Passion vs Money: Mana Satu Yang Anda Perlu Pilih?
Antara persoalan terbesar yang semua orang tidak dapat berikan jawapan tepat adalah melibatkan pemilihan sama ada wang ataupun minat (passion) dalam menentukan laluan career masa depan.
Mungkin sesetengah akan setuju dengan mengatakan wang adalah pendorong utama dalam pemilihan kerja, tetapi ramai juga pekerja diluar sana yang akan mengatakan minat memainkan peranan utama dalam laluan career.
Sukar sebenarnya untuk tentukan nak ikut mana satu dalam membentuk laluan career pekerja. Oleh itu artikel ini akan senarai kelebihan setiap satu yang pekerja akan dapat apabila memilih wang atau passion.
Kelebihan Memilih Wang Berbanding Passion
Tentunya apabila diberi pilihan kita pasti akan ambil pekerjaan yang menawarkan pembayaran gaji paling tinggi. Wang dapat digunakan untuk pelbagai perkara dalam kehidupan, dan ini merupakan kelebihan memilih wang untuk membina career.
- Wang Penuhi Keperluan dan Kehendak
Dalam membeli sesuatu perkara tidak kira sama ada barang keperluan atau kehendak ia menggunakan medium wang sebagai pertukaran. Maka tidak hairan jika wang menjadi pilihan utama kebanyakan pekerja dalam mempertimbangkan sesuatu kerja.
- Jaminan Aliran Kewangan Kukuh
Mereka yang bekerja dan menerima jumlah gaji yang tinggi dapat menjamian aliran kewangan kukuh untuk kegunaan sendiri ataupun keluarga. Semestinya memiliki aliran kewangan kukuh amat penting dalam kehidupan zaman sekarang ini.
- Mengubah Gaya Hidup
Setiap manusia memiliki keinginan untuk memperbaiki diri dan kehidupan. Memilih pekerjaan yang menawarkan pembayaran gaji tinggi dapat membantu pekerja untuk mengubah ke arah gaya hidup lebih baik.
Kelebihan Memilih Passion Berbanding Wang
Kesimbangan hidup dan kerja (work-life balance) sangat penting dalam memastikan kita mencapai kepuasan diri. Bekerja dengan company yang menawarkan work-life balance semakin menjadi pilihan kini, dan ini merupakan kelebihan memilih passion untuk membina career.
- Pertumbuhan Career
Membuat sesuatu kerja yang diminat dapat meningkatkan kadar pertumbuhan career anda kerana anda akan sentiasa rasa bersemangat dalam melakukannya. Ini secara tidak langsung membuatkan anda enjoy proses kerja tersebut.
- Memenuhi Kepuasan
Dalam melakukan sesuatu tugasan kita cenderung untuk membuatnya bagi memenusi kepuasan diri. Tidak kira secara emosi atau luaran pemilihan untuk membuat pekerjaan yang diminat boleh mencetus kepuasan diri yang tinggi.
- Rasa Lebih Tenang
Satu perkara yang menarik apabila anda membuat pekerjaan digemari adalah anda akan berada lebih tenang, enjoy dan relax ketika membuatnya. Anda dapat mengawal semua tugasan mengikut kemahuan anda tanpa bimbang dimarahi.
Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Dalam Pemilihan Career?
Bergantung kepada keadaan dan situasi yang anda hadapi, pasti ada banyak eprkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pilihan dalam perjalanan career. Tanyakan kepada diri sendiri apakah yang anda betul-betul mahukan.
- Menikmati kerja yang dilakukan setiap hari
- Membayar bil dan kos-kos lain
- Memiliki wang untuk kebahagian diri dan keluarga
- Mahukan perubahan gaya hidup
- Ingin mencapai work-life balance
Walau apa pun yang anda pilih perlu diingatkan bahawa segala keputusan terletak kepada diri sendiri. Wang dan passion sangat penting dalam bekerja jadi jika diberi peluang ambil kedua-duanya.
Sudah Buat Pilihan? Jom Mulakan Career Anda Dengan MySyarikat JOBS
Jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!