Kenapa High Status Career Menjadi Rebutan?
Adalah menjadi impian bagi setiap pekerja untuk membina career mereka dalam bidang yang diminati. Oleh itu, ramai yang memilih untuk meneruskan passion mereka tanpa mempersoalkan wang atau status.
Mahupun begitu, budaya Asia lebih cenderung untuk mengejar career yang dianggap berstatus tinggi seperti doktor, jurutera, atau peguam. Malah, status career menjadi pengukur kepada kejayaan mereka.
Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada fahaman ini, dan dalam artikel ini kita akan meneliti sebab-sebab kepada individu memilih high status career dalam mencari kerja.
1. Pengaruh Budaya dan Tradisi
Salah satu sebab utama career seperti doktor, jurutera, atau peguam begitu diminati dalam masyarakat Asia adalah kerana pengaruh budaya dan tradisi. kebanyakkan budaya Asia, pendidikan dan pencapaian akademik dianggap penting untuk mencapai kejayaan.
Kerjaya dalam bidang perubatan, kejuruteraan, atau undang-undang dilihat sebagai puncak kejayaan akademik dan sosial. Oleh itu telah menjadi stima untuk kebanyakkan individu mengejar career tersebut bagi mengukuhkan status dan pengiktirafan sosial.
2. Faktor Ekonomi
Ekonomi juga memainkan peranan penting dalam mendorong pemilihan career. Kerja sebagai doktor, jurutera, atau peguam biasanya menawarkan gaji tinggi dan menjamin kestabilan berbanding kebanyakkan yang lain.
Kestabilan kewangan menjadi kepentingan atas faktor survivability pada zaman kini. Misalnya, pekerjaan yang bergaji tinggi akan memberi keyakinan yang lebih untuk survive kos sara hidup yang tinggi pada waktu sekarang dan untuk masa hadapan.
3. Harapan Keluarga
Menjadi harapan keluarga turut mempengaruhi pilihan career individu. Kebanyakkan keluarga berlatarbelakangkan Asia, meletakkan harapan yang tinggi agar anak-anak mencapai kejayaan yang besar.
Ibu bapa sering kali rasa bangga apabila anak-anak mereka memiliki career yang berstatus tinggi. Tekanan untuk memenuhi harapan ini boleh menjadi dorongan kuat kepada individu untuk mengejar career tertentu.
4. Pendidikan di Sekolah
Sistem pendidikan di kebanyakkan negara Asia juga memainkan peranan dalam membentuk stigma career. Sistem sekolah yang mementingkan pencapaian akademik dan peperiksaan mendorong pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang.
Career seperti doktor, jurutera, atau peguam memerlukan tahap pendidikan yang tinggi, dan sistem sekolah yang kompetitif ini membantu pelajar untuk bersedia memenuhi keperluan tersebut.
5. Kepuasan Diri
Selain daripada itu, achievement dalam mencapai matlamat boleh memenuhi self-fulfillment individu. Maka, ramai yang mengejar career berstatus tinggi ini adalah sebagai satu cara untuk mencapai kepuasan diri.
Tambahan lagi, mencapai matlamat sebegini memberi peluang untuk dapatkan validation daripada keluarga. Rasa bangga dan kepuasan yang datang daripada career berstatus tinggi ini boleh meningkatkan motivasi.
Mulakan Perjalanan Career Anda Dengan MySyarikat JOBS
Kesimpulannya, mengejar matlamat adalah perkara yang bagus kerana ia memberikan kita extra push dalam kehidupan. Walaupun jalan untuk membina kerjaya berstatus tinggi adalah sukar, kita perlu terus berjuang dan bertahan dengan kuat demi mencapai cita-cita.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja!
Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!