab ketika bekerja. Jadinya artikel ini akan menerangkan tentang perkara-perkara yang perlu anda kenal pasti di dalam offer letter.
1. Maklumat Pekerjaan
Perkara pertama yang perlu diambil maklum selepas menerima offer letter adalah untuk mengenal pasti maklumat pekerjaan. Antara maklumat pekerjaan yang perlu anda lihat dalam offer letter adalah,
- Nama jawatan: Pastikan jawatan yang ditawarkan jelas dan sama dengan apa anda mohon.
- Tugas dan tanggungjawab: Penerangan ringkas mengenai peranan serta tugasan harian anda dalam syarikat.
- Lokasi kerja: Alamat tempat kerja atau jika pekerjaan itu membenarkan anda bekerja dari rumah.
2. Gaji dan Faedah
Selepas mengenal pasti maklumat berkaitan pekerjaan, anda perlu ambil perhatian pada bahagian yang menyatakan tentang gaji dan faedah ditawarkan dalam offer letter. Penting untuk offer letter menyatakan gaji pokok serta faedah lain yang ditawarkan termasuk,
- Gaji: Jumlah gaji bulanan atau tahunan dan bila tarikh bayaran dibuat.
- Faedah kesihatan: Perlindungan insurans perubatan atau faedah perubatan lain yang ditawarkan seperti elaun pergigian dan sebagainya.
- Faedah tambahan: Ambil maklum sebarang penawaran faedah lain seperti elaun pengangkutan, bonus tahunan, atau komisen.
3. Syarat-syarat Pekerjaan
Dalam mana-mana offer letter penting untuk ia menyatakan syarat-syarat pekerjaan dengan lengkap. Setiap syarat-syarat ini penting untuk memberikan gambaran kepada pekerja tentang peraturan bekerja dengan syarikat.
- Tempoh percubaan: Berapa lama tempoh percubaan dan syarat-syaratnya selepas tamat.
- Waktu kerja: Jam kerja yang dijangka dan polisi kerja lebih masa/overtime (OT).
- Cuti: Maklumat mengenai cuti tahunan, cuti sakit, dan cuti lain yang berkaitan.
4. Prosedur Penerimaan Tawaran
Selain itu, offer letter juga perlu menyertakan prosedur penerimaan tawaran di dalam offer letter kepada pekerja. Ia perlu mengandungi arahan tentang cara menerima tawaran pekerjaan dan apa yang perlu dibuat oleh pekerja jika menolaknya.
- Tarikh akhir penerimaan: Tarikh akhir untuk memberi maklum balas oleh pihak pekerja.
- Cara memberi maklum balas: Sama ada melalui e-mel, surat, atau tandatangan digital.
- Dokumen yang diperlukan: Dokumen tambahan yang mungkin perlu diserahkan, seperti pengesahan kelayakan dan sebagainya.
5. Maklumat Tambahan
Selain perkara-perkara yang dinyatakan di atas, ini adalah beberapa maklumat lain di dalam offer letter yang pekerja perlu ambil maklum. Selalunya maklumat tambahan ini penting dalam memberi pemahaman terhadap syarikat.
- Polisi syarikat: Ringkasan mengenai polisi syarikat seperti dasar etika dan pemakaian.
- Maklumat kontrak: Jika terdapat kontrak pekerjaan, maklumat mengenai tempoh kontrak dan syarat penamatan.
Akhir kata penting untuk pekerja ambil maklum tentang perkara-perkara penting di dalam offer letter ini. Ia memainkan peranan sangat penting dalam membantu pekerja memahami hak dan tanggungjawab kerja sebelum mula pekerja.
Majikan juga perlu ambil maklum tentang perkara-perkara penting di dalam offer letter ini dalam menyediakan surat tawaran yang lengkap kepada pekerja. Ia bukan sahaja memberi perlindungan kepada pekerja tetapi kepada majikan juga.
Pastikan anda membaca dan memahami setiap bahagian dengan teliti, dan jangan ragu untuk meminta penjelasan jika terdapat sebarang perkara yang tidak jelas.
Cari Kerja Idaman Anda di MySyarikat JOBS Sekarang
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja!
Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!