Gaji Vs Benefit Pekerja: Manakah Yang Jadi Pilihan Pekerja?

Perbincangan antara gaji dan benefit menjadi semakin hangat dalam kalangan pekerja. Ramai yang tertanya-tanya, mana satu lebih penting? Adakah gaji yang tinggi lebih berbaloi atau benefit tambahan yang ditawarkan oleh syarikat lebih menguntungkan? 

Setiap orang mempunyai pilihan yang berbeza bergantung kepada keutamaan yang mereka pentingkan. Disebabkan hal ini, banyak sebab yang telah diutarakan daripada dua-dua pihak untuk mempertahankan pilihan mereka itu. 

Oleh itu, kita akan mengupas isu ini dengan membandingkan kedua-duanya dalam penulisan kali ini untuk mengetahui secara teliti sebab-sebab yang mempengaruhi pilihan pekerja di Malaysia untuk memilih gaji tinggi atau benefit yang ditawarkan oleh syarikat. 

Gaji: Tarikan Utama Pekerjaan

Gaji merupakan faktor utama yang menarik ramai pencari kerja. Dengan gaji yang tinggi, pekerja boleh menikmati kehidupan yang lebih selesa dan memenuhi keperluan harian seperti bayaran sewa rumah, makanan, dan perbelanjaan lain. 

Gaji yang lumayan juga membolehkan pekerja merancang masa depan mereka dengan lebih baik, seperti membeli rumah atau menyimpan untuk persaraan.

Tambahan pula, gaji yang tinggi sering kali dikaitkan dengan status dalam masyarakat. Pekerja yang menerima gaji besar biasanya dianggap berjaya dan dihormati. Ini boleh meningkatkan motivasi dan kepuasan diri pekerja tersebut.

Benefit: Nilai Tambahan Tawaran Syarikat

Walaupun gaji penting, benefit yang ditawarkan oleh majikan tidak boleh dipandang remeh. Benefit seperti insurans kesihatan, tambahan cuti berbayar, bonus tahunan, dan program latihan boleh memberikan nilai tambahan yang signifikan kepada pekerja.

Antara benefit yang selalu ditawarkan oleh syarikat kepada pekerja adalah seperti yang berikut:

  1. Insurans Kesihatan: Kos rawatan perubatan yang tinggi boleh menjadi beban besar bagi pekerja. Dengan insurans kesihatan yang baik, pekerja tidak perlu risau tentang kos perubatan dan boleh mendapatkan rawatan yang diperlukan tanpa tekanan kewangan.
  2. Tambahan Cuti Berbayar: Masa rehat yang mencukupi adalah penting untuk kesejahteraan mental dan fizikal. Dengan cuti berbayar, pekerja boleh berehat dan meluangkan masa bersama keluarga tanpa kehilangan pendapatan. Contoh cuti berbayar yang diberikan benefit daripada syarikat adalah:
    1. Tambahan kepada cuti tahunan daripada 8 hari cuti dalam 12 bulan perkhidmatan kepada 10 hari cuti berdasarkan polisi yang dibuat oleh syarikat. 
  3. Bonus Tahunan: Bonus merupakan insentif yang baik untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi pekerja. Ia juga menunjukkan penghargaan majikan terhadap usaha pekerja sepanjang tahun.
  4. Program Latihan: Peluang untuk mengikuti kursus atau latihan boleh membantu pekerja meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja tetapi juga meningkatkan prestasi syarikat.

Tambahan lagi, syarikat-syarikat di Malaysia juga menawarkan benefit berkaitan aturan kerja fleksibel yang membenarkan pekerja untuk menjalankan tugasan di rumah. Ramai pekerja yang hunting benefit ini semasa mencari pekerjaan untuk menikmati work-from-home (WFH).

Tidak dilupakan juga, sesetengah syarikat menyediakan bantuan perbelanjaan seperti elaun yang menampung kos kenderaan atau transportasi mereka. Misalnya, syarikat akan membiayai perbelanjaan minyak untuk kereta atau motor dan perbelanjaan untuk menggunakan public transport. 

Perbandingan Gaji vs Benefit

Memilih antara gaji dan benefit bukanlah sesuatu yang mudah. Ia bergantung kepada keutamaan dan keperluan individu. Bagi sesetengah orang, gaji yang tinggi lebih penting kerana mereka mempunyai komitmen kewangan yang besar. 

Manakala, bagi yang lain, benefit seperti insurans kesihatan dan cuti berbayar lebih bernilai kerana ia memberikan jaminan keselamatan dan kesejahteraan jangka panjang. Di mata mereka, ia adalah pilihan yang tepat dan lebih menguntungkan. 

Contohnya, seorang pekerja muda mungkin lebih cenderung memilih gaji yang tinggi untuk membayar hutang pelajaran atau membeli rumah. Sebaliknya, pekerja yang lebih berusia mungkin lebih menghargai benefit seperti insurans kesihatan dan pelan persaraan kerana mereka lebih memikirkan keselamatan dan keselesaan di masa depan.

Akhirnya, tiada jawapan yang tepat mengenai mana yang lebih penting antara gaji dan benefit. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pekerja perlu menilai keutamaan dan keperluan mereka sendiri sebelum membuat keputusan.

Majikan pula, seharusnya berusaha untuk menawarkan pakej yang seimbang antara gaji dan benefit untuk menarik dan mengekalkan pekerja yang berkualiti. Dengan cara ini, kedua-dua pihak akan mendapat manfaat yang terbaik untuk diri mereka.

Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!