12 Hak Asas Pekerja Wajib Tahu
Mengetahui hak-hak asas sebagai seorang pekerja di Malaysia adalah penting untuk memastikan anda dilindungi dan mendapat manfaat yang sewajarnya. Tidak kira sama ada anda seorang fresh grad atau tidak penting untuk ambil maklum perkara ini.
Berikut adalah 12 hak asas pekerja yang perlu anda ketahui supaya pengalaman kerja anda:
1. Hak Upah/Gaji
Setiap pekerja berhak menerima upah/gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan. Upah minimum telah ditetapkan oleh kerajaan, iaitu pada RM1,500 untuk memastikan semua pekerja mendapat bayaran yang adil.
2. Hak Cuti Tahunan
Pekerja yang telah bekerja selama setahun berhak mendapat cuti tahunan berbayar, perkara ini telah ditetapkan dalam Akta Kerja 1955.. Cuti ini bertujuan untuk memastikan pekerja dapat berehat dan menguruskan hal-hal peribadi mereka.
3. Hak Cuti Sakit
Sekiranya anda jatuh sakit, anda berhak mendapat cuti sakit yang disahkan oleh doktor seperti dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Cuti sakit ini tidak akan menjejaskan gaji anda dan ia penting untuk pemulihan kesihatan.
4. Hak Cuti Bersalin
Pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin selama 98 hari berturut-turut seperti yang digariskan dalam Akta Kerja 1955. Menariknya pekerja wanita turut dibayar elaun dan menerima gaji ketika tempoh cuti ini berlangsung.
5. Hak Cuti Paterniti
Bagi pekerja lelaki yang sudah berkahwin, kini anda berhak mendapat cuti paterniti selama 7 hari berturut-turut untuk menemani isteri yang bersalin. Sama seperti cuti bersalin, cuti paterniti ini merupakan cuti berbayar.
6. Hak Bekerja Dalam Kondisi Selamat
Majikan bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Ini termasuk langkah-langkah keselamatan, latihan, dan peralatan perlindungan diri yang diperlukan. Rujukan lanjut boleh dibuat pada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
7. Hak Bekerja Tanpa Diskriminasi
Semua pekerja berhak mendapat layanan yang adil tanpa diskriminasi berdasarkan jantina, kaum, agama, atau latar belakang. Ini termasuk proses pengambilan pekerja sehingga proses pemberhentian yang dibuat oleh majikan.
8. Hak Menubuhkan dan Menyertai Kesatuan Sekerja
Pekerja berhak untuk menubuhkan atau menyertai kesatuan sekerja bagi membela hak dan kepentingan mereka di tempat kerja. Perkara melibatkan kesatuan sekerja ini boleh dirujuk pada perundangan Kesatuan Sekerja Malaysia.
9. Hak Perundingan Kolektif
Kesatuan sekerja turut mempunyai hak untuk berunding dengan majikan mengenai terma dan syarat pekerjaan, termasuk upah dan faedah pekerja. Jadinya jika anda berdepan masalah dengan majikan atau sebaliknya boleh disalurkan pada Kesatuan Sekerja.
10. Hak Tempoh Waktu Bekerja
Akta Kerja 1955 menetapkan had maksimum waktu kerja biasa ialah tidak melebihi 45 jam seminggu. Pekerja yang bekerja lebih masa berhak mendapat bayaran kerja lebih masa OT. Selain itu, majikan juga perlu menghormati tempoh waktu cuti pekerja.
11. Hak Caruman Wajib
Pekerja berhak mendapat perlindungan sosial seperti faedah perubatan, insurans pekerjaan, dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk PERKESO. Ini merupakan caruman-caruman wajib yang menjadi hak pekerja.
12. Hak Dapatkan Keadilan
Pekerja berhak melaporkan sebarang penyalahgunaan atau pencabulan hak kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Tenaga Kerja. Ini termasuk melaporkan keadaan kerja yang tidak selamat, layanan tidak adil atau penganiayaan oleh majikan.
Kesimpualnnya, mengetahui dan memahami hak-hak asas ini adalah langkah pertama untuk memastikan anda dilindungi dan mendapat manfaat yang sepatutnya sebagai seorang pekerja di Malaysia.
Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau memerlukan bantuan, rujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan atau kesatuan sekerja yang anda sertai. Ingat anda sebagai pekerja memiliki hak tersendiri.
Mulakan Career Anda Dengan MySyarikat JOBS
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja!
Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!