Soalan-Soalan Interview Untuk Intern

Setiap pelajar perlu jalani internship kerana kebanyakan universiti mahukan mereka mendapatkan pendedahan awal kepada alam pekerjaan. Jadi adalah benar jika dikatakan mencari pekerjaan sebagai intern boleh jadi langkah penting dalam membina career

Namun, sebelum melangkah ke dunia pekerjaan calon intern perlu melalui proses interview. Ia adalah proses standard untuk mana-mana syarikat. Maka, artikel ini akan bantu anda mempersiapkan diri dengan menyediakan soalan-soalan interview untuk intern yang biasa ditanya serta cara terbaik untuk menjawabnya.

Soalan Biasa dalam Interview Intern

Seperti mana-mana pekerja lain, intern juga akan dianggap dan dilayan sama seperti seorang pekerja. Hal ini kerana objektif melakukan internship adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka tentang dunia pekerjaan.

Ini adalah beberapa soalan interview yang sering ditanya kepada calon intern.

  1. “Kenapa Anda Memilih Bidang Ini?” / “Why Do You Choose This Industry” 

Soalan ini sering ditanya untuk memahami minat dan motivasi calon intern. Berikan jawapan yang jujur dan kaitkan dengan pengalaman atau pengetahuan yang anda miliki. Nyatkannya dengan jelas dan kaitkan dengan syarikat serta bidang anda.

Contoh: “Saya memilih bidang ini kerana saya berminat dengan teknologi dan bagaimana ia boleh membantu meningkatkan kecekapan dalam organisasi.”

  1. “Apakah Kelebihan dan Kelemahan Anda?” / “What Are Your Strenght and Weakness?” 

Ini adalah soalan internview intern yang klasik. Berhati-hati dalam menjawab, fokus pada kelebihan yang relevan dengan pekerjaan dan akui kelemahan dengan cara yang menunjukkan keinginan untuk belajar. 

Contoh: “Kelebihan saya adalah kemampuan berkomunikasi dengan baik, sementara kelemahan saya adalah kurang pengalaman praktikal, tetapi saya sangat berminat untuk belajar dan meningkatkan kemahiran tersebut.

  1. “Bagaimana Anda Mengatasi Tekanan?” / “How Do You Handle Pressure?” 

Majikan ingin tahu bagaimana anda menangani tekanan dalam situasi kerja. Berikan contoh situasi dari pengalaman lalu jika ada. Jika tiada, anda boleh cipta satu situasi dan terangkan bagaimana anda hadapinya. 

Contoh: “Saya mengatasi tekanan dengan merancang kerja saya lebih awal dan membuat senarai tugas. Ini membantu saya kekal teratur dan fokus.

Tips Persediaan untuk Temuduga Intern

Dalam mana-mana interview, persediaan adalah penting kerana jika anda tidak menyiapkan diri dengan ilmu diperlukan sukar untuk anda menjawab soalan diberikan. Tanpa mengira sama ada anda calon intern atau pekerja ini adalah beberapa tips persediaan yang boleh diamalkan.

1. Kajian Tentang Syarikat dan Industri
Pastikan anda melakukan research tentang syarikat dan industri yang anda mohon. Ini bukan sahaja membantu anda memahami lebih baik peranan yang anda akan pegang, tetapi juga menunjukkan kesungguhan anda untuk bekerja di syarikat tersebut.

2. Latihan Menjawab Soalan Interview
Amalkan menjawab soalan-soalan interview intern bersama rakan atau di depan cermin. Ini akan membantu anda merasa lebih yakin dan siap menghadapi temuduga sebenar. Latih diri untuk menjawab dengan tenang dan yakin.

3. Pakaian dan Etika Temuduga
Pastikan anda berpakaian sopan dan profesional. Penampilan yang baik mencerminkan sikap yang serius terhadap peluang kerja tersebut. Ambil sedikit masa untuk groom diri supaya nampak presentable

Tips Tambahan

  • Jangan Takut Bertanya: Sediakan beberapa soalan untuk interviewer mengenai syarikat atau peranan yang ditawarkan. Ini menunjukkan minat dan inisiatif anda.
  • Sikap Positif dan Keyakinan: Tunjukkan sikap positif dan keyakinan diri semasa interview. Ini boleh memberikan kesan yang baik kepada interviewer.

Menghadapi interview untuk intern boleh menjadi pengalaman yang mencabar dan baru, tetapi dengan persediaan yang baik, anda boleh meningkatkan peluang untuk berjaya. Dengan memahami soalan-soalan biasa dalam interview dan mempersiapkan jawapan yang relevan, anda akan dapat menonjolkan diri anda sebagai calon yang berpotensi. 

Jangan lupa untuk terus belajar dan memperbaiki diri, kerana pengalaman internship adalah langkah pertama ke arah kerjaya yang cemerlang. Semoga berjaya dalam temuduga anda!

Cari Kerja Idaman Anda di MySyarikat JOBS Sekarang

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!