Kod-Kod Pakaian Profesionalisme di Tempat Kerja
Pemakaian melambangkan keperibadian. Istilah ini sangat tidak asing untuk kita lebih-lebih lagi dalam situasi profesional seperti di tempat kerja. Pakai pakaian yang kemas dan sopan boleh memberikan impression baik kepada yang melihat.
Selain itu, pemakaian juga merupakan sebahagian daripada alat komunikasi. Ia menyampaikan suatu mesej kepada mereka yang melihat kita. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan cara pemakaian atau fashion yang paparkan imej profesionalisme anda di tempat kerja.
Kenapa Perlu Berpakaian Profesional di Tempat Kerja?
Secara asasnya berpakaian secara profesional adalah memakai pakaian dan aksesori yang mempamerkan sifat profesionalisme seseorang individu itu. Dalam kebanyakan kes pakaian yang pamerkan profesionalisme ini adalah ringkas, kemas dan sopan.
Dalam kebanyakan kes company mungkin mengamalkan kod fashion (dress code) bebas seperti membenarkan pekerja untuk memakai t-shirt atau seluar jean. Namun, masih terdapat garis panduan profesionalisme yang perlu pekerja patuhi.
Antara sebab kenapa company mementingkan dress code pekerja adalah seperti berikut:
- Memberi impresi baik
Seperti disebut awal tadi pemakaian seseorang individu itu menyampaikan sebuah mesej kepada mereka yang melihat. Jadi dengan menetapkan sebuah dress code profesional ia boleh memberikan impresi terbaik kepada pelanggan yang berurusan dengan pekerja.
- Menyampaikan imej profesional
Imej prodesional membantu dalam memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa pekerja mahir dengan tugasan mereka. Dress code yang ditetapkan company bukan sahaja membantu syarikat menarik pelanggan tetapi menaikkan imej profesionalisme pekerja.
- Menambah keyakinan pekerja
Pakaian yang bersih, sopan dan kemas boleh membantu tingkatkan keyakinan pekerja. Hal ini kerana dengan memaparkan imej yang baik pekerja dapat melakukan tugasan yang diberikan dengan lebih bersemangat.
- Meningkatkan kredibiti pekerja
Sebagai seorang pelanggan ataupun pengguna, perkara pertama yang kita lihat apabila ingin berurusan dengan seseorang adalah cara mereka berpakaian. Kita akan lebih cenderung untuk berurusan dengan orang yang kemas berbanding mereka yang selekeh.
- Melambangkan syarikat
Dress code melainkan peranan sebagai sebuah lambang status sesebuah company. Semakin besar pengaruh sesebuah company, semakin penting untuk berpakaian profesional. Jadi jika company ingin berkembang mereka perlu tetapkan satu dress code yang profesional walaupun bebas.
Cara Berpakaian Profesional di Tempat Kerja
Ini adalah beberapa cara berpakaian atau fashion yang pamerkan profesionalisme yang sesuai mengikut dress code yang ditetapkan company.
- Santai (Casual)
Kebanyakan syarikat pemula (start-up) dan company urban lain sering mengamalkan dress code santai untuk pekerja mereka. Ini bermakna pekerja dibenarkan untuk berpakaian kasual seperti t-shirt, seluar jean, kasut sukan dan segala jenis fashion tidak rasmi.
- Santai Pintar (Smart Casual)
Berbeza dengan fashion casual biasa, smart casual menggabungkan cara pemakaian santai tetapi dengan twist lebih kemas. Ini bermakna pekerja dibenarkan untuk berpakian kasual tetapi lebih kemas dengan baju t-shirt berkolar, seluar kerja untuk tampak lebih profesional.
- Santai Bisnes (Business Casual)
Masih di bawah cara pemakaian yang santai dan kasual, tetapi untuk business casual ini selalunya berkaitan dengan fashion yang sering dilihat lebih kemas untuk tampil lebih profesional. Pakaian seperti baju kemeja dan seluar slack adalah contoh business casual.
- Profesional Bisnes (Business Professional)
Jenis pemakaian sering kita lihat dipakai oleh orang-orang besar koporat yang berjawatan tinggi. Selalunya ia digayakan dengan pemakaian sut lengkap dan aksesori yang minimal. Ia pamerkan profasionalisme yang tinggi.
- Formal Bisnes (Business Formal)
Cara pemakaian business formal ini adalah lebih lengkap dan eksklusif berbanding business professional. Ia menitikberatkan karisma dan status yang sangat tinggi. Penggunaan sut yang lebih mahal dan pemakaian yang lebih rumit untuk acara besar selalunya digayakan dengan business formal.
Cari Kerja Idaman Anda di MySyarikat JOBS Sekarang
Kesimpulannya, pemakaian yang betul dan profesional memainkan peranan kepada company dan keyakinan pekerja. Tetapkan dress code dengan betul dan saksikan sendiri bagaimana pakaian boleh mengubah imej dan reputasi sesebuah company.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja!
Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!