Skills vs Abilities: Mana Satu Perlu Letak Dalam Resume?

Jika anda sedang membina resume, pasti akan terfikir untuk letak bahagian kemahiran (skill) dan kelebihan (ability). Jika dilihat kedua-dua bahagian ini sering dipisahkan tetapi cara mengisinya lebih kurang sama.

Tetapi sebenarnya terdapat perbezaan diantara skill dan ability di dalam sesebuah resume. Dan kedua-dua bahagian ini juga sangatlah penting dalam membantu sistem ATS membaca keyword di dalam resume anda.

Apa Itu Skill?

Dalam dunia pekerjaan, skill merujuk kepada kecekapan seorang pekerja itu dalam memenuhi tugasan yang diberikan. Skill ini boleh dikelaskan sebagai kemahiran seperti berkomunikasi, kolaborasi atau pengurusan.

Kebanyakan syarikat akan melihat bahagian skill dalam resume pekerja bagi mengenal pasti sama ada jika pekerja memiliki kemahiran yang diperlukan ataupun tidak. Contohnya, dalam bidang seperti IT majikan akan cari keyword seperti skill komputer atau perisian.

Terdapat beberapa jenis skill yang dicari majikan dan mudah dipelajari oleh pekerja antaranya,

  • Kemahiran berkomunikasi
  • Kemahiran menulis
  • Kemahiran memimpin
  • Kemahiran menguruskan emosi
  • Kemahiran teknikal
  • Kemahiran pengiraan

Apa Itu Ability?

Bagi ability pula sering berkaitan dengan bakat atau kemahiran khas yang dimiliki pekerja dalam melakukan sesuatu tugasan. Keupayaan ini selalunya berbeza diantara setiap individu walapun mereka berkongsi skill yang sama.

Contoh mudahnya bagi mengambarkan ability adalah kelebihan seseorang yang dilahirkan dengan bakat untuk memahami dan masalah matematik boleh ceburi bidang sains sebagai seorang pensyarah atau profesor. 

Tetapi ini tidak bermakna ability tidak boleh dicapai oleh semua orang, hal ini kerana ia boleh didik sehingga mahir. Antara contoh ability adalah seperti berikut:

  • Membuat kajian
  • Menyelesaikan masalah
  • Kesenian
  • Bertukang
  • Pengucapan awam (public speaking)
  • Rundingan 

Antara Skill dan Ability Mana Lagi Penting?

Sebenarnya agak sukar untuk menentukan sama ada skill lebih penting dari ability atau sebaliknya. Ia bergantung kepada keperluan syarikat dalam proses pengambilan pekerja itu sendiri.

Hal ini kerana kedua-dua skill dan ability adalah perkara subjektif yang hanya boleh dinilai selepas pekerja itu diambil bekerja dan demonstrasikannya sendiri. Pada sesetangah kes juga skill pekerja boleh bertukar menjadi ability jika sudah kuasainya.

Namun, satu perkara yang pasti adalah kedua-duanya penting dalam membantu pekerja mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, pekerja dinasihatkan untuk tambah skill yang ada dan asah ability diri dalam meningkatkan peluang diambil bekerja.

Cara Isi Bahagian Skill dan Ability Dalam Resume

Dalam membina sebuah resume anda pasti akan jumpa bahagian ‘skill and ability’, dan pada sesetengah kes kedua-duanya dipisahkan. Hal ini kerana ada sesetengah berpendapatan perpisahan antara kedua-duanya dapat meningkatkan peluang untuk sistem ATS kenal pasti keyword dengan lebih jelas.

Jika resume anda memiliki bahagian skill dan ability, ini adalah beberapa tips dalam mengisi bahagian-bahagian tersebut.

Untuk bahagian skill, anda dinasihatkan untuk letakkan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Kemahiran-kemahiran yang dipelajari
  2. Kelas latihan yang dihadiri
  3. Kemahiran peribadi
    1. Critical thinking
    2. Problem solving
    3. Leadership
    4. management
  4. Kemahiran profesional
    1. Marketing
    2. Presentation
    3. Expertise
    4. languages

Bagi bahagian ability pula anda boleh letakkan perkara perkara-perkara penting berikut: 

  1. Etika bekerja
  2. Kreativiti
  3. Kemampuan mengadapatasi
  4. Kesetiaan
  5. Berfikiran terbuka

Secara kesimpulannya, skill dan ability adalah dua perkara yang berbeza tetapi saling berkaitan antara satu sama lain. Ada kalanya kedua-dua skill dan ability digabungkan dalam satu bahagian yang dikenali sebagai ‘strength’.

Walau apa pun, sebagai pekerja penting untuk anda letakkan skill dan ability yang betul mengikut keperluan bagi jawatan yang dimohon. Penting untuk anda promosikan diri dengan meletakkan keyword dengan betul supaya sistem ATS dapat membacanya.

Manfaatkan Resume dan Dapatkan Kerja Idaman Di MySyarikat JOBS

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!