Persiapan Fresh Grad Perlu Buat Sebelum Mula Bekerja

Alam pekerjaan sangat mencabar lebih-lebih lagi dengan adanya lambakan fresh grad dalam pasaran yang berkualiti dan berkemahiran. Oleh itu, penting untuk fresh grad buat persiapan seawal waktu di universiti lagi bagi memastikan diri kekal berdaya saing.

Ini adalah beberapa langkah persiapan awal yang fresh grad perlu buat sebelum mulakan perjalanan career di dalam alam pekerjaan yang mencabar.

  1. Bina Resume dan Kukuhkan Portfolio

Resume memainkan peranan yang sangat penting kepada pekerja. Ia adalah dokumen yang merumuskan segala maklumat dan pengalaman kerja seseorang pekerja itu. Teknik-teknik membina resume pernah dikongsikan sebelum ini.

Bagi fresh grad yang tiada pengalaman kerja pula tidak perlu bimbang kerana anda boleh memasukkan maklumat-maklumat penting lain atau mempromosikan diri dengan membuat portfolio. Ingat, resume tidak perlu panjang, simple dan menarik sudah memadai.

  1. Perkasakan Diri Dengan Skill-Skill Diperlukan

Apa yang membezakan setiap pekerja adalah skill-skill yang dipelajari. Disebabkan itu penting untuk pekerja terutama sekali fresh grad perkasakan diri dengan skill-skill yang diperlukan dalam pasaran kerja.

Untungnya untuk fresh grad atau yang masih belajar di university, anda mudah untuk mendapat akses kepada coursecourse yang menawarkan skill secara percuma. Contohnya, skill komunikasi boleh didapati secara percuma di universiti melalui presentation.

  1. Aktifkan Diri Dalam Ko-Kurikulum dan Aktiviti Kemasyarakatan

Kebanyakan company sekarang lebih suka untuk pilih pekerja yang aktif berbanding yang memilki pointer tinggi. Hal ini kerana pekerja yang aktif ayau banyak melakukan program seperti sukarelawan ini memiliki skill teamwork tinggi.

Oleh itu, fresh grad dinasihatkan untuk aktif melakukan aktiviti ko-kurikulum di universiti dan rajinkan diri untuk sertai program kemasyarakatan seperti sukarelawan. Sebabkan itu juga banyak company anjur program dan buka penyertaan sukarelawan kepada pelajar.

  1. Buat Research Pasal Career Dan Pasaran

Persiapan paling utama untuk fresh grad adalah membuat research tentang laluan career dipilih dan nilainya dalam pasaran semasa. Banyak kes pekerja berhenti bekerja selepas beberapa bulan kerana tidak menyukai career yang diceburi.

Pada kes berbeza pula ada pekerja yang tidak berpuas hati dengan penawaran gaji diterima lalu membuat keputusan untuk tidak mahu bekerja. Jadinya sebelum mula bekerja fresh grad sangat dinasihatkan untuk buat research sebelum memilik laluan career yang mahu diceburi.

  1. Perluaskan Networking

Salah satu rahsia pekerja atau fresh grad mudah dapat kerja adalah kerana memiliki network yang padu. Perlu difahamkan diri networking adalah berhubung dengan orang-orang korporat dan memasukkan mereka dalam circle kita, bukannya cable.

Cara paling mudah untuk perluaskan networking adalah dengan follow ahli-ahli korporat di LinkedIn atau hadiri career fair dan berjumpa dengan majikan. Jika nasib anda baik dan berjaya pikat majikan, mungkin anda akan ditawarkan kerja segera.

Sudah Bersedia Masuki Alam Kerja? Gunakan MySyarikat JOBS!

Ternyata banyak persiapan yang fresh grad perlu ambil maklum sebelum memasuki alam pekerjaan. Perkara paling penting adalah pekerja perlu sentiasa alert dengan kemahuan pasaran untuk tampil berdaya saing.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!