Certificate vs Certification : Mana Lebih Penting Dalam Pekerjaan?
Jika anda sedang mencari peluang untuk kembangkan career dalam apa jua bidang pilihan, pasti terlintas di dalam fikiran untuk sertai kursus atau kelas bagi menambah skill baru. Selalunya melalui kursus atau kelas ini anda akan diberikan sijil selepas menghabiskannya.
Namun, terdapat sesetangah kursus atau kelas ini bukan sahaja menawarkan sijil (certificate) tetapi turut memberikan pensijilan (certification). Walaupun kedua-dua istilah ini sering digunakan secara berganti, ia memiliki perbezaan tersendiri.
Apa Itu Certificate?
Pada asasnya certificate diberikan oleh sebuah institusi pendidikan atau organisasi selepas seseorang individu itu menghabiskan kursus, program latihan atau kelas. Ia berfungsi sebagai bukti yang menunjukkan anda telah menghadiri dan menamatkan kursus disertai.
Certificate ini juga boleh diberikan untuk pelbagai jenis mata pelajaran dan jangka masa, menghadiri bengkel jangka pendek, melibatkan diri dalam program akademik atau vokasional jangkan panjang.
Contoh mudah untuk menerangkan certificate ini adalah seperti Sijil Pendidikan Malaysia (SPM), sijil diploma, sijil Sarjana Muda, sijil Doktor Falsafah atau sebarang sijil kemahiran lain yang diiktiraf.
Apa Itu Certification?
Bagi certification pula ia merupakan satu bentuk perakuan yang menandakan seseorang itu memiliki kemahiran, kepakaran dan kecekapan tertentu di dalam satu bidang. Mudahnya individu itu memenuhi standard industri atau profesional dalam profesion disertai.
Certification ini selalunya ditawarkan oleh organinasi atau badan industri dan mereka yang menetapkan kriteris standardtertentu termasuk keperluan pendidikan, pengalaman ataupun peperiksaan. Kata kuncinya adalah perakuan herhadap skill tertentu yang dimiliki individu.
Contoh certification ini adalah lesen pengendalian mesin jentera berat, lesen memandu kapal terbang, lesen nakhoda kapal, lesen perubatan dan kesihatan, ahli pakar bedah atau jurutera sivil.
Perbezaan Certificate dan Certification
Secara mudahnya perbezaan utama antara certificate dan certification adalah satu dibuktikan melalui menghadiri kelas manakala satu lagi dibuktikan melalui pengiktirafan yang mengikut standard bidang.
Akan tetapi terdapat banyak lagi perbezaan antara certificate dan certification yang boleh dikenal pasti seperti:
- Durasi / Tempoh Masa
Secara umumnya durasi atau tempoh masa untuk memiliki sesebuah certificate ini jauh lebih pantas berbanding memiliki certification. Hal ini kerana untuk perolehi certification seseorang itu perlu membukti diri benar-benar mencapai standard sebelum diberikan pengiktirafan.
Namun, kedua-duanya juga memiliki persamaan iaitu untuk memperolehi certificate dan certification anda perlu menghadiri kelas, menjalani latihan dan menduduki ujian. Dalam kebanyakan kes ujian untuk perolehi certification jauh lebih sukar dari certificate.
- Pengiktirafan dan Kredibiliti
Jika dibandingkan proses untuk memperolehi certification jauh lebih sukar namun diiktiraf oleh semua lebih-lebih lagi dalam bidang yang dicerubi. Tetapi ini tidak bermakna memiliki certificate sahaja tiada kredibiliti, ia bergantung kepada keperluan dan tanggungjawab.
Bagi menerangkan pengiktirafan dan kredibiliti certification ini adalah lesen memandu kapal terbang yang jauh lebih sukar untuk diperolehi berbanding certificate pramugasi kerana bagi perolehi lesen ia memerlukan kelulusan ujian yang sukar.
- Faedah Kerja
Bergantung kepada bidang yang dipilih, memiliki certificate adalah jauh lebih diperlukan berbanding memiliki certification. Misalnya, kebanyakan syarikat cenderung untuk mengambil pekerja yang memiliki skill komputer berbanding kemahiran membina komputer.
Oleh itu, bergantung kepada industri yang diceburi memiliki certificate jauh lebih penting walaupun harga certification jauh lebih mahal dan bernilai. Perlu diingat setiap jawatan berbeza-beza dan memerlukan kemahiran tertentu.
Mana Lebih Penting, Certificate atau Certification?
Bagi menjawab soalan mana lebih penting sama ada certificate atau certification ini bergantung kepada industri, keperluan dan career pilihan anda sendiri. Boleh jadi dengan hanya memiliki certificate sahaja sudah cukup untuk diambil bekerja tetapi boleh juga sebaliknya.
Namun, satu perkara yang pasti adalah memiliki mana-mana antara certificate atau certification ini sangat membantu dalam perjalanan anda membina career. Jadi jika diberikan peluang untuk menyertai kursus atau kelas yang menawarkan sijil pantas rebutnya.
Guna Sijil Anda Untuk Dapat Kerja Dengan MySyarikat JOBS Sekarang
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!