Kenapa Ramai Pilih Tempat Kerja Dekat Dengan Public Transport?
Sejak kemodenan mula berkembangkan pesat, akses kepada pengangkutan awam (public transport) yang efisien jadi faktor penting yang pengaruhi pemilihan tempat kerja bagi ramai pekerja.
Tanpa mengira generasi, kemudahan ini bukan sahaja dapat bantu kurangkan kos dan masa perjalanan, tetapi juga meningkatkan keseimbangan kehidupan dan kerja. Selain itu, dengan peningkatan kos sara ramai kini cenderung memilih tempat kerja yang berdekatan dengan stesen pengangkutan awam.
Maka, artikel ini akan merumuskan sebab-sebab kenapa ramai pekerja pilih untuk bekerja di tempat yang mudah diakses melalui pengangkutan awam, serta bagaimana ia memberi kesan positif kepada mereka.
1. Kos Pengangkutan Murah
Salah satu sebab utama pekerja pilih tempat kerja yang dekat dengan public transport adalah untuk menjimatkan kos pengangkutan. Dengan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, atau bas ia jauh lebih murah berbanding memiliki kenderaan sendiri.
Tidak dilupkan dengan peningkatan kos bahan api dan bayaran parkir tinggi, ramai yang mendapati bahawa menggunakan pengangkutan awam dapat mengurangkan beban kewangan harian mereka.
2. Masa Perjalanan Lebih Singkat
Tempat kerja yang berdekatan dengan public transport dapat bantu pekerja kurangkan masa perjalanan mereka. Perjalanan yang lebih singkat bermaksud kurang masa dihabiskan dalam kesesakan lalu lintas, dan ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja serta mengurangkan tekanan.
Jadinya masa yang dijimatkan juga boleh digunakan untuk aktiviti lain seperti bersenam, meluangkan masa bersama keluarga, atau berehat. Serta tidak dilupakan juga ia dapat bantu pekerja memiliki ‘me time’ untuk muhasabah diri..
3. Keseimbangan Kehidupan dan Kerja
Lokasi tempat kerja yang strategik dan mudah diakses melalui public transport juga menyumbang kepada keseimbangan kehidupan dan kerja (work-life balance). Pekerja tidak perlu bergegas untuk sampai ke office dan dapat merancang hari mereka dengan lebih efisien.
Ia juga dapat kurangkan keletihan dan meningkatkan produktiviti di tempat kerja. Syarikat yang terletak berhampiran public transport juga cenderung untuk tawarkan fleksibiliti bekerja dari rumah atau bekerja secara hibrid, yang sangat digemari generasi muda.
4. Kemudahan dan Keselesaan
Selain itu, kemudahan menggunakan public transport adalah faktor penting. Kebanyakan sistem pengangkutan awam di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur tawarkan jadual yang kerap dan laluan yang luas, memudahkan pekerja untuk tiba tepat pada masanya.
Tambahan pula, banyak kemudahan di sekeliling stesen pengangkutan seperti kedai makan, gimnasium, dan pusat membeli-belah menambah nilai kepada lokasi tersebut, menjadi tarikan menarik kepada pekerja.
5. Menyumbang Kepada Alam Sekitar
Pekerja yang gunakan public transport memainkan peranan dalam kurangkan jejak karbon mereka. Dengan mengurangkan penggunaan kenderaan, mereka dapat bantu kurangkan pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas.
Seterusnya ia mereka dapat menyokong usaha kelestarian alam sekitar. Ini selaras dengan nilai yang dipegang oleh generasi muda yang peka terhadap isu-isu alam sekitar dan kelestarian.
Kesimpulannya, memilih tempat kerja yang dekat denganpublic transport beri banyak manfaat kepada pekerja dari segi penjimatan kos, masa perjalanan yang lebih singkat, keseimbangan kehidupan dan kerja yang lebih baik, kemudahan dan keselesaan, serta sumbangan kepada kelestarian alam sekitar.
Syarikat yang terletak di lokasi strategik ini bukan sahaja dapat menarik lebih ramai pekerja muda, tetapi juga dapat meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekerja mereka secara keseluruhan.Dengan mempertimbangkan semua faktor ini, tidak hairanlah semakin ramai pekerja, terutamanya dari kalangan gen-Z, memilih tempat kerja yang mudah diakses dengan public transport.
Mulakan Perjalanan Career Anda Dengan MySyarikat JOBS
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja!
Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!